Sunday, November 25, 2012

Update

I`ve been trying to to write new entry but word fails me.


Monday, November 19, 2012

`Umar Demam


Harini dah masuk hari ke 3 `umar demam.
Selalunya nak dengar suara `umar menangis amat la payah melainkan bila dia lapar.
Tapi dah 3 hari ni asyik menangis nangis especially waktu malam.



Suhu badan dia tinggi.
Selsema teruk.
Kesian anak mama.




Ye la, umur `umar baru je 45 hari tapi dah lasak lasak keluar rumah sampai ke tngah malam.
Penat dari perjalanan jauh dari Kelantan belum habis dah keluar rumah sampai tengah malam.
Maybe `umar kena embun malam.




Sebelum ni saya seorang yang bercita-cita tinggi.
Nak kerja sampai dapat duduk di kementerian pelajaran malaysia.
Nak sambung belajar sampai dapat PHD.
Tapi, first time dalam hidup, saya rasa nak berhenti kerja nak sangat sangat jadi seorang housewife.
Beruntungnya jadi housewife, dapat jaga anak dan suami sepenuhnya.
Dapat melihat anak membesar di depan mata setiap saat.


Malam peertama sebelum `umar demam dia tidur sepanjang malam.
Hinggakan ssaya kejut untuk nyusu pun dia tak nak.
Malam ke 2, dia mula tak tidur sepanjang malam.
Dan saya, as a mother, saya tak tidur sepanjang 24 jam . Kalah rekod zaman stay up masa belajar dulu.



Ni gambar hari ke 2 `umar demam. 
Hari yang suhu badan dia mula naik tinggi.
Hari yang sama saya perlu ke sekolah untuk sppbs.
Saya dah bawa adik ke Nilai untuk tolong jagakan umar sepanjang saya ke sekolah.
Tapi di sebabkan umar demam, saya batalkan niat untuk ke sekolah.
Baru saya faham perasaan cikgu perempuan yang selama ini susah nak attend program sekolah semasa anak sakit.



Ni gambar `umar masa di Klinik An-Najihah.
Selalunya dia takkan duduk macam ni, nak berdiri je.
Kali ni walau abah dia angkat suruh berdiri pun dia tak nak.


Moga anak mama cepat sembuh.
Budak kuat dan comel macam umar mesti sentiasa ceria ye sayang.

Tuesday, November 13, 2012

Durian Crepe

Sekarang ni sibuk di facebook orang duk post pasal durian crepe. Dah macam demam durian crepe.
So, mula proses pembuatan durian crepe walau mama `umar still dalam pantang.
Tapi mama `umar tak buat kerja berat, yang berat di bantu oleh adinda syirah.

Meh mama `umar share resepi durian crepe. Senang sangat sangat. Buat sendiri tak payah beli. Kalau kat luar jual RM10 untuk 6 keping. Kalau di midvalley tu harga lagi mahal.huhuh




Bahan Bahan untuk Kulit:

1. 250 g tepung gandum
2. 250 ml santan + 250 ml air
3. 3 biji telur
4. Essence vanilla
5. Pewarna
6. Sedikit garam
7. 1 sudu butter yang di cairkan

( Blend semua bahan bahan hingga sebati)

Bahan inti:
1. whipping cream + gula ( pukul sampai kembang )
2. isi durian ( lenyek sampai lumat )

Goreng kulit dan biarkan sejuk sebelum di letak inti dan gulung. Simpan dalam peti selama 2-3 jam sebelum makan. Jangan simpan lama-lama sebab nanti kulit keras.




Tepung yang di blend dan di letak pewarna kuning

 Ni contoh kulit yang da siap goreng. Tak perlu terbalikkan semasa goreng. Cukup goreng sebelah sahaja.


 Letak inti whipping krim yang di pukul. Letak banyak sikit baru sedap.hehehe
Kemudian letak durian di atas whipping krim.



Lipat ikut suka hati bentuk cemana.hehehe
 

 Tadaa. Siap untuk di simpan di dalam peti.


