Thursday, July 21, 2011

Be Professional


" Orang professional bercakap semasa meeting.
Meluahkan segala ketidakpuasan hati atau apa apa pendapat.
Orang tak professional bercakap di luar meeting.
Malah sangat penakut dan pengecut untuk bersuara di dalam mesyuarat"




Kepada rakan rakan, jadilah seorang yang professional.
Lagi bagus jadilah insan yang penuh dengan sikap tolak ansur, tiada sikap hasad dengki dan tidak bermuka muka.
Malah jauhkan juga sikap batu api yang hanya memecahkan silaturrahin sesama umat.


Saya suka ayat 
" Kubur masing masing. Masing masing jawab la nanti "



Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban

Semalam merupakan malam nisfu syaaban.
Awal awal lagi mak dah call untuk ingatkan anak anaknya untuk sama sama memuliakan malam nisfu syaaban.
Memang ada yang mengatakan amalan ni satu bidaah.
Tapi adakah kita membuat sesuatu yang salah dengan melakukan amal ibadat pada malam itu?
Amal ibadat bila di buat di mana mana masa sekalipun tetap mendapat keberkataan dari Allah.



Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.

Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.
 
 
 

Bukan Berdua


Bila berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan suami.
Tetapi juga dengan keluarganya.





Alhamdulillah.
Saya sudah mengenali keluarga bakal suami hampir 6 tahun lamanya.
Saya bersyukur kerana keluarga bakal suami hampir sama dengan keluarga saya.
Ikatan kekeluargaan amat rapat.
Adik beradik bakal suami amat mesra.



 keluarga bakal suami [abah tak de sebab kurang sihat]

Kadang-kadang saya yang tidak mesra kerana saya memang seorang yang pendiam.
Tapi mereka tetap melayan saya dengan baik.
Bercerita itu ini.
Bergelak tawa.
Alhamdulillah.
Saya bersyukur kerana keluarga bakal suami semuanya jenis yang 'happening'



Untuk bakal suami pula, dia juga sudah amat rapat dengan keluarga saya.
Mak memang sayangkan bakal suami saya. 
Abah pula memang mengharapkan agar bakal suami dapat menjadi anak lelaki nya yang bakal menjaga putrinya dengan baik.
Kakak saya juga betul betul sudah menganggapnya seperti adik.
Malah Luqman pula kalau tiada bakal suami saya, tidak mahu datang ke rumah saya.
Sepupu yang kecil semuanya suka pada bakal suami memandangkan dia pandai melayan budak dan sangat manja dengan budak.
Mungkin dia akan rasa sedikit segan nanti sebab tiada lelaki sebayanya di rumah saya nanti.

keluarga kami nanti.Insyaallah

Thursday, July 14, 2011

Bila Aku sudah TUA



Bila usia sudah lanjut,


........... kaki dah mula rasa lenguh lenguh
................ tulang belakang pun dah selalu sakit sakit
............ gigi? alhamdulillah setakat ni masih penuh dah belum ada tanda tanda untuk gugur lagi
.............. kulit dah mula kendur  kendur [ erkkkk kesan stress yang melampau ]





Untuk mengurangkan kesan kesan penuaan
Lagi tepat lagi untuk kelihatan lebih sihat dan lebih bertenaga,



Dah mula makan collegen yang cukup mahal ni.
Harga beratus hanya bekal untuk 10hari


Dah tiga malam turut turut minum susu soya sebelum tidur dan sesudah solat subuh.
Susu soya pun mengandungi collogen



sesudu madu lebah sebelum tidur dan sesudah bangun tidur
[ ni bukan gambar sebenar. Madu yang aku pakai produk dari Gamat Healin hadiah dari En Tunang ]
madu ni jugak di sapu di bibir konon konon nak bagi bibir merah.
Tak sampai 10min, dah habis madu di bibir di jilat..wink=)

Night cream!
Yup.sebelum ni kalau nak tidur main tidur je.
Tak pernah pakai night cream.
kadang kadang beli night cream sampai expired tak pakai pakai.
sekarang dah nekad nak berdisiplin.
Cuci muka bersih bersih and pakai night cream!
WAJIB!!!
[ setakat ni dah 1 minggu berjaya pakai tanpa miss...yeaaaa]



tadaaa...the part that i Love most!
eat strawberry.
Ni bukan petua. Ni buah yang aku paling suka makan. Dah ala Dato CT lak makan straberry dengan coklat.
Ni breakfast paling senang. Just beli 1 bottle coklat Hersey, and makan je dengan strawberry ni. Kesannya setakat yang aku amalkan, lawas bila buang air. Aku ni dah kira ketagih la dengan buah ni sampai kalau beli je berkotak kotak and tak sampai berapa hari dah habis.


