Wednesday, October 23, 2013

Once Upon a time


Langkawi 2013 ( Part 3)


Punya la lama nak update entry part 3 percutian ke Langkawi.
Ni entry last ke pulau langkawi.
Lepas ni bukak entry percutian yang baru pulak bersempena penutup tahun 2013.



Hari terakhir kami di Pulau Langkawi kami ke Kampung Buku.
Taman Buku ni hanya ada 5 di dunia.
Menurut pembacaan aku la.
Di tubuhkan masa zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir lagi.
Punya semangat aku nak ke Taman Buku ni sebab aku pernah terbaca dalam paper masa kecik kecik dulu tentang Kampung buku ni.
Sampai sesat 2 3 kali pusing tak jumpa sign board ke Kampung Buku.


Last last skali sampai juga kami ke Kampung Buku.
Tempat dia agak terpencil.
Sebab kawasannya terletak di kawasan air terjun.
Dulu aku pernah tengok kat tv tentang kampung buku ni.
Ada perpustakaan merentasi air terjun.
Ko boleh nak baca buku atas air terjun.
Masa tu la kan...



Sekarang...
Ni pintu masuk.
Memang teruja gila hokey!



Dah nampak dah jambatan merentasi air terjun macam dalam tv tu.
Dah nampak pondok pondok tempat perpustakaan.
Yang paling best dah nampak macam galeri buku.


Pusing punya pusing tak jumpa apa apa melainkan pondok pondok and orang tengah berkelah.
Semangat aku tanya orang kat situ mana tempat buku buku.
Diorang pun blur.
Orang Langkawi pun tak tahu.
Kire aku lagi ok la sebab pernah tahu kampung buku ni ada semua jadah benda yang macam dalam tv tu.
Last last skali kami pun main la air rendam rendam kaki.
Frusssstttt gile ok!
Tak berbaloi pusing 2 3 kali sebab nak cari kampung ni!


Destinasi ke 2 iaitu destinasi terakhir kami ialah tempat shopping gamat.
Kat Langkawi ni semua tempat ada jual gamat.
Rasanya harga lebih kurang je.
Tempat yang kitorang pergi ni ada tempat proses gamat.
Korang nampak tak kuali panas tu.
Memang mendidih la.
Tapi orang kata kalau celup tangan takkan rasa panas pun.
Berani try x?
errkkkk


Kat sini juga ada air tongkat ali percuma kalau korang rasa nak minum.
Aku memang tak try langsung sebab :
1. share gelas yang di sediakan kat situ
2. bau pun memang tak leh blah


Bestnya kat sini ada 1 orang akan naik atas pentas and cerita kebaikkan setiap ubat yang ada.
Tak payah korang sibuk baca kat belakang botol ubat.
Lagipun penerangan yang ada kat belakang botol tak legkap macam orang yang explain.
Tapi bahaya gak sebab bila dengar orang jual ubat ni memang semua penyakit ada kat badan kita.
Jadi terus : aaah la..aku ada rasa macam tu..nak kena beli ubat tu



Aku dengan en suami beli sikit je ubat untuk buah tangan.
Tu pun dah habis beratus.
So, dapat bayangkan orang yang beli berplastik plastik?
Sama juga dengan coklat.
Kami yang beli sikit ni pun dah habis beratus ratus.
Dapat bayangkan tak orang yang beli penuh 1 troli?
erkkkk
Kawal nafsu bila berbelanja, ok!
Aku memang jenis bila berjalan tak suka shopping sangat.
Kalau bercuti aku suka cari tempat makan best and explore benda yang tak de kat tempat kita.
Itu saja.
Shopping memang tak ah melainkan tempat tu memang khas korang gi untuk shopping.
So semua still dalam budget.
Tapi sempat lagi aku bagitau en suami yang nanti akan datang lagi ke Langkawi untuk shopping pinggan mangkuk.
Memang cair habis tengok pinggan mangkuk.
Nanti duduk rumah sendiri boleh la kan.




Settle shopping gamat.
Settle shopping coklat.
Kami hantar kereta and menuju ke airport.
Next time ke Langkawi, Umar dah besar...island hopping mesti di masukkan dalam LIST!
 

Monday, October 21, 2013

ULU BENDUL


Actually kami ke Ulu Bendul 2 minggu lepas.
Memang every week kami tak kan ada di rumah.
Abah umar memang tak boleh kalau tak jalan jalan.
Tapi selalunya abah umar suka tempat tempat shopping.
Tiba tiba je dia ajak gi berendam.
Adakah kerana faktor cuaca panas sekarang?
Heheheh.


