Saturday, April 28, 2012

Untungnye

Sampai je di sekolah, ada bekas ni atas meja dengan note
" untuk Ros"

.....



Terharunye..
Padahal chit chat biase je cakap bestnye kalau dapat makan rojak buah .
Tiba-tiba je keesokkan hari cikgu sekolah bawak pes rojak buah yang di buat sendiri.
Tq Kak Mina..
Ibu mengandung memang rezeki murah kan.
heheh


Tuesday, April 10, 2012

Thanx Sayang

Saya tak mahu intan permata.
Tak mahu emas dan uwang berjuta.
{ yak...betol ka?..hahaha}...

hubby back from his work bring me these!!!





i love this book so much not because the colour only, but also the content.
Semua surah-surah dan doa -doa serta amalan yang perlu di amal untuk ibu hamil mengikut islam ada di sini.
Terdapat juga cara pemakanan sihat yang di anjurkan oleh islam.









............................





Tadaaaa....



 Lucu lak bila hubby pilih buku ini.
Tapi bila baca sangat semangat nak sediakan makanan sihat untuk baby.



 comel kan =)

 yummmmyy....



potret mommy and daddy mesti ada sekali=)


Thanx sayang.
Minat membaca datang kembali dengan buku yang comel penuh warna warni ini.
hehehehe

Tuesday, March 27, 2012

Mimpi Indah

Semalam saya mimpi pelik.
Tak pernah dalam hidup mimpi sebegitu.




Saya mimpi menunaikan umrah.
Saya nampak kaabah.
Saya berada di Mekah.
Semuanya real seolah-olah saya pernah berada di sana sebelum ini.




Saya menangis dalam mimpi.
Menangis tak percaya saya sudah berada di sana.
Seolah olah seperti mimpi.
[ rupa-rupanya memang betul mimpi =( ]



Ya Allah apakah petanda mimpi ini.
Semoga di kurniakan rezeki agar satu hari nanti aku menjadi tetamu jemputan mu.



p/s
Baby mama dah masuk 2nd trimister. Alhamdulillah.
Semoga semuanya baik baik saja.

Thursday, March 15, 2012

JIWANG

My friend asked me 
" Nape di blog ko lagu jiwang?"

hahahaha...

" Ko tak rasa feel ke bila baca entry aku yang tulus ikhlas sambil dengar lagu lagu camtu?"

kihkihkih


pssstt:
Gila teringin nak gi buat umrah macam Mona..huhuhu
Pray hard...
 

Wednesday, March 14, 2012

Hantaran Kawen

Entry khas tentang hantaran.
Bukan nak nunjuk hantaran kawen. 
Sebab hantaran kawen saya tak grand, tak mewah, tak mahal macam hantaran orang lain.
heheheh
Tapi just wanna share one of the most important part during wedding.



Saya dan suami mula membeli hantaran kahwen sejak sebelum kami bertunang lagi.
Orang sibuk prepare hantaran tunang, kami sibuk shopping hantaran kahwen.


Idea dan bunga untuk gubahan hantaran belah pihak perempuan adalah idea saya sendiri.
Saya sukakan sesuatu yang simple dan nampak macam fresh.
Sebab kos untuk fres flower mahal, so kami beli bunga plastik yang nampak ala ala fresh flower gitu.
heheheh...



Gubahan ni di bantu oleh both of my sis.. Along and Syirah.
Terharu sangat sebab Syirah sendiri bersusah payah untuk mengubah hantaran ini.
Saya tahu dia kreatif, thats why i really need her help.



Hantaran ini siap di gubah sebulan sebelum majlis kami.
Awal kan.
Sebab saya dah tak nak fikir pasal hantaran di saat saat akhir.
Semua hantaran di gubah dan di letak dalam plastik hitam=)


Tengok..bersepah sepah..


Belt and wallet from Bonia. I just love the box. Betol betol kayu=)

Bunga daisy di pilih sebab bunga ini lah yang saya tengok setiap kali saya drive ke sekolah. Bunga yang di jual oleh aunty india tepi jalan di desa Cempaka=)

Rayban. Act, this is my 2nd time give spec to my hubby. First masa birthday dia tahun 2008. Tapi sebab dia teringin sangat sangat nak Rayban, so..this is for you dear...


