Tuesday, April 2, 2013

Wordless Wednesday

Semoga papa menjadi suami yang sentiasa membimbingku ke syurga.
Menjadi abah yang dapat membimbing Umar menjadi anak yang soleh.
untuk anakanda tersayang
Dikaulah harta mama di akhirat nanti.
Jadilah anak yang soleh.
Amin
Published with Blogger-droid v2.0.10

A day to go

Aktiviti wajib sementara tunggu Insyak



Hobi Umar: hisap hidung mama
Lagi 1 hari Umar 6 bulan.
Anak mama membesar dengan cepat.
Rasa baru semalam berada di HUKM.
Rasa macam baru je pegang Umar yang kena bedung,
Sayang, mama rindu semua kenangan bersama Umar.
Walau Umar sentiasa di depan mata, kerinduan itu masih kuat.
Baru saya sedar macamna kuatnya kasih seorang ibu kepada anak.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Adik Umar??

Tajuk gempak je kan.heheh


Hampir hari hari kawan kawan mengusik tentang adik `Umar.
En Suami pun kadang kadang selalu sebut nak kena bagi adik kat `Umar.
OMG!


`Umar baru 6 months.
And saya pulak bersalin secara czer.
Kalau normal memang dah preggy untuk 2nd baby agak nya ni.hehehe




Memang plan nak dapat anak berderet then stop sebab umur pun dah lanjut kan.
Tapi bila kena juga fikir kesihatan diri.
Diri selepas bersalin sangat sangat kurus dan saya sendiri sangat sangat penat.




So, biarlah ada sedikit masa untuk memanjakan putera sulung sepenuhnya dahulu.
Biarlah sempat enjoy moment ke sana sini dengan sorang anak. ( kalau dah ramai anak mesti feel dah lain kan..heheh)
Biarlah saya ada masa untuk diri saya sendiri dahulu.
Dan yang paling penting, biarlah luka dalam czer ni betul betul sembuh dulu. Kalau sakit ke apa ke, risiko siapa nak tanggung? Diri sendiri juga kan :)


Tuesday, March 26, 2013

Wordless Wednesday

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hati Mama

Published with Blogger-dro

Mencari Kekuatan Diri

kadang kala aku rasa terlalu penat.
kadang kala aku marah marah.
kadang kala ingin saja aku lambung segala barang yang ada.
kadang kala aku menangis sendiri di dalam tandas.
kadang kala aku senyum dalam terpaksa.
kadang kala aku sujud dalam penuh harapan.
kadang kala aku gigit gigi menahan sakit.
kadang kala aku menarik nafas dalam.
kadang kala aku mendengus kecewa.
kadang kala aku memaling tanda protes.
kadang kala aku menutur lembut dalam kekerasan.
kadang kala aku bekerja pantas tanda geram.


5 bulan aku mencari kekuatan ini.
alhamdulillah Allah mengurniakan aku kekuatan.
Dalam kesakitan, dalam kelelahan, aku temui kekuatan diri.
Ya Allah, bantulah segala ketidak mampuan aku dalam menguruskan hidup ini.
Tenangkan hatiku di setiap nafasku.
Kerna aku bimbang, 1 saat aku sudah tidak kuat, aku bimbang aku akan hanyut selamanya.

Saturday, March 23, 2013

HARTA KARUN



terjumpa music box lama zaman bercinta dulu.
Penuh dengan tiket wayang, resit makan dan bekas gula2 pun ada.
Aduhai..ni la zaman bercinta.hahaha
Published with Blogger-droid v2.0.10