Tuesday, May 21, 2013

Ibu

moga ma sembuh.amin
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, May 16, 2013

Bubur Nasi Bayam `Umar Mukhtar


Harini mama `Umar rajin sikit.
Sikit la sebab semalam pukul9 dah tidur.
So, pukul 4 pagi dah bangun.


 Harini masak bubur nasi campur ayam dan bayam untuk `Umar.
Tak tahu la dia suka ke tak sebab ni first time nak perkenalkan sayur bayam pada `Umar.
Selama ni carrot, labu dengan brokoli je.


Cara sama:
Beras
Kentang
Isi ayam
Sayur bayam

Dalam cube tu bubur nasi+isi ayam+kentang.
Cuma pagi ni just masuk bayam je.
Rajin la sangat kan.
hahaha

Ok. Siap.
Harap anak mama suka.
Kalau tak suka sayur pun tak pe.
Lama lama nanti suka la.
Mama pun sejak dah tua ni je makan sayur.
hehehe

 
Ni masak lemak bayam untuk mama & abah lunch karang.
So, kalau beli barang dapur kena fikir terus untuk anak dan mak bapak.
Masak pun sekali harung je.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Budak Botak

 
Rasa macam baru je dukung `Umar macamni.
Masa ni `Umar 3 bulan.
Boleh lagi nak dukung baring macamni.
Sekarang?
fuuuuhhh mama dia asyik menjerit jerit je sebab dah buas sangat budak ni.
Rindu sangat `Umar masa baby dulu.hehehe


Ni gambar abah dia duduk cukur rambut `Umar.
Ok. anak mama behave sangat ek?kikiki
Letak macam macam barang depan dia sambil nyanyi baru dia nak duduk diam.
hehehe
 Pantang leka sikit dah panjat sana sini.
Suka kemas rumah sangat sampai kadang kadang bila abah balik kerja tengok ruang tamu penuh dengan macam macam.
Kalau berdiri reti duduk tak pe la.
Ni tak reti nak duduk, makin lama makin kangkang.
Last last nangis sebab tak boleh duduk.


Sekarang nak mandikan `Umar dah tak susah macam dulu sebab anak mama sekarang dah pandai duduk.
Letak je dalam toilet, bagi mainan dia ( botol botol sabun &syampo ...abah umar : beli mainan ok! ).
boleh la mandi dengan tenang.

Wednesday, May 15, 2013

KURSUS LINUS B.INGGERIS 2.0


Al kisah saya di arah untuk pergi berkursus secara tiba tiba last week.
Imagine, GB called me at 10 a.m asking me to go for this course at 12 pm.
Dalam hati " !@#$%^&*(*&^"..so you know now, no nice words to say. huhh


Terus call en suami dan en suami bersetuju untuk hantar ke Melaka.
Kemas barang Umar dalam keadaan Umar menangis nangis.
Kemas barang sendiri lagi.
Dan mula sms sana sini untuk cari orang nak tolong tengokkan Umar.


Bukan tak boleh tinggal Umar, tapi sebab Umar menyusu ibu sepenuhnya tanpa susu formula buat makin sukar.
Kalau dekat, saya leh pump and tinggal susu.
Allah permudahkan segalanya.
Hari pertama pagi tinggal Umar kat rumah mertua.
Kakak Ipar, Adik Ipar, ayah dan ibu mertua sama sama tolong tengokkan Umar.
Pada malam adik saya dari Kelantan sampai dan sama sama jaga Umar di hotel.
sob sob sob..saya touching dengan semua orang.



Actually kami kena kursus di Ayer Keroh.
Hotel best jugak.
Tapi sebab PPD fikir jauh dari bandar, so PPD ubah ke hotel yang dekat dengan bandar.
Di sebabkan hotel di Melaka semua full booked, kami dapat lah last choice The Emperor Hotel.
 

Not bad. Still nice walau hotel ni hotel lama.




The part that I love most is swimming pool.
Macam biasa gi mana mana hotel nak cari swimming pool.
Dapatlah Umar mandi swimming pool buat pertama kali.