Ni buah yang aku potong untuk makan sambil nonton.
Khasiat strawberry yang aku dapat dari internet ialah korang leh baca je kat sini.. http://healthy-cure.blogspot.com/2010/12/khasiat-buah-strawberry-bagi-kesehatan.html




Alhamdulillah setakat ni masih di amalkan semua ni.
Cuma berharap di masa akan datang di tambah lagi dengan banyak produk kesihatan dan amalan cara hidup sihat.




satu benda je yang masih tak berjaya hingga kini.......
iaitu minum air masak sekurang kurang 8 gelas sehari.
errkkk...
memang fail la minum air masak ni.

Ngidam Lagi


Ketam Masak Sweet Sour dalam mangkuk tingkat untuk En Tunang.
Alang alang dah masak banyak, tapau untuk En Tunang.
Tak tahu plak En Tunang selalu makan dengan kawan kawan dia.
huhuhuh
Segan sebab kite masak tak sedap.

Masak Lomak Cili Api



Nampak kosong jek.
Sebab rose tak masukkan kentang.
Bagi rose membazir je masuk kentang sebab rose tak makan kentang bila di masukkan dalam makanan.
Lagipun masak untuk makan sendiri tak pelah kalau tak cantik pun.



Hehehe..



Nanti masak untuk hidangan ramai baru hias hias sikit.
Memandangkan duduk di Nogori sekarang, rose cuba masa Lomak Cili Api.
Selalunya orang masak Lomak tak letak bawang.
Tapi mak rose cakap letak sikit untuk rasa sedap sikit.




Wednesday, July 6, 2011

Bila RAJIN

cikgu Rose ni banyak malas dari rajin nya
Tapi sekali sekala bila rajin and bangun awal boleh la masak masak and sediakan bekal untuk En Tunang.
Bukan nak masak untuk dia sorang, boleh gak aku makan sebelum ke sekolah.
Memandangkan kantin sekolah ku sungguh mengecewakan.
Hari hari makan sambal bilis.
Sekali sekala boleh la merasa masakan lauk lain.
tooooo BAD huh!



Hari ni special menu for En Tunang.
I know he doesn`t like green pea and masak kurma.
Tapi apa boleh buat.
Orang masakan, dia kena makan la..hehehe


Nasi Jepun Ala Cikgu Rose =)

 Nasi Jepun

 Acar Timun

 ayam masak kurma ala Cikgu Rose=)

Mangkut tingkat untuk En Tunang =)

Tom Yam Seafood


Sebagai langkah permulaan untuk berjimat cermat
kita mulakan dengan masak and makan di rumah.

Bila di kira kira setiap kali keluar makan di luar untuk 2 orang
sekali makan mencecah hingga RM25
tu belum campur lagi selepas makan nak gi cari oreo Mc Flurry yang yummmy tu..
So total untuk sebulan sudah mencecah RM750
belum di campur tolak sekali sekala nak makan pizza, secret recipe and bla bla bla

udang goreng sambal bermadu

tom yam seafood ala Cikgu Rose =)


Sunday, July 3, 2011

Barang Kawen lagi. Lagi Lagi Barang Kawen


Semalam aku dengan En Tunang shopping barang kawen lagi.
En Tunang baru dapat gaji, so apa lagi dia terus ajak shopping barang.
Kalau ikutkan aku, aku memang tak mampu untuk urus perbelanjaan kawen sekarang.
Gaji kena potong. Cukup cukup untuk bayar bil dan makan je :(

.................
dulu beli goodies bag untuk kanak kanak
kali ni beli paper bag untuk dewasa
aku dengan en tunang dah bersetuju untuk asingkan goodies bag untuk kanak-kanak dan untuk dewasa

isi untuk paper bag dewasa masih belum di beli dan tempah lagi.
mungkin lagi 2 months baru tempah and beli2 semua

semua sekali 5 plastik. dahla berat gile. kesian en tunang angkat dari kereta


 beli di VR Star ,Home Decor & Wedding Specialist


kedai ni paling murah compare dengan semua kedai kedai pengantin yang kami jelajah.
Barang yang sama tapi di tawarkan dengan harga lagi murah.
Murah RM1 hingga RM2 itu dah cukup banyak untuk orang yang ingin beli banyak seperti ini..
Even murah 50sen pun dah cukup boleh jimat hingga 200-300
so, kepada pasangan yang ingin shopping barang barang kawen, jangan malas untuk survey banyak kedai k