Untuk perfume, saya tak dapat bagi perfume fav suami. Sebab perfume nye tidak di datangkan dengan pakej.huhuhu.....


Nampak simple. Ini lah hantaran paling sukar di gubah. Sebab nak buat stand kat belakang beg tu untuk dirikan bag. Tak leh pakai benda keras sebab takut rosak kulit beg. Hasil tangan Syirah=)

Tafsir Al-Quran. 


Baju jalan jalan. This is not baju kerja. Kemeja casual. Masa kami beli baju ni, ada seorang pembaca berita NTV7 turut tengah pilih baju yang sama di butik ini. First time tengok betapa cerewetnye seorang lelaki shopping. Ye la, dia kan celebrity=)...And baju ni sebijik dengan Fedtri pengacar TV3 pakai mase buat penggambaran di Jakarta.Same taste=p


Yang lain-lain pulut, buah dan kek yang di sponsor oleh nenek dan aunty saya.
11 dulang dari pihak perempuan.

This is hantaran dari pihak lelaki.
juga 11 dulang=)
11 berbalas 11.





Handbag ni lah yang sampai 5 x shopping tak beli beli.
At last, hubby beli limited edition handbag dari kulit lembu.hehehe...
I love it so MUCH!!
Al- Quran digital sponsor dari mak mertua.

My fav spec=)

Hantaran pihak perempuan.
1. Spek Hitam
2. Beg
3. Wallet & belt
4. Kasut
5. Kemeja & seluar
6. Al-Quran
7. Kek
8. Buah
9. Perfume
10. Jam
11.Coklat

Hantaran pihak lelaki:

1. Jam
2. Spek
3. Kain pasang batik
4. Perfume
5. Set make up
6. Rantai leher
7. Al-Quran elektronik
8. Handbag
9. Kasut
10. Telekung
11.Pulut kuning

Hantaran batal air sembahyang dari lelaki:
1. Gelang tangan

Hantaran batal air sembahyang perempuan:
1. Cincin



Nasihat saya pada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, untuk membeli hantaran beli lah barang yang betul betul di perlukan. Bukan untuk menunjuk nunjuk. Jika tidak mampu, beli saja barang biasa seperti makanan ke. Sebab benda ni hanya bersifat sementara dan adat sahaja.
Tak perlu membazir berabis untuk hantaran.
Jangan duk fikir, nanti apa orang kata.

Tuesday, March 13, 2012

Sekitar Majlis Akad Nikah


 Pelamin sponsor dari Jazliya Bridal.. Murah rezeki. Amin..alhamdulillah

 Fresh flower yang sampai malam akad nikah
Mengikut tema, peach, white and purple
Sempena kebosanan cuti sekolah,
baru ada kesempatan nak share sekitar majlis akad nikah

family wakaf bharu in pink

sebelum menjadi suami=)

Abah dengan teratur seperti baca skrip semasa minta izin untuk menyerahkan wali pada imam masjid

Abah tersayang

Serius



Imam dan pengantin yang sentiasa ceria.

Tinggal kenangan. Salah seorang sahabat baik abah yang menjadi saksi perkahwinan 2 orang anak perempuan abah kini sudah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah buat arwah pakcik Sabki

tak tahu kenapa sebak sampai nangis. Sebab along kat sebelah nangis kot.hehehe

Alhamdulillah

Apa yang menarik tentang duit hantaran dari suami ialah 1sen di hadiahkan oleh nenek suami...

Apa yang menarik tentang bekas hantaran ini ialah, bekas ni recycle dari bekas cincin semasa tunang yang di hias oleh adik beradik ipar. Kayu dan ribbon pada kayu pun tidak di tukar.heheheh

hohohoho





once a teacher always a teacher..

Adik beradik ipar yang banyak membantu suami dalam melancarkan majlis

hahaha..si kecik!!!!