Ok. HOtel ni sangat banyak pijat.
hahahaha
Mula mula saya ingat nyamuk.
Tapi bila last day course ramai complain pasal pijat baru la saya tahu kenapa badan saya gatal gatal.
Nasib baik Umar tak kena pijat.
Sampai sekarang gatal dan merah merah ada di badan.
errrkkkk

Ni la che su Umar yang jaga Umar sepanjang saya berkursus.
Tq sis.
Love you so much.
I owe u!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Bubur Nasi `Umar


Harini saya nak share bubur nasi yang saya selalu bagi `Umar.
Saya ibu baru, banyak benda nak belajar walaupun kadang kadang benda tu sangat la simple.hehehe


Selalunya saya prepare bubur nasi `Umar malam sebelum ke sekolah.
Sebab awal awal lagi dah beli slow cooker. So main campak and masuk tidur.
Esok bangun semua dah siap.

Ni puri carrot.
Buat macam ni senang.
Bila nk buat bubur, main letak je puri carrot yang dah di buat awal awal.
Sebab selalunya kita nak pakai carrot tak banyak.
So, kalau beli simpan lama lama buruk kan.
Better rebus, and blend , bekukan buat puri macam ni.



Bubur nasi tu saya letak beras, isi ayam dan kentang.
Campak je dalam slow cooker.
Dah siap blend.
Campur dengan puri carrot.


Ni ikan bilis sangai. ( tak tahu betul ke tak spelling tu)
Rendam ikan bilis dengan air sejuk.
Tos dan keringkan.
Goreng atas kuali tanpa minyak.
Blend.
Ni la pengganti garam.
So far saya masih belum lagi letak garam dalam mana mana makanan `Umar.
Ye la buah pinggang anak kan still lagi muda.
Sekarang memang ok, lama lama? who knows...



Tadaa...
Siap..
Bubur nasi campur ayam, kentang, carrot and ikan bilis.




Ok. Kenyang. Habis 2 senduk.huhu
Banyak nya anak mama makan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, May 13, 2013

Puree Labu

Selepas buat pelbagai jenis puri, alhamdulillah Umar memang suka sangat makan puri.
Selain puri kurma, Umar sangat suka puri labu.
Ye, sebab rasanya lemak manis gitu.
Cara buat sama dengan entry yang sebelum ni.
Bezanya, tukar pada labu.




1 labu yang sudah di rebu.
1 lagi betik.
Betik saya lenyek bagi Umar makan fresh sebab masa ni dah 2 hari Umar tak berak.
Orang cakap normal, tapi mama Umar yang risau lebih sampai sanggup pusing NIlai malam malam semata mata nak cari betik.
 




Puri labu saya selalu campur dengan bubur nasi Umar.
Masa tu baru dia makan berselera sangat.

 
Ni bubur nasi campur carrot.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Puree Pear

Dalam Islam sunnah kita makan buah dahulu sebelum makan makanan berat.Sama juga dengan baby. First solid food untuk baby bukanlah bijirin.


First solid food untuk Umar ialah puri kurma.
Tapi saya tak sempat snap gambar sebab excited sangat nak bagi Umar makan.heheh
Alhamdulillah, he loves dates so much.
Saya cuba ikut 4 days rules.
Tapi lama lama dah tak ikut sebab Umar cepat bosan dengan sesuatu makanan.



2nd fruit yang saya perkenalkan kat Umar ialah Pear.
Masa ni semangat nak snap gambar.

Cara senang je.
Tak belajar pun reti kan.
hehehe



Buang kulit dan potong pear kecil kecil.

Masukkan air sedikit. Dan rebus sekejap. Dalam 2-3 minit je.
Kalau ada steamer lagi bagus steam je.
Saya malas pakai steamer sebab steamer saya besar.
Saya buat buah ni sikit je.

Dan rebus, blend.


Tapis.

 Masukkan dalam bekas kecil untuk di bekukan.
Nanti bila nak makan keluarkan dan cara handle sama dengan handle ebm.
bekas comel tu of course la beli kat giant je.hihih...

Pssst// penat mama buat, Umar tak suka puree pear.
Ok. 
Puree kurma sampai kena buat berkali kali sebab dia suka sangat.
Mungkin anak mama ni suka manis.
emmmm   

Thursday, May 2, 2013

Popia Pisang ala Mama Umar

Haritu plan nak masak bawak balik masa birthday kakak Qayra.
Tapi sebab first time buat takut lak tak jadi.
Ni pun saya tanya cikgu sekolah sebab dia bawak masa makan makan di sekolah.
Sedap la pulak sampai saya bedal dekat 6 biji.hahaha
Caranya senang je.

