Hanya tinggal beberapa hari lagi nak bukak sekolah.
Maka berakhirlah musim berehat rehat untuk mama umar.
Jasad memang rehat tapi minda?
Hati tak tenang.
Moga ni tahun last mama umar kat sekolah tu.
Dah jumpa sekolah baru dengan harapan mama umar lebih bahagia dan semangat kat tempat baru.
Hidup sekejap je, buat apa nak hidup kat tempat kita tak happy kan.
2014l
Year to move on.
Saturday, December 28, 2013
Menghitung Hari
Craving
First time makan masa kt Korea.
Tak de rasa megi langsung sebab dia pakai sos sendiri.
Simple menu.
Megi,spaghetti, telur rebus, sayur, fish cake , and tteokbokki sejenis makanan korea yang diperbuat dr tepung beras.
Sempat lagi tanya SIL kat Malaysia ada tak.
Katanya ada kat KLCC tapi tak sure rasa sama tak.
En suami....jom jalan jalan cari makan.
Thursday, December 26, 2013
Mulut manis @#$×£ pahit
Kalau kat kelantan memang glamer perumpamaan ni,
Mulut Manis Jubo Pahit.
Hohoho
Ni sesuai untuk orang yang bermuka muka.
Depan baik, tapi kat belakang mengata macam macam.
Itulah manusia yang sibuk dengan hal orang, busy body dan penuh hasad dengki.
Tapi sedarkah anda, orang macamni Allah takkan pernah bagi dia ketenangan hati.
Sebab tu dia asyik tak puas hati dengan semua orang.
Moga Allah jauhkan aku dan keluargaku dari sifat sebegini dan orang orang sebegini.
Amin.
Breastfeed Mother
Petua tambah selera makan anak...BERKESAN!!!!
Baru pertama kali mandikan umar dengan daun kuchai memang nampak sangat perubahan.
Kak wati cakap umar makan nasi yang di bekalkan.
Petang tadi, umar habis 1 kotak air coklat dutch lady.
Bila mama makan burger, umar rebut rebut nak roti burger tu.
Malam, mama suruh abah umar mandikan umar dengan air kuchai lagi.
Bila waktu dinner, habis 1 cawan bubur nasi ayam umar makan.
Lepas tu umar makan 2 keping biskut tiger and honey star sikit.
ALHAMDULILLAH..memang nampak sangat sangat perubahan dari sebelum ni tak nak makan langsung.huhuhu
Mungkin petua mandikan anak dengan daun kuchai memang berkesan!!
I Miss Korea
Tapi tak semua tentang korea menggamit kerinduan ini.
Saya rindukan keramahan orang korea.
Memang tak boleh di nafikan mereka sangat sangat ramah.
Lagi lagi bila bawa baby.
Tak kira tua or muda, mereka sanggup intai baby dalam stroller semata mata nak tengok baby.
Subhanaallah...sangat sangat indah.
Selalu bayangkan gambar pemandangan cantik di kalender, tiba tiba pemandangan cantik itu ada di depan mata.
Masih ingat lagi masa perjalanan ke Pulau Nami, kami menaikki subway.
Melalui satu kawasan tasik jernih, berlatar belakang gunung yang memutih dan pokok pokok yang sangat indah.
Hinggakan adik ipar saya tanya sempat tak snap gambar,
Memang tak sempat snap sebab dalam subway sibuk dengan umar yang nak netek je.hahaha
Tapi keindahan itu masih segar .
Dan....saya simpan azam.....
Saya ingin kembali ke bumi korea...insyaallah pada musim lain pula.
Wednesday, December 25, 2013
Petua Tambah Selera Makan Anak
Ni kisah umar yang tak nak makan.
Asyik nak nyusu je.
Minggu lepas umar demam,muntah muntah.
Makin susut berat badan dia.
Mama umar dah bagi vitamin with lysine yang boleh tambah selera makan anak.
Tapi macam tak berkesan je.
Bila google , ada rakan rakan bloggers share petua mandikan anak menggunakan daun kuchai boleh menambah selera makan anak.
Tadi mama umar dah beli daun kuchai.
Cara nya, cuci daun kuchai sehingga bersih.
Rendam daun kuchai dengan air suam.
Mandikan anak seperti biasa menggunakan air biasa pada waktu senja.
Selepas mandi dan sabun, bilas badan anak dengan air rendaman daun kuchai tanpa perlu di bilas dengan air biasa .
Keberkesanan bergantung pada individu.
Ada rakan rakan yang buat 3 hari berturut turut dah nampak keberkesanan.