Nak bagi cantik letak dalam kertas cmni.


Sunday, November 11, 2012

Sihat Dengan Susu Mama


Yeaaah...muka ceria sebab dah kenyang.
Dah mandi.
Cukup tidur


Cair nya tengok anak mama senyum




Semalam pam 1 oz. sebab tak tahu tiap kali nyusu `umar nyusu berapa oz.
Rupernya 1oz tak cukup.
So, next pam try pam 1.5 oz. Still tak cukup.
Last sekali pam 3 oz baru la cukup untuk `umar.



Pam just nak ajar dia guna botol.
Pam untuk stok nanti di Nilai.
Tak sabar lak nak buat stok.

Thursday, November 8, 2012

Umar & Susu Mama



Dari awal kehamilan lagi saya pasang niat nak full breast feeding baby hingga 2 years.
Tu niat je.
Tapi kena la usaha ke arah itu.
Kalau tak dapat sampai 2 tahun dapat sampai 1 tahun.
Kalau tak dapat 1 tahun sampai 6 bulan.
Tapi yang penting kena usaha kan.
Alhamdulillah, so far `umar full breast feeding for this 1 month.
So, tanam azam untuk 2 months lak.





Set penyusuan semua dah beli.
Tapi bukan yang mahal macam orang lain.
Saya beli yang biasa-biasa je.
Risau kalau susu tak banyak.
Tapi bila tengok keadaan susu yang banyak ni, terus rasa semangat nak tukar pam susu pada yang harga 1k++ tu..hehehe
( ehem..hint untuk en suami )




Harini first time saya pam susu.
Orang selalu buat stok masa hari ke 3 pantang lagi.
Saya fikir leceh nak simpan stok kt kelantan, lepas tu nak bawak ke Nilai, so saya hold dulu niat untuk pam susu.
Lagipun botol ngn plastik extra untuk simpan susu tak banyak.
Tak sampai 10 pun.huhu
Insyaallah balik Nilai nanti tambah stok.



Mula-mula pam sikit je.
Sebab nak ajar umar minum pakai botol.
Risau bila tinggal kat pengasuh dia tak nak botol lak.So kena start ajar dari sekarang.
Alhamdulillah, mula-mula masuk mulut puting botol dia dah terus hisap.
Anak laki mama ni memang kuat nyusu, so tak kira apa semua dia hisap.huhuh



 Dah licin susu.

 Seronok minum susu mama :)


 Mama yang kekok. So Tok Ma tolong ajar dulu

Yeaa.. mama& `umar pass this class.hehehe
( Bestnya kalau `umar tengok gambar ni bila dia sudah berusia 30 tahun )




Bila tengok mommies kat luar sana semangat buat stok, baru saya tahu perasaan itu.
Perasaan anak still minum susu ibu walau menggunakan botol.
Perasaan bila dapat beri susu ibu sepnuhnya pada anak sendir walau bekerja.






psst...
sekarang ngah risau, Kalau buat stok kat sekolah takkan nak kena gi pejabat sekolah untuk tumpang peti.waaaaa..kalau kerja ofis kan senang, kat ofis ada pantri. ada fridge. Leh tumpang susu lepas pam di sekolah. And saya tengah risau kat mana saya nak pam susu masa sekolah nanti. Surau? Surau sekolah tak macam surau ofis. Surau sekolah sentiasa penuh dengan budak budak.huhuhu...OOOO saya kena cari tempat rahsia..waaaaaaaaaaaa

Monday, November 5, 2012

Set Pantang

Sebelum bersalin saya sibuk google dan bertanya produk pantang apa yang terbaik.
Ranking tertinggi iala nona roguy.
Actually semua produk ada kelebihan masing-masing.
Tapi saya tak tergesa gesa untuk beli produk pantang.



