Saturday, February 25, 2012

Walau SAKIT ia tetap INDAH

Sekarang saya tengah melalui detik detik indah untuk menjadi seorang ibu.
Bila tengok post kawan kawan yang pregnant, terasa macam diorang ni tak de masalah je sepanjang hamil.
Cam sihat je.
Cam happy jek.



Setiap pagi saya akan mengalami morning sickness yang teruk.
Pening kepala berpusing pusing dan akan muntah muntah hinggal lah jam 11 pagi.
Malah sejak pregnant, saya masih belum dapat sentuh makanan dengan seleranya.
Pantang makan mesti akan keuar balik.
Orang kata ni hanya untuk 3-4 bulan pertama saja.
Hope sangat sangat semua alahan ini akan hilang.



Malah bau apa apa perfume juga meloyakan saya.
Kepala akan pening untuk sebarang bau.
Perangai malas semakin menjadi jadi.
Makan juga bersuap oleh suami.
Kesian suami melayan kerenah ntah ape2 ni.
 


Kalau di sekolah boleh lak makan sendiri di kantin.
Di rumah je, apa yang suami makan yang tu la yang nak masuk di tekak ni.
Bukan reti nak suap sendiri, tau hulur mulut jek.




Sejak pregnant, hanya 3-4 kali saja saya masak.
Sebenarnya, saya tidak berselar langsung dengan masakan sendiri.
Bila masak ada saja tak kena.
Sampai suami pun pelik kenapa saya masak macamtu.
Malah bau minyak pun sudah meloyakan.
Campur lagi dengan kemalasan yang amat sangat melanda.




Tiap kali naik kereta saya juga akan pening dan loya.
Sampai je ke destinasi akan muntah.
Sebab itu tiap kali suami ajak berjalan saya akan berfikir berkali kali dengan keadaan kesihatan yang sebgini.
Tapi kadang kadang, kuatkan juga diri sebab kesian bila asyik menolak ajakan suami untuk berjalan jalan.
Dia sudah penat bekerja seharian. Kesian suami.


Di sekolah, saya paksa makan.
Untuk tenaga bekalan naik turun tangga dan berdiri dalam kelas semasa mengajar murid.
Makan, kunyah dan telan tanpa ada perasaan.
Semua makanan meloyakan tekak.
Walau hakikatnya nak makan itu dan ini.



Sejak hamil juga saya bertukar menjadi guru yang garang.
Pantang tengok budak buat salah sikit rasa cam berapi api mau meletup.
Dalam kelas payah skali untuk senyum.
Sekarang muka juga sudah berjerawat.
Semuanya sebab tension.
Bukan kita minta tension datang.
Tapi bila tengok budak dengan keranah yang nakal terus berapi api nak marah.



Malah tiap kali malam menjelma, tidur saya sudah tidak senyenyak dulu.
Akan terjaga beberapa kali di waktu malam.
Tidur mengiring tak kena.
Tidur terlentang tak kena.
Ingatkan saya saja alami sebegini.
Lega apabila seorang guru di sekolah yang juga sedang hamil cuma awal seminggu dari saya juga berkongsi pengalaman yang sama. Sukar untuk tidur nyenyak di waktu malam/

 

Subhanallah.
Saya sering berdoa siang malam, agar Allah berikan kekuatan, kesihatan yang baik, agar saya dapat menjaga suami dan rumah tangga seperti dulu.
Melayan suami, jaga makan minumnya seperti dulu.
Kemas rumah seperti dulu.
Semoga segala perangai buruk, kemalasan ini hilang tak lama lagi.
 Namun, ini tetap saat indah dalam hidup ini.
Menghitung hari.
Setiap hari tengok kelendar.
Sejak scan, nampak baby dan denyutan jantung sudah berdenyut, semangat untuk mengharungi semakin kuat.
Semoga Allah berikan saya dan suami kekuatan untuk mengharungi saat saat kehamilan anak pertama kami.
Semoga semua baik baik sahaja.


pssst::

Semakin kesukaran ini di harungi, semakin tebal cinta untuk suami tersayang.
Terima kasih sayang atas segalanya.



 

Thursday, February 2, 2012

When You Need Folic Asid?

Folic acid helps to protect your unborn baby from developing defects in his nerve system (neural tube defects), such as spina bifida.

Spina bifida happens when the protective covering that grows round an unborn baby's spinal cord doesn't close properly. This can lead to permanent nerve damage.

The first 12 weeks of your pregnancy  are when your baby's brain and nerve system are forming and growing fast. That's why it's important to take daily folic acid supplements then.


Once you are into your second trimester, from week 13 of your pregnancy, you can stop taking the supplements. Taking them throughout pregnancy won't harm you or your baby, though. 




pssstt:
Thats why I will tell all my friends to take this folic asid when they are planning for baby. Hidup kena berkongsi. Jangan kedekut dengan apa yang kita tahu.