Pisang apa apa pun boleh.

Kulit Popia.
Bak kata Citot kena beli kulit popia mahal baru tak berminyak.
Den main sebat je sebab ni je ada kat tesco masa tu.




Balut pisang tadi dengan kulit popia.

Abaikan cara balut sebab den main sebat je.


Goreng dan calitkan dengan coklat sebegini.
Coklat buat sendiri masak coklat masakkan tu macam kita buat topping kek coklat.
Makin banyak coklat makin sedap.
So, jadilah Popia pisang ala Mama Umar.
Ni amek gambar sebelum di hantar ke rumah jiran.
( oopss...tak dela 4 keping je hantar rumah jiran, ni untuk gambar je)
hehehe   

Anak Mama & Abah dah BESOR!


Pejam celik pejam celik lagi 2 hari Umar dah masuk 7 bulan.
Kejapnya masa berlalu.
Rasa saat tengah usap usap perut boyot macam baru je semalam.


Alhamdulillah sepanjang usia Umar 6 bulan Umar sihat.
Cuma haritu sekali dia demam.
Suhu badan kejap tinggi kejap rendah.
Tapi orang cakap memang macamtu sebab nak belajar benda baru.



Perkembangan Umar masa 6 bulan, Umar dah boleh duduk.
Malah dah boleh merangkak. Yeaaaaa!
Comel je bila dia merangkak perlahan lahan.
Paling laju dia dah boleh berdiri.
Debe mu nih Umar!


 

2 hari lepas Kak Wati bagitau Umar dah tumbuh gigi bawah.
Macamana mama Umar tak perasan sedangkan Umar setiap hari bf mama?errkkk
Nak jugak dengan mak dia ye...
Bila raba raba gusi dia dah rasa gigi bawah Umar tumbuh.




Alhamdulillah Umar still membesar dengan susu mama nya sepenuhnya.
Rezeki Umar.
Sekarang Umar dah mula makan. Memang niat nak bagi homemade food sepenuhnya tapi memang tak de keyakinan pada mulanya membuatkan saya terbeli juga makanan segera.uhuhuhu
Bila baca kat internet, google blog sana sini, belajar dari ibu mertua, akhirnya saya berkeyakinan untuk masakkan homemade food for Umar.
Cara nak frozen kan makanan dan cara kendalikan semuanya alhamdulillah sudah saya khatam.
Kak Wati sangat sangat banyak membantu.
Kak Wati orang pertama yang ajar macamana nak masak dan frozen kan semua tu serta macaman nak panaskan bila nak bagi kat Umar.
Thanx Allah sebab temukan saya dengan Kak Wati.



Anak mama ni lasaknya boleh tahan.
Tapi manjanya tetap ada.
Main la cemana pun , mesti nak juga main atas badan mama dia.
Pusing sana pusing sini last last panjat mama dia juga.
Sakit badan bila dia duk naik turun naik turun badan kita.

   Nak pakai pampers and baju antara perkara yang sukar saat ini.
Umar sangat suka mandi.
Malah kalau dalam tab mandi dia tu, dia akan baringkan badan dia dan tak bagi kita bangunkan dia.
Bila angkat siap mandi mula la akan menangis sebab nak main air lagi.
Saat pakai pampers saat tu la suara mama dia akan kedengaran 1 taman.
" Umar!!! Pakai pampers dulu!!!"
hahahaha
Abaikan lipatan perut abah dia tu.
Tengok anak bujang duduk macam orang tua.
Sandar tangan kat abah dia.
Kalau naik kereta dia duduk tengah syok je tangan atas bahu abah.



Walau hari hari Umar depan mama, hari hari jugak mama rindu Umar.
Kat sekolah asal free je tengok gambar and video Umar.
Malah masa tidur pelok Umar kuat kuat sambil bagitau abah, " pa, ma rindu Umar la"...hahaha
Moga anak mama membesar dengan sihat dan sempurna.
Mama & Abah sayang Umar.



Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, May 1, 2013

Wordless Wednesday

Jantung hati
psttt:I dont know how to save picture from fb using my note. so just screenshot picture from note.
Published with Blogger-droid v2.0.10