Wednesday, November 10, 2010

Terkenang Kembali

Esok results UPSR keluar. Sebagai guru tahun 6 buat pertama kali dalam sejarah sepanjang saya menjadi guru, dapat saya rasakan perasaan yang pernah di lalui oleh setiap guru yang memegang kelas peperiksaan. Berdebar debar yang teramat sangat. Turun naik prestasi sekolah berdasarkan results ini. Saat itu lah kau di kutuk atau di lambung tinggi...huhuhu...

Saya guru baru. Ini tahu kedua saya menjadi guru. Di beri amanat untuk mengajar kelas peperiksaan begitu berat sekali. Tanpa pengalaman. Tanpa ilmu yang cukup. Untuk mengejar target...Menaikkan prestasi sekolah... Sungguh tugas ini amat membebankan. Tapi saya sahut juga cabaran ini dengan harapan dapat membantu guru lain untuk mendidik anak bangsa.

Teringat saat berusia 12 tahun dahulu.
Saat menunggu keputusaan UPSR.


..................

Alhamdulillah
Straight A`s!!!

...................

For my students,
teacher doakan kamu semua berjaya.
Even amat sukar bagi kamu untuk mendapat straight A`s kerana terlalu banyak faktor-faktor yang hanya guru di pedalaman sahaja yang memahinya, teacher doakan kamu berjaya.

Dimana kita bermula itu tidak penting, kerana kita semua bermula dengan cara  yang sama.
Tetapi di mana pengakhiran kita itu lah yang paling penting di dalam hidup kita.

Friday, October 29, 2010

Baik Baik SAYANG

Teacher Rose memang suka mungkir janji. Dulu dah janji tak mahu menulis blog lagi. Tiba tiba continue blog yang berkurun tak di update ni. Since 2007 blog ni sunyi sepi. Tiba tiba rasa macam nak update je blogspot sejak dah tutup blog di Multiply dulu. 
 
Untuk permulaan, sesi warming up [ macam cikgu PJ lak..hahah]..
hari ni bangun pukul 5 pagi. gara gara tak boleh tidur sebab bising bunyi katak . Terus cuci baju stok 1 minggu dan mandi. Solat subuh. Dan kejutkan kawan kawan di semenanjung untuk sama sama bangun menunaikan solat subuh. Bila rajin sms orang pagi pagi semata mata untuk kejut subuh maknanya tengah bosan yang teramat sangat.

Pagi ini " Baik Baik Sayang mode ".

Since dengar budak pra nanyi lagu ni kelmarin, asyik terngiang ngiang je lagu ni di telinga.
 
Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi Air Mata Darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
Karna bagiku
Kau Kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Di siang dan malammu
Baik Baik sayang
Karna aku untukmu
Semua keinginan
Akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku…

" Kerna bagiku....Kau kehormatanku" ..Suka sangat dengan ayat ni.  Sebagai wanita, kata kata ini amat bermakna dan amat menusuk di dalam hati saya. Yup, saya tengah touching dengan lagu ni sekarang. huhuhu
 
[ can anyone sing this song  to me?]