Tak PERLU! SAY NO!!!

Malam ni nak tulis blog ala ala diari gitu.
Hidup ni cukup rimas jika di kelilingi oleh orang yang suka bertanya pasal jumlah perbelanjaan bulanan kita.
Masa tu rasa nak je jerit kuat kuat di telinga orang tu sambil cakap " WHAT THE HELL YOU!!" Please dont ever be busy body.



Sebenarnya tak perlu kita sibuk fikir pasal perbelanjaan orang.
Sebab susah senang dia, itu hal dia.
Hidup dia.
Keluarga dia.
Tak de kena mengena pun dengan kita.



Dan setiap orang mempunyai cara hidup berbeza.
Even gaji sama, tak semestinya itu je duit dia ada.
Who knows dia ada side income dari ladang kelapa sawit milik keluarganya?
Dia ada business di luar yang kita sendiri tak tahu?




Dan tak semestinya kalau gaji orang tu sama cam kita, tapi tak pakai kereta mewah, tak duduk di rumah mewah, duit dia banyak macam kita?
Siapa tahu dia suka melancong, suka shopping, suka barang barang branded, suka makan tempat mewah mewah.
Atau tanggungan dia menyara adik beradik dia, keluarga dia, ibu bapa dia.




So, setiap orang ada cara hidup masing masing
Tak perlu kita sibuk nak ambil tahu.
Tak tenang hidup dan buat pening kepala je sibuk hal gaji orang.
Tak semestinya awak dah beli rumah awak boleh pandang enteng pada yang duduk rumah sewa.
Tak semestinya awak pakai kereta kecik awak fikir orang yang pakai kereta besar tu mesti tak de duit dah nak makan.




Soal rezeki.
Semua di tangan Allah.
Kadang kadang gaji RM800 pun kalau Allah nak bagi dia lapang, hidup dia cukup bahagia dengan gaji RM800.
Cukup makan.
Cukup pakai.
Cukup untuk sekolah kan anak anak.





Selamat beramal.




psssttt:
Den memang menyampah tahap gaban kalau orang suka tanya pasal gaji, pasal sewa rumah berapa, berapa bayaran bulanan itu dan ini. Naik loya terus. And terus out untuk jadi kawan tapi mesra.

Tuesday, January 31, 2012

Masjid Kristal

Tak tahu nak update ape.
Just upload some pic that I took on my visit to Masjid Kristal.

Punyela susah nak cari Masjid ni sebab signboard tibe tibe hilang .
Pusing pusing last last sampai juga.
Singgah masjid ni masa on the way balik Tangkak dari Wakaf Bharu.


 
 see...cantik kan masjid kristal

orang dah macho tapi tengok tengok bawak handbag perempuan.hehehe
peace yo!!!

 

sibuk dia dengan stand dia.hehehe
 
 

sorokkan perut nye...sorokkan perut nye sekarang...hehehe

Tuesday, January 10, 2012

Speechless


First impression before open the wrapper
" pa....bestnye dapat jam..leh letak dalam kelas ma sebab kls ma tak de jam lagi"




When opened the wrapper
" waaaaaaaaaaaaaaa...cantiknye..suke suke..nak letak kat mana ek?"
[ mata mule pandang sekeliling rumah cari paku]
hahahaha




pssssttt...
Saya suka semua present yang saya dapat.
Sebab saya tahu dalam hati semua penuh dengan keihklasan masa mencari hadiah untuk kami.
Tq all =)

Friday, December 30, 2011

Yup..I was feeling a bit blue today

 
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
~ Ya Allah, jadikan lah aku wanita solehah ~

 

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
~ Ya Allah, kurniakan aku zuriat, agar aku mampu meraih pahala yang engkau janjikan ini ~ 



 Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
~ Ku, mohon Ya Allah, kuatkan aku dalam mengharungi liku2 rumah tangga.. Kau peliharalah suami ku agar tidak selingkuh pada ikatan cinta kami ~ 



 Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka
~ Ya Allah, semoga aku terus berada di landasan Mu ~



Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
~ Ya Allah, akan ku jaga maruah ku..maruah suami ku..juga akan ku jaga cinta ini dari senarang pengkhianatan..ku mohon, moga suami ku juga sama ~

Abah


saat abah memohon izin untuk mewalikan anaknya sendiri.
Abah, terima kasih atas segalanya.
Tiada kata dapat di ucap untuk segala yang telah abah lakukan untuk anak anak.
Aku hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa merahmati Abah.


Ini lah saat abah menyerahkan segala tanggujawab besar nya kepada orang lain.
Saat abah menyerahkan anak perempuan yang di besarkan dari usia 1 hari hingga 27 tahun
Anak yang abah sentiasa risau akan agama dan akidahnya.

Abah...
I LOVE U SO MUCH.