Wednesday, February 27, 2013

Barakallah

 Last Sunday, saya dengan en suami attend wedding kawan masa high school.
Actually saya segan nak attend wedding kawan kawan especially kawan kawan di SEMESTA.
Bukan apa, diorang semua best best kan.
Kita cikgu je.
hehehe..


Tapi sebab dah dapat kad, and sebab majlis dekat je, so tiba tiba je rasa nak attend.



Kali ni saya dengan encik suami dah bertekad, tiap kali gi wedding or apa apa event, make sure ambil makanan banyak.
Sebab dah banyak kali kami ambil sikit, tiba tiba tak cukup sebab makanan sedap gila.
Bila balik mesti duk cerita nyesal tak ambil banyak.
Nak tambah malu kn.
hahaha



Wedding tu di adakan di Cheras.
Walau kami pergi lambat sempat lagi jumpa rakan rakan lama.
Dan saya rasa seronok bila diorang still recognise me walau mesti ada ayat

 " lain gila ko sekarang"  - mean saya makin cun la kan. ( POYO! )
" kurusnye ko " - erkk..ayat wajib ok!

 Umar and his daddy

 umar with his mommy

Pasangan pengantin yang sangat cocok D`izzul and Elly.
Semoga bahagia ke akhir hayat.


Shaklee Independent Distributor

Salam semua.
Harini saya nak share dengan semua yang saya dah jadi Shaklee Independent Distributor.
Shaklee Id : 931243



Actually saya mula menggunakan produk ni masa saya pregnant tahun lepas.
Masa tu ramai suggest produk itu dan ini.
So, banyak sangat produk saya beli and try. 
Tapi finally, honestly saya cakap, saya betul betul jatuh cinta dengan produk Shaklee.




Bila kita sendiri dah guna and kita sendiri dah tau keberkesanannya, tak salah kita nak share dengan orang lain kan.
Sesetangah orang yang jual product, kadang kadang dia sendiri tak pernah guna.
Kadang kadang baru guna 2 3 bulan dan  berani nak jual kat orang.
Saya mengambil masa 1 tahun untuk betul betul yakin dengan produk ni.
Contohnya semasa saya preggy, hb asyik jatuh setiap kali check up. Dah try pelbagai supplement yang ada di pasaran. Bila saya tulis status di fb pasal hb low, one of my friend masa kat high school perkenalkan product ni. And, percaya atau tidak, hanya dalam masa 3 hari hb saya naik. Dan tidak pernah turun hingga lah saat saya bersalin.




Selepas bersalin, ( saya pernah cerita di entry sebelum ini ), saya cuba pelbagai produk pantang. Habis dekat beribu hanya untuk berpantang. Tapi last sekali, saya stick juga pada Shaklee.
See, korang pun boleh tengok kan betapa saya jatuh cinta dengan product ini.


Nanti kita share lagi tentang product ini :)
Just intro di malam khamis.
hehehe

So, untuk dapatkan product ni atau untuk pertanyaan lanjut boleh contact saya.

Thursday, February 21, 2013

Mr Navy's Day

Ini pun entry lapuk yang saya simpan gara gara malas nak transfer gambar.
Tapi setiap event dalam hidup kalau di abadikan dalam blog boleh di kongsi bersama anak cucu nanti.hehehe





Istiadat pentauliahan ni berlangsung pada 19 Jan.
Rasa macam baru je hantar adik ipar ni masuk navy.
Tup tup dah nak tauliah.
How time flies fast!





This is my first time tengok kawad tentera live depan mata.
Excited.
Mula mula risau nak pergi sebab kem tu terletak berdekatan laut.
Risau cuaca panas untuk umar.
Ye la umar baru je 3 bulan.
Usung sana sini lasak sangat kang demam.
Kalau demam sape yang penat and susah?
Mama dia jugak kan.




Tapi bila my mother in law semangat yakinkan saya yang tempat kat sana tak panas and ada bilik sejuk di sediakan, saya pun bergegas mandi kambing dan bersiap.
Mana taknya, family lain dari malam lagi dah siap iron baju.
Diorang pagi pagi lagi dah mandi and breakfast.
Saya relax je.
Padahal dalam beg dah standby baju kot kot dapat pergi.
heheheh





Alhamdulillah, cuaca sangat sangat membantu.
Mendung je sepanjang upacara berjalan.
The part that I love most tentang event ini ialah  PUNCTUALITY !
First time dalam hidup, hadiri event yang betul betul macam tentatif program.
Kalau kat tentatif tulis jam 9 YB Negeri 9 sampai, memang jam 9 la dia sampai.
Ni kan acara tentera, so kalau tak punctual buat malu je la kan.


