Thursday, January 31, 2013

Weekend Getaways

Lama tak update blog.
Sebab malas nk bukak laptop plus dengan sibuk sangat dengan tugasan sebagai cikgu and sebagai mama umar.hehehe




Just wanna share my short holiday with my family @ cameron highland.
Act, tak plan langsung nak ke cameron.
Tapi sebab en suami tahu saya sangat suka tempat sejuk lagi lagi sejak ada anak kecil. ( tempat panas tak sesuai untuk anak anak kecil kan)




Bangun pagi, siap siap beg gamble je gi cameron hingland without making any hotel reservation first.

stop di R&R Tapah untuk tukar lampin si hero ni.




@ Lata Iskandar. First time umar tengok waterfall, tak berkelip mata dia


Misi pencarian hotel tak semudah yang di sangka bila saya mula demand kan hotel yang selesa. kami pilih equatorial hotel. bestnye hotel ni ada indoor swimming pool. lagi best bila swimming pool ni tak orang sangat mandi. so boleh la saya dan hubby mandi manda dengan tenangnye sambil di perhatikan oleh umar. hihi



hotel equatorial ni terletak di tempat paling sejuk di cameroon highland. kita boleh pilih samada nak stay di apartment atau di hotel. Bilik yang kami pilih ialah mengadap kebun strawberry. Jika anda bertuah seperti kami dapat bilik di tingkat paling atas, pada waktu petang dalam jam 6 pm, anda seolah olah berada di awan apabila kabus sudah mula menyelubungi bumi cameron. Berada di balcony hotel, pemandangan amat terhad sekali bila yang anda nampak semuanya putih. dapat bayangkan tak bestnye?hihihi



indoor swimming pool



 

pada petang hari pertama tiba, saya dan en suami lepak di kebun strawberry sambil minum petang. First time rasa milk shake strawberry sesedap ini. Tak caye? anda kena rasa sebab saya dan en suami sampai sekarang masih terbayang keenakkan air tu.
lokasi nya di Raju's Farm.
no wonder la ramai sgt orang datang farm ni .





malam we have steamboat as our dinner.
harga murah dan banyak serta sedap.
berbaloi baloi.

Monday, January 7, 2013

3 Months `Umar


Anak mama dah masuk 3 bulan.
Alhamdulillah `Umar membesar dengan sihat di depan mata.
Berpisah lebih kurang 6 jam sehari tapi masih mampu melihat setiap perkembangan `umar.


Malam selepas `umar ke inject untuk 3 bulan.




Anak mama dah pandai meniarap seawal 2 bulan lagi.
Tapi bila dah masuk 3 bulan, baru dia pandai alihkan tangan dia dari bawah badan tiap kali dia balikkan badan.
Baru saya faham perasaan seorang ibu bila melihat setiap perkembangan anak.
Even sekecil kecil hal sekalipun, rasa itu sungguh bahagia sekali.
Saya dan suami akan tersenyum, mula merakam gambar dan video.
( Saya tahu setiap ibu bapa zaman sekarang semua begitu kan?hehehe)


Mama dan Abah doakan agar `umar dapat membesar dengan sihat, dan menjadi anak yang soleh serta insan yang berakhlak mulia.
Mama&Abah juga berjanji akan perbaiki diri kami agar dapat menjadi ibu bapa yang terbaik untuk di contohi oleh anak anak. Amin

Lelaki Memang BEGITU?

Saya akui saya memang obses pada produk kesihatan. READ : kesihatan. Not kecantikkan ok.
Sebab saya memang dari dulu lagi jenis orang yang selalu sakit sakit dan badan lemah.
Bila dah kerja, dah ada duit, pantang ada produk yang ada kena mengena dengan tahap kesihatan saya mesti saya akan beli.




En suami selalu perli itu ini bila saya beli produk macam macam.
Kadang-kadang saya sedih sebab rasa seperti dia tidak menyokong saya.
Sedangkan  isteri ingin sihat hanya sebab suami dan keluarga.




Tapi 1 hari saya terbaca sms yang suami saya hantar kepada kawannya.
Amboi bukan main lagi dia promote produk yang saya makan kepada kawannya.
" ko nanti beli produk ni..isteri aku makan bagus..bla bla bla"
Bukan sekali saya terjumpa sms sebegitu.
Malah en suami seperti penasihat kesihatan lak bila dia lak yang mempromosikan kepada kawannya dengan alasan "isteri aku makan ok. bagus. boleh tengok kesannya"



 

erkkkk
Adakah semua lelaki begitu?
Ego di depan tapi rupernye di belakang....???
hahahaha