...Kami ...
Thursday, June 25, 2015
Ramadhan 2015
Alhamdulillah di beri peluang untuk menyambut bulan mulia ni lagi.
Tahun ni Ramadhan yang super duper busy buat saya.
Sejak GST, sejak ahli keluarga bertambah amat terasa la beban kenaikkan harga barang.
Baru sehari gi bazar ramadhan, terus dah tak sanggup untuk ke bazar lagi.
Harga makanan melampau lampau mahalnye.
Mahal ok kalau kuantiti dan kualiti ok.
Ni sup RM6, bersamaan 1 senduk sup.errrkkk
Kepak ayam kecik RM3.
Murtabak biasa tak sedap langsung rm3.50.
Air yang hanya ada kaler je,rasa tak de langsung RM2 sebungkus.
Huhuhuh
Terus bagitau en suami, tahun ni nak masak.
Bermula la kembali misi memasak .
Setakat ni alhamdulillah masih kekal hanya sekali saja ke bazar.
Walau en suami jenis berbuka dengan makanan ringan dulu, den dah ajar en suami buka terus dengan nasi.
Hahaha
Meh share antara menu masakkn mama umar sepanjang 1 minggu puasa.
Abaikan masakkan kosong tanpa sebarang hiasan.
Saya mula masak jam 6 ptg. Tak suka masak dari pagi sebab macam tak feel je makan makanan yang di panaskan untuk buka.
So, en suami makan je la apa yang ada he.
Hehehe
Ayam bakar.
Menu bakar wajib ada dalam list.
Mula mula nak buat nasi lemak dengan ayam goreng berempah.
Ntah nape tibe2 malas, tak jadi nasi lemak.
Ayam yang nak goreng di bakar.
Sambal bilis wajib.
Ni sambal beli.
En suami beli dengan jiran.
Sebab dah ada sambal ni la terbantut untuk buat nasi lemak.
Daging cicah kicap, menu wajib raya haji orang kelantan.
Gulai kerutuk ayam.
Nampak kosong je kan gulai tanpa hiasan.
Tak payah hias, bukan makan pun hiasan.
Zaman sekarang semua kena jimat.
Gulai udang.
dessert simple yang tak berapa cantik.
Hahaha
Ko ingat ape??kul 6 balik sek baru nak bersilat masak, bersilat dengan anak lagi.
Janji boleh makan.
Agar agar milo.
Sepatutnya nampak 2 lapis susu dan milo, tp sebab lapisan 1st tak sempat keras elok dan tuang lapisan ke 2...
Agar agar pun tak cair elok.
Lambat pulak agar2ni.
Cari penapis tak jumpa. So biar je la..
Express sangat kan.
Gulai kambing.
Cocktail.
Walau makan di rumah, kena pelbagaikan.
So hoon ..
Hahaha kosong gile.
Tak letak kentang sebab den memang tak makan kentang.
Ok la..kenyang and sedap jugak.
Nampak tak menu mostly gulai.
Senang masak gulai ni.
Sedap kot gulai aku masak sampai tibe tibe je en suami cakap" nanti open house pa nak ma masak gulai kerutuk macamni"...hahaha
Perasan kejap!
Menu air pun pelbagai walau kat rumah.
Tapi still simple.
Air sirap, air buah, air laici, sirap laici...
Next plan nak buat jagung, jus buah pulak and katira.
Ni je antara cara nak berjimat dengan zaman sekarang.
Sekali gi bazar habis dekat rm20. Sebulan tak ke RM600???
Ni je la cara saya bantu suami untuk berjimat.
Tapi kenikmatan saya rasa yang amat sangat.
Balik sekolah sibuk masak. Buka puasa suami makan bertambah tambah.
Siap malam makan lagi.
Allah pun kurniakan tenaga yang luar biasa kali ni.
Kalau dulu menyusu memang lapar gile,
Kali ni berbeza.
Alhamdulillah.
Ok.
Next entry, kita share menu 1 mggu untuk minggu depan lak.
Minggu depan saya ubah menu ikan lak.
Tu pun kalau ikan kat mydin dapag yang fresh.
Friday, June 5, 2015
Bila mama rajin.
Rumah saya dan suami bukanlah rumah yang cantik dan kemas.
Bersepah dan tak teratur.
Bila bagitau suami nak cantikkan rumah, mula la dia cakap "tak payah la lagi.kesian anak anak tengah nak main".
And kalau datang rumah saya , memang rumah yang lapang.
Karpet pun tak de di ruang tamu.
Coffee table pun sampai sekarang tak beli.
Tiap kali nak cantikkan ruang tamu, mula kesian sebab abang umar suka main basikal kat ruang tamu.
Abang umar suka main bola depan tv.
Abang umar suka lari lari.
Nak bawak ke taman pun tak de masa.
Mana taknya, waktu pagi bangun dah jam berapa.
Siap siap nak gi sekolah.
Balik sekolah, dah maghrib.
Pendek kata abg umar beriadah dalam rumah je la.
So betul kata abah umar, biarlah dulu.
Memang teringin bila jalan jalan rumah kawan cantik je perabot.
Cantik je ruang tamu.
Cantik je pasu bunga bagai.
Diorang pun ada anak.
Bukan tak de anak.
Hahaha
Tapi tak pela. Mungkin lain anak,lain perangai nya.
Nanti bila rumah dah tak lapang, cemana abg umar nak drift dalam rumah kan.
Simpan la dulu hasrat.
Tapi dalam simpan hasrat, saya berniat nak cantikkan ruang tangga.
Bukan cantik, nak kemas kasi clear.
Hahaha
Kat sini la pelbagai barang di letak.
Kotak dokumen sekolah.
Carseat.
Beg raket badminton abah umar.
Bola abah umar.
Macam macam.
Dah macam stor.
Dan bila mama mulakan operasi, anak bujang mula la sibuk nak kemas.
Kat tangga dah clear sikit.
Tapi bari 2 hari clear, dah ada lak hampet bola abah umar kat situ.
Huhuhuh....
Lepas buat notis, zon larangan meletak barang.
Bukan apa, sebab tingkat atas jarang guna, tangga pun jarang guna. Tu yang jadi tempat letak barang.
Break the rules???
Ingat tak entry yang pernah saya share dlu pasal break the rules?
Rules untuk no puting and no buai?
Alhamdulillah, berkat kesabaran baby ulya pun berjaya ikut rules dari mama nya.
Heheh
Sebelum ni masuk je maghrib ulya mesti nangis.
Tapi lepas jumpa bidan untuk sunat dan pelepas, alhamdulillah ulya dah jadi sebaik baik baby.
Dah tak meragam.
Tak payahla mama risau nak kena bagi puting kat ulya.
Tak payahla mama risau nak kena pasang buai untuk ulya.
Memang tak salah pun puting dan buai.
Tapi saya agak kolot skit tak suka anak anak saya di ajar puting dan buai.
Biarlah orang nak cakap dulu dulu pun ko tidur buai.
Besar elok je sekarang.
Setiap parent ada cara masing masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)










