Monday, January 7, 2013

3 Months `Umar


Anak mama dah masuk 3 bulan.
Alhamdulillah `Umar membesar dengan sihat di depan mata.
Berpisah lebih kurang 6 jam sehari tapi masih mampu melihat setiap perkembangan `umar.


Malam selepas `umar ke inject untuk 3 bulan.




Anak mama dah pandai meniarap seawal 2 bulan lagi.
Tapi bila dah masuk 3 bulan, baru dia pandai alihkan tangan dia dari bawah badan tiap kali dia balikkan badan.
Baru saya faham perasaan seorang ibu bila melihat setiap perkembangan anak.
Even sekecil kecil hal sekalipun, rasa itu sungguh bahagia sekali.
Saya dan suami akan tersenyum, mula merakam gambar dan video.
( Saya tahu setiap ibu bapa zaman sekarang semua begitu kan?hehehe)


Mama dan Abah doakan agar `umar dapat membesar dengan sihat, dan menjadi anak yang soleh serta insan yang berakhlak mulia.
Mama&Abah juga berjanji akan perbaiki diri kami agar dapat menjadi ibu bapa yang terbaik untuk di contohi oleh anak anak. Amin

Lelaki Memang BEGITU?

Saya akui saya memang obses pada produk kesihatan. READ : kesihatan. Not kecantikkan ok.
Sebab saya memang dari dulu lagi jenis orang yang selalu sakit sakit dan badan lemah.
Bila dah kerja, dah ada duit, pantang ada produk yang ada kena mengena dengan tahap kesihatan saya mesti saya akan beli.




En suami selalu perli itu ini bila saya beli produk macam macam.
Kadang-kadang saya sedih sebab rasa seperti dia tidak menyokong saya.
Sedangkan  isteri ingin sihat hanya sebab suami dan keluarga.




Tapi 1 hari saya terbaca sms yang suami saya hantar kepada kawannya.
Amboi bukan main lagi dia promote produk yang saya makan kepada kawannya.
" ko nanti beli produk ni..isteri aku makan bagus..bla bla bla"
Bukan sekali saya terjumpa sms sebegitu.
Malah en suami seperti penasihat kesihatan lak bila dia lak yang mempromosikan kepada kawannya dengan alasan "isteri aku makan ok. bagus. boleh tengok kesannya"



 

erkkkk
Adakah semua lelaki begitu?
Ego di depan tapi rupernye di belakang....???
hahahaha

Monday, December 24, 2012

Pengendalian EBM Sebelum Di Hantar Ke Rumah Pengasuh

Saya budak baru belajar.
Tapi saya suka sangat belajar ilmu penyusuan ekslusif ni.
Dulu target full bf sampai 2 bulan. Alhamdulillah dah capai target.
Sambung lak target ke 3 bulan. Tinggal lagi 10 hari nak capai target.
Target sebenar saya ialah 6 bulan. Tapi semua tu bergantung pada susu yang ada. Moga Allah permudahkan niat murni ini.
Saya bersyukur kerana kakak yang jaga umar sangat pandai handle ebm


Ni saya share macaman nak handle ebm.

Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
 saya guna jenama Bumble Bee sebab botol dia cute je and senang tanggal kalau kita tulis ngan marker.


Membersihkan Bekas Penyimpanan:

  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
saya bilas pakai air panas je sebab malas nak beli steriliser tu. Rasa macam tak perlu sebab boleh pakai air panas biasa je. Janji ko kena rajin la panaskan air and rendam botol susu tiap kali lepas guna. Jangan MALAS ok! nanti botol susu berkerak..errrkkk

Menghantar susu ke rumah pengasuh:

  • Keluarkan susu dari tempat beku pada malam hari dan letakkan di bahagian bawah peti ( bahagian chilled). Susu beku selalunya mengambil masa dalam 12 jam untuk cair kalau terlupa, bangun pagi tu leh siram je dengan air paip bagi cair. ( JANGAN SIRAM PAKAI AIR PANAS)
  • Tranfer susu ke dalam botol ikut sukatan baby selalu minum. Macam saya, `umar minum 3oz sekali minum.So, saya akan pindahkan susu kedalam setiap botol dalam 30z. Kadang-kadang 2.5 oz pun ada. 4 oz pun ada. Tengok mood.heheheh
  • Masukkan dalam cooler bag dan letakkan ice pack. 
  • Kalau boleh, beli la warmer dan letak di rumah pengasuh anda. Tak payah pengasuh susah payah nak kena panaskan air, sukat suhu untuk rendam susu anak kita. Sebab susu ebm tak boleh di rendam dengan susu melebihi 40 darjah. Saya beli warmer dan tinggal kat rumah pengasuh umar.
 
 saya guna cooler bag jenama pigeon. Muat 8 botol susu, pum & ice pack. Beg ni sangat best sebab tak basah and rasa fit je bile isi semua benda banyak banyak.

 ice pack juga jenama pigeon. Tahan 8 - 12 jam bila di letak di dalam cooler bag

 Ni susu `umar yang dah di cairkan ikut sukatan.