`Umar yang syok tidur sebab cuaca mendung


 My brother in law yang mendapat anugerah pegawai kadet terbaik keseluruhan.


Complete 1 whole family :)

Supper Yummmy food!


Kata-kata dari seorang bff saya
" saya tak caya kalau rose tak makan"
see...
semua orang tahu saya sangat sangat jaga waktu makan.
I mean, mesti cukup at least 3 hidangan wajib dalam sehari.
Breakfast, lunch and dinner.
Saya selalu moody bila lapar jek.
heheheh




So, jangan lah cakap saya kurus sebab saya tak makan.
En suami tak pernah tak bagi isteri dia makan.
Malah apa saja yang isteri dia nak makan, semua dia cari.
hehehe



 minum petang di cameron highland.
Scones with strawberry and butter

 caramel cheese cake @ Nandos

 Ayam golek MIL yang tiada tandingan!

 Shimino




 
 Tips beli japanede crepe ni :
Make sure pilih yang ada campuran fresh fruits and ais cream vanila.
Kalau tak muak gile
Kalau pandai pilih, 1 pun tak cukup.
hehehe.
@ The curve

 Dinner steamboat @ Cameron Highland

Cocktail Along yang sekali rasa nak lagi.

Pulut pagi mama yang sangat sedap mengalahkan orang jual pulut berpuluh puluh tahun.

minum petang @ The red Wok

Oooohhhh
I love dessert so MUCH!

Cameron again

Dah lama tak update blog.
Macam biasa alasan malas bukak laptop.
walau sekarang dah ada note (ehem...hadiah dari en suami ), tapi saya lagi selesa menggunakan laptop cabuk ( ehem..hadiah dari abah)...hehehe

Kali ni nak continue entry pasal cameron haritu.
Sharing is caring right.


 ni pemandangan di lobi hotel.
simple.
english style

 pemandangan dari balcony bilik kami

 jam 6 petang. kabus dah mula menyelubungi


 hilang segala tension di office



menahan sejuk.
Ada ke morning walk di cameron higland pakai short sleeve.errkkk




Wednesday, February 13, 2013

Siblings Hang out


suppose to be our " makan besar" tahun baru cina.
tapi sebab tema kedai ni ialah 'HABIS' so kami makan je la apa yang ada
hihihi

Tuesday, February 5, 2013

`Umar turns 4 months

Alhamdulillah anak mama dah masuk 4 bulan.
Cepat sangat masa berlalu.
Dari `umar tak tahu apa apa sekarang dia dah banyak tahu.
`Umar start meniarap pada hari pertama dia berusia 3 bulan.
Bila dia masuk 4 bulan,perkara pertama dia pandai ialah menyembur air liur.hehehe
kadang kadang tengah tidur pun tiba-tiba je dia sembur air liur.
Paling lucu bila dia tak ingat macamana nak sembur, mula la terkial kial mulut dia nak sembur.





Kalau dulu saya penat meng google cara cara penyusuan dan sibuk membeli pelbagai peralatan penyusuan untuk `Umar. Alhamdulillah, hingga kini `umar masih lagi di besarkan dengan 100% susu ibunya. Lagi 2 bulan nak dapat diploma untuk penyusuan ibu. Alhamdulillah. Bila niat kita nak susukan anak sepenuhnya, kita akan cuba sedaya upaya.
Kadang kadang saya hampir give up dek kerana susu mula merudum saat saya demam.
Tapi berkat doa dan usaha segalanya kembali normal.
Insyaallah, jika rezeki `umar ada, `umar dapat susu ibu sepenuhnya.
Yup..saya sangat mengharap.




Kini, saya sudah mula sibuk meng google cara cara penyediaan makanan untuk bayi.
Kini tiba pula masa untuk shopping segala peralatan untuk penyediaan makanan.
Pelbagai ilmu perlu di cedok untuk persiapan ini.
Yang penting. `umar mendapat makanan yang berkhasiat dengan cara penyediaan yang betul.
Bila tiba masanya, bila ilmu sudah penuh di dada, bila sudah di praktikkan saya akan share dengan anda semua :)



yummmy

Belgium waffle
strawberry ice cream with choc
and
strawberry milkshake yang saya cakap sedap gile!!!!!
tengok kaler dia pun tak macam kaler strawberry milkshake lain kan,,,