Untuk umar, mama umar baru try harini.
Nanti kalau berkesanan mama umar share.
Monday, December 23, 2013
Azam Tahun 2014
Tiba tiba je tahun ni nak buat azam selepas dah bertahun tahun tak nak berazam pape.
Azam tahun ni tak nak aktif di fb lagi.
Enough said!
Actually memang nak sangat delete akaun fb, tapi sebab banyak info dapat dari fb, hasrat terpaksa di batalkan.
Saturday, December 14, 2013
Hanya untukmu Anak
Dari pakaian sampailah ke makanan dan ubat ubatan untuk umar semua di sediakan dengan teliti.
Tapi hati masih tak tenang.
Pertama kali bawa umar bercuti ke tempat yang suhu mungkin mencecah 0 or negatif betol betol merisaukan saya.
Ya Allah, permudahkan urusan kami.
Semoga umar selesa dan sihat di sana.
Friday, December 6, 2013
Mencari Salah
Setiap hari saya buka fb.
Sedih bila tengok terlalu banyak dosa manusia lakukan melalui fb.
Saya malas bercakap pasal isu politik.
Setiap parti, ada kebaikkan dan keburukkan masing masing.
Tapi kenapa setiap yang berlaku di Malayasia, semua hanya tahu cari salah.
Dan masing masing bercakap, bercakaran dan menghina sesama sendiri.
Sedangkan semua berita datangnya dari internet, yang belum tentu sahih seperti al quran.
Bila manusia terlalu menjadikan internet sumber rujukan dan percaya membuta tuli.
Kalau kita betul islam, betul ke cara kita menggunakan bahasa kesat dan bercakaran sesama umat?
Bukankah islam mengajar kita untuk berbudi bahasa?
Kenapa perlu post isu yang membawa perpecahan umat islam dan bangsa Melayu?
Betapa banyaknya dosa orang yang menimbulkan sesuatu isu yang hangat itu.
Sedarlah... hidup kita tak lama dan kita pun tak tahu bila nyawa kita akan di cabut oleh Nya.
Umar naik flight
Tak susah naik flight ngan baby.
Yang penting masa tengah fly banyakkan menyusu untuk bagi telinga dia rasa selesa.
Masa ni memang senang sangat sangat mama handle umar naik flight sorang sorang tanpa abah umar.
2nd naik flight umar umur 4 bulan.
Masa ni umar dah boleh meniarap.
Tapi alhamdulillah umar tidur sepanjang penerbangan.
3rd naik flight umar umur 6 bulan.
Nampak sangat mama umar ni balik kelantan 2 bulan sekali,hahaha
Macam sebelum ni juga umar tidur sepanjang perjalanan.
Masa tu umar umur 8 bulan.
Still the same. Dia tidur sepanjang perjalanan.
Kali ke 5 pun tak risau sebab fly dengn che su umar.
Sebab dia sangat sangat aktif.
Nak lari sana sini.
Orang dah boleh kaki katakan.
Mama umar punyala takut sebab abah umar tak de sekali.
First time fly time umar dah boleh jalan.
Doa siang malam mintak mintak umar tidur.
Tak nak orang dukung.
Nak lari sana sini.
Abah umar pun tak larat nak kejar dia kat airport.
Bila check in, dia lari sana sini,tapi tak lari jauh sebab dia memang tak leh jauh dari mama dia.
Hati mama lega.
Naik flight, pasang seat belt, bagi nenen....tadaaaaaaaaa....terus tido!!!!!
Alhamdulillah , belum take off lagi umar dah tidur sampai la ke kelantan.
Doa ibu memang makbul walau hanya doa sekecil hal macam ini.
Ulang alik ke kelantan dengan flight tanpa abah umar memang dah biasa bagi mama umar.
Cuma kepandaian dan kebolehan si kecil makin hari makin berbeza itu yang paling mencabar.
Ingat lagi masa umar umur 6 bulan, tengah beratur nak naik flight dia berak .
Berlari mama umar ke surau airport tukar pampers.
Zuupp zaaap zasss siap tukar, berlari naik flight.
Ok lagi sebab time tu baby lagi. Cuci berak and tukar pampers kejap je.
Kalau dah besar macam sekarang, dengan aktif semacam, mau makan masa nak cuci berak and tukar pampers.
Ps: umar dah naik flight 10x dalam masa 14 bulan.errrkkk...kalah mama yang first time naik flight umur 12tahun..huhuhu
Published with Blogger-droid v2.0.10