So,destinasi paling dekat ialah Ulu Bendul.
Hanya 15 minit dari rumah lalu LEKAS.
Saya suka ulu bendul ni sebab masuk percuma, tak payah jalan jauh atau mendaki untuk mandi, ada kolam cetek bersih untuk kanak kanak.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, October 17, 2013

Aidiladha 2013

Alhamdulillah selesai ibadah qurban untuk tahun ini.
Actually kami tak plan nak balik Kelantan.
Sebab plan pertama cancel, dan tiba tiba en suami ajak balik kelantan malam tu jugak packing and gerak.
Puas hati sebab dapat stay 4 hari di Kelantan.


Alhamdulillah tahun ni semua balik berkumpul terutamanya mak sedara yang kat perak yang memang susah sangat nak ada bersama time raya.
Tapi bagi family kami pun ahli keluarga tak cukup bila along pun tak dapat balik raya bersama sebab cuti yang singkat.
Tahun ni en suami qurban.
Orang kata rezeki tu Allah dah tentukan.
Mulanya abah yang bagi bahagian qurban abah pada en suami.
Tiba tiba lak ada orang yang patut qurban tak datang datang, so abah pun ambil  bahagian orang tu.
Ada juga rezeki abah.
Itu orang kata, Allah maha penyayang dan pemurah.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, October 7, 2013

List Down

Serabut terlalu banyak kerja nak settle.
Macamnila bila hujung tahun.
Busy sampai tak cukup tangan.
Tambah pulak tiba tiba lak kena observe.aiiihh serabut perut!!!! Skema nak mampus sekolah ni!!
Kena list down semua benda nak di buat baru leh organize setiap kerja.
Mana taknya bila masuk kelas, dalam masa 1 jam, ko nak kena mengajar sampi budak faham, ko nak kena panggil sorang sorang budak untuk ujian linus, masa ko nak fokus linus kejap kejap  budak datang nak tanya pasal kerja yang di beri, dalam masa sama ko kena curi masa untuk buat evidence.. bla bla bla
Fail budak kena lengkapkan.
Buku LAB kena isi.
Evidence kena masuk fail setiap murid.
Belum lagi bab tanda setiap kertas linus, kertas pksr 2 nnti and kertas2 evidence.
Key in data linus, data pksr and data pbs.
perggghhhh!!!
No wonder tiap kali balik sekolah kepala sakit..huhuhu

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, October 4, 2013

Kerusi makan Umar

Actually dah lama pasang niat nak beli kerusi makan untuk Umar.

Ada 3 sebab kenapa mama umar semangat sangat nak beli kerusi makan ni.
1. sebab tiap kali mama ngan abah makan, umar memang tak nak duduk. nak jugak duduk atas riba.lepas tu mula la nak sentuh itu ini.
2. tiap kali mama ngan abah makan, mama umar mesti suap makan umar sekali or bagi biskut. masa tu la umar mula menumpahkan makanan bila dia rasa dah nak start main. sebab tak nak bagi kacau abah makan, mama biarkan je umar sepahkan. last last, mama kena mop lantai dapur 2x sehari.
3. mama nak ajar umar makan di meja, sama sama menikmati saat makan  bersama keluarga di meja makan. kalau beli meja kecil, umar makan. awah, tak dapat join mama ngan abah makan.
So..bermula la sesi mencari kerusi makan.


Macam biasa best place untuk shopping barang rumah sambil cuci mata, sambil fikir idea untuk rumah sendiri, IKEA is the best place!!!
Ada banyak je kerusi makan untuk bayi dari yang murah sampai lah yang mahal.
Sebab benda ni nak pakai kejap je, beli la yang paling murah.
Harga kerusi sahaja RM39.
Tambah meja RM 10.
So sekarang umar pun seronok join waktu makan bersama.
Mama ngan abah pun tak penat sangat.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, October 2, 2013

October SUCK!!!

Sejak 1 october dah rasa sesak nafas.
Linus sudah kembali.
PKSR dah nak start.
PBS dah nak sampai penghujung.
PPD bakal berkampung di sekolah.
Dah masuk 4 sabtu kena datang kerja.
Argggghhhhh!!!!!!
Benci!
Stress!

Published with Blogger-droid v2.0.10