Selepas 3 minggu berpantang barulah saya mula oder produk nona roguy ni.
Sebelum itu saya berpantang secara tradisional ikut pemakanan dari ibu.



 ni la barangan yang terkandung dalam set berpantang nona roguy

 kotak dah kemek sebab pos

So far bagi saya produk ni biasa biasa saja.
Lagipun bila saya makan jamu `umar akan berak berak.
Kalau saya bersalin lagi sekali, saya takkan beli lagi produk ni sebab kesannya biasa biasa saja.
dan barangan dalamnya macam uncang cuci, skrub dan minyak macam tak penting pun sebab benda tu leh senang je nak cari. tapi bila dah masuk dalam set pantang, semua tu jadi mahal.




Dan,
sepanjang hamil hingga la hari melahirkan umar ini lah produk kesayangan saya.
SHAKLEE.
Tak perlu kata apa apa, saya memang jatuh cinta dengan produk ini.
The best product ever!





Saya mula menggunakan set hamil shaklee sejak awal kehamilan lagi. Sebulan sebelum bersalin saya oder lagi untuk set bersalin shaklee. Kebaikkan produk ini ialah ia tidak berasaskan jamu, So, baby yang  bf takkan rasa panas. Paling best ia menggalakkan pengeluaran susu.



Kalau di beri  rezeki, dapat baby lagi, saya akan consume dengan shaklee sampai bila-bila.
hehehe
Lepas ni boleh jadi agen shaklee la:p

Friday, November 2, 2012

Kisah `Umar @ HUKM

Ramai yang tertanya tanya kenapa saya di tahan di HUKM sampai 5 hari.
Actually, `Umar di sahkan penghidap G6PD pada hari kelahirannya.
Apa tu G6PD?




G6PD ( Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase ) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan.




Kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit.
Ia adalah fenomena keturunan yang di alami oleh bayi lelaki. Kalau bahasa kampung ni orang yang ada G6PD ni macam ada alahan. Dia alah pada beberapa jenis ubat dan paling pantang ialah makan kacang parang.



Pada 5hb Oct, doktor datang bagitau saya dan umar perlu di tahan di wad hingga hari ke 5.
Sebab baby G6PD ni kalau kena jaundice dia akan terus kena tinggi pada hari ke 5.
So, doktor nak kena pantau `Umar hingga hari ke 5.



Setiap hari doktor bahagian kanak-kanak akan datang untuk memeriksa `umar.
Dan nurse akan datang ambil umar setiap pagi untuk di ambil darah. Dari katil saya akan dengar suara tangisan `Umar. Dan sebagai ibu, saya juga menangis di katil keseorang.huhuhu..
Lagi-lagi apabila nurse yang buat kerja tu macam tak expert sangat.
dah la siap tipu saya lagi.huhu




Pada hari ke 5 nurse datang ambil umar untuk diambil darah.
Dari jam 8,30 pagi sampai 12.30 tengah hari.
Bayangkan betapa lamanya baby di ambil tanpa di beri susu ibu.
Bila nurse datang hantar, saya tengok di beg baby penuh dengan darah.

ada kesan darah di beg yang macam dah di lap tapi still tak hilang.
Bayangkan hati seorang ibu bila lihat darah di beg anak.





pukul 2 pm nurse datang lagi bagitau nak ambil darah.
Katanya yang pagi tadi tak ambil lagi sebab doktor tak de.
terus saya bagitau takkan tak ambil darah lagi sebab di beg baby dah penuh darah.
barulah nurse bagitau " kalau hari ke 5 memang kita akan ambil darah banyak sket puan"
emmmmmm




Alhamdulillah dari hari pertama lahir hingga hari ke 5, `Umar tidak di jangkiti kuning.
Mungkin betul petua amalan minum susu kambing sepanjang kehamilan dapat mencegah dari jangkitan jaudice. Lagipun `umar sangat sangat kuat menyusu. Alhamdulillah susu saya juga banyak. Kesian bila dengar ada ibu merayu pada nurse untuk bagi susu formula pada baby pada hari pertama baby di lahirkan kerana tiada susu ibu. 


cukup 5 hari di wad, kami di benarkan keluar.
yeaaaaaa

ni souvenir dari hukm untuk baby `umar