Setakat ni saya belum labelkan botol sebab saya tinggal umar kejap je.
Naik sekolah nanti baru saya akan labelkan botol.
Contohnya no 1 susu yang baru pam
no 2 susu yang di cairkan
no 3 susu yang pam semalam.


Meh kita pakat mantapkan ilmu penyusuan ekslusif ni.=)

Friday, December 21, 2012

`Umar & His Mak


Masa preggy lagi saya paling risau tentang pengasuh umar.
Tapi alhamdulillah, berkat doa dari semua, `umar senang je dapat pengasuh.
Nama nya kak wati.
Isteri cikgu sekolah saya.
Alhamdulillah Kak Wati sangat sangat sangat baik.
Yup...memang baik.



Dia tau handle ebm.
Kak Wati dah ada 3 orang anak.
Dan tentunya dia lagi banyak pengalaman dari saya.
Bayangkan umar boleh minum susu botol kalau Mak dia bagi.
Tapi kalau saya yang bagi, memang langsung dia tak minum walau di pujukcemana pun.


Allah maha berkuasa.
Allah juga maha mengetahui segalanya.


* Masalah sekarang ialah saya tak ada kekuatan untuk drive kereta jauh berdua dengan umar hingga kan dah 3 hari berturut turut en suami yang hantar saya&umar tiap kali ada program di sekolah.huhuhu

Tuesday, December 18, 2012

Buat Kedua Kali


Yup..
Sakit itu sangat sakit.
Bagaimana ingin menyayangi jika  rasa ingin memandang juga sudah hilang.
Jika di tanya, apa yang ingin di luahkan
1 saja ayat yang aku boleh cakap
" JAHATNYA"

Wednesday, December 5, 2012

Formula Milk

Tertarik dengan kata-kata sahabat lama saya.


" Aku tak full bf. Start keja, RA.UF dah mix. Paling lama pam kat office pon 8 bulan. Pastu kerja dah mula byk aku bf malam je. Susu aku tak meriah tp alhamdulillah dapat gak bf anak. mak leks je, tak obses bf. I know I've given the best I could and enjoyed every moment"




kata-kata darinya buat saya sedar, yang kita tak perlu taksub untuk bf hingga kadang kadang kita sendiri rasa tertekan. Ibu yang tak dapat bf tak semestinya tidak dapat beri yang terbaik untuk anak anak. Setiap ibu inginkan yang terbaik untuk anaknya tak kira la dengan susu ibu ataupun susu formula.




Saya sendiri telah tanamkan dalam diri sejak hamil lagi ingin bf `umar sepenuhnya sehingga 2 tahun. Sejak di awal kehamilan lagi pelbagai ilmu cuba di kaut sebanyaknya tentang penyusuan ekslusif ini. Hingga saat ini pun, hampir setiap hari saya cuba menceduk sebanyak mungkin ilmu tentang bf. Niatnya 1, ingin bagi yang terbaik untuk umar. Ingin bagi susu ibu sepenuhnya.




Hingga 1 hari suami memberitahu ingin memberi susu formula pada `umar jika `umar masih lagi menolak botol. Niatnya bukan apa, cuma yang penting `umar terima susu botol tak kira dengan menggunakan susu apa sekalipun. Sebab biarla anak kita minum susu apa pun, yang penting kita tak susahkan pengasuh.



Pada awalnya saya agak sedih. Tapi bila di fikirkan betol kata suami. Bila sahabat saya menyatakan seperti di atas, makin membuatkan saya lebih terbuka untuk memilih susu formula. Cuma buat masa ini, saya masih berusaha gigih untuk mengekalkan susu ibu sepenuhnya untuk `umar.




Alhamdulillah.
`Umar sudah mula menerima susu dalam botol. Yup, masih lagi susu ibunya.
Doa dan harapan saya tinggi agar dapat meneruskan susu ibu pada `umar.
Tapi, jika saya tidak mampu, saya masih lagi postif, bahawa susu formula juga masih lagi yang terbaik untuk anak anak jika itu lah rezeki yang Allah sediakan untuknya.
Apa-apa pun terjadi, samada susu ibu atau susu formula, I just want to enjoy every moment with my son. Itu yang paling penting! InsyaAllah, jika rezeki `umar dengan susu ibunya, dia dapat susu ibunya sepenuhnya. Kita hanya mampu merancang dan berusaha, tetapi Allah yang menentukan. Perancangan Allah sungguh sempurna.




Monday, December 3, 2012

LOVE IS...


Pics : folder lama zaman upm

“Not all of us can do great things. But we can do small 
things with great love.” 
― Mother Teresa