Mom yang sangat kepingan inginkan anak lelaki seperti arwah ridhwan



Saturday, February 25, 2012

Walau SAKIT ia tetap INDAH

Sekarang saya tengah melalui detik detik indah untuk menjadi seorang ibu.
Bila tengok post kawan kawan yang pregnant, terasa macam diorang ni tak de masalah je sepanjang hamil.
Cam sihat je.
Cam happy jek.



Setiap pagi saya akan mengalami morning sickness yang teruk.
Pening kepala berpusing pusing dan akan muntah muntah hinggal lah jam 11 pagi.
Malah sejak pregnant, saya masih belum dapat sentuh makanan dengan seleranya.
Pantang makan mesti akan keuar balik.
Orang kata ni hanya untuk 3-4 bulan pertama saja.
Hope sangat sangat semua alahan ini akan hilang.



Malah bau apa apa perfume juga meloyakan saya.
Kepala akan pening untuk sebarang bau.
Perangai malas semakin menjadi jadi.
Makan juga bersuap oleh suami.
Kesian suami melayan kerenah ntah ape2 ni.
 


Kalau di sekolah boleh lak makan sendiri di kantin.
Di rumah je, apa yang suami makan yang tu la yang nak masuk di tekak ni.
Bukan reti nak suap sendiri, tau hulur mulut jek.




Sejak pregnant, hanya 3-4 kali saja saya masak.
Sebenarnya, saya tidak berselar langsung dengan masakan sendiri.
Bila masak ada saja tak kena.
Sampai suami pun pelik kenapa saya masak macamtu.
Malah bau minyak pun sudah meloyakan.
Campur lagi dengan kemalasan yang amat sangat melanda.




Tiap kali naik kereta saya juga akan pening dan loya.
Sampai je ke destinasi akan muntah.
Sebab itu tiap kali suami ajak berjalan saya akan berfikir berkali kali dengan keadaan kesihatan yang sebgini.
Tapi kadang kadang, kuatkan juga diri sebab kesian bila asyik menolak ajakan suami untuk berjalan jalan.
Dia sudah penat bekerja seharian. Kesian suami.


Di sekolah, saya paksa makan.
Untuk tenaga bekalan naik turun tangga dan berdiri dalam kelas semasa mengajar murid.
Makan, kunyah dan telan tanpa ada perasaan.
Semua makanan meloyakan tekak.
Walau hakikatnya nak makan itu dan ini.



Sejak hamil juga saya bertukar menjadi guru yang garang.
Pantang tengok budak buat salah sikit rasa cam berapi api mau meletup.
Dalam kelas payah skali untuk senyum.
Sekarang muka juga sudah berjerawat.
Semuanya sebab tension.
Bukan kita minta tension datang.
Tapi bila tengok budak dengan keranah yang nakal terus berapi api nak marah.



Malah tiap kali malam menjelma, tidur saya sudah tidak senyenyak dulu.
Akan terjaga beberapa kali di waktu malam.
Tidur mengiring tak kena.
Tidur terlentang tak kena.
Ingatkan saya saja alami sebegini.
Lega apabila seorang guru di sekolah yang juga sedang hamil cuma awal seminggu dari saya juga berkongsi pengalaman yang sama. Sukar untuk tidur nyenyak di waktu malam/

 

Subhanallah.
Saya sering berdoa siang malam, agar Allah berikan kekuatan, kesihatan yang baik, agar saya dapat menjaga suami dan rumah tangga seperti dulu.
Melayan suami, jaga makan minumnya seperti dulu.
Kemas rumah seperti dulu.
Semoga segala perangai buruk, kemalasan ini hilang tak lama lagi.
 Namun, ini tetap saat indah dalam hidup ini.
Menghitung hari.
Setiap hari tengok kelendar.
Sejak scan, nampak baby dan denyutan jantung sudah berdenyut, semangat untuk mengharungi semakin kuat.
Semoga Allah berikan saya dan suami kekuatan untuk mengharungi saat saat kehamilan anak pertama kami.
Semoga semua baik baik sahaja.


pssst::

Semakin kesukaran ini di harungi, semakin tebal cinta untuk suami tersayang.
Terima kasih sayang atas segalanya.