Friday, December 6, 2013

Umar naik flight

Nak duduk jauh dari mama
Actually umar first time naik flight masa umur 2 bulan.
Tak susah naik flight ngan baby.
Yang penting masa tengah fly banyakkan  menyusu untuk  bagi telinga dia rasa selesa.
Masa ni memang senang sangat sangat mama handle umar naik flight sorang sorang tanpa abah umar.


2nd naik flight umar umur 4  bulan.
Masa ni umar dah boleh meniarap.
Tapi alhamdulillah umar tidur sepanjang penerbangan.
3rd naik flight umar umur 6 bulan.
Nampak sangat mama umar ni  balik kelantan 2 bulan sekali,hahaha
Macam sebelum ni juga umar tidur sepanjang perjalanan.


4th naik flight tak risau sangat sebab abah umar ada bersama.
Masa tu umar umur 8 bulan.
Still the same. Dia tidur sepanjang perjalanan.
Kali ke 5 pun tak risau sebab fly dengn che su umar.
Paling risau masa nak fly umar umur 14 bulan ni.
Sebab dia sangat sangat aktif.
Nak lari sana sini.
Orang dah boleh kaki katakan.


Mama umar punyala takut sebab abah umar tak de sekali.
First time fly time umar dah boleh jalan.
Doa siang malam mintak mintak umar tidur.
Sampai di airport, umar dah tunjuk aktif dia.
Tak nak orang dukung.
Nak lari sana sini.
Abah umar pun tak larat nak kejar dia kat airport.
Bila check in, dia lari sana sini,tapi tak lari jauh sebab dia memang tak leh jauh dari mama dia.
Masa beratur nak naik flight, nampak umar dah nguap nguap.
Hati mama lega.
Naik flight, pasang seat belt,  bagi nenen....tadaaaaaaaaa....terus tido!!!!!
Alhamdulillah , belum take off lagi umar dah tidur sampai la ke kelantan.
Doa ibu memang makbul walau hanya doa sekecil hal macam ini.
Ulang alik ke kelantan dengan flight tanpa abah umar memang dah biasa bagi mama umar.
Cuma kepandaian dan kebolehan si kecil makin hari makin  berbeza itu yang paling mencabar.


Ingat lagi masa umar umur 6 bulan, tengah beratur nak naik flight dia  berak .
Berlari mama umar ke surau airport tukar pampers.
Zuupp zaaap zasss siap tukar, berlari naik flight.
Ok lagi sebab time tu  baby lagi. Cuci berak and tukar pampers kejap je.
Kalau dah besar macam sekarang, dengan aktif semacam, mau makan masa nak cuci berak and tukar pampers.
Ps: umar dah naik flight 10x dalam masa 14 bulan.errrkkk...kalah mama yang first time naik flight umur 12tahun..huhuhu

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, November 28, 2013

Keberkesanan Urut Bayi

Alhamdulillah.
Selepas bawa umar pergi berurut, malam tu hilang batuk umar.
Kalau tak tiap tiap pagi akan muntah sebab batuk.
Sampai sekarang umar dah tak batuk.
Leganya hati mama bila hilang batuk umar tanpa sebarang ubat.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ajal Maut

Sibuknya kita mengejar dunia, hingga lupa maut makin mendekati kita.
Urusan dunia takkan pernah habis.
Allah menguji hambanya dengan kesibukkan masa.
Masih mampukah kita mencuri masa yang Allah kurniakan ini untuk sujud kepadaNya?
Cukupkah amal ibadat yang ada?
Cukupkah solat 5 waktu sehari semalam kita?
Cukupkah ajaran agama untuk anak anak kita yang bakal kita tinggalkan nanti?
Cukupkah istifar dan taubat keampunan terhadap dosa dosa kita yang lalu?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, November 22, 2013

Urut Baby Umar

Baby ke???
Harini mama umar nak share pengalaman bawa umar pergi   berurut.
Sebab dah hampir 2 minggu umar  batuk & selsema, saya  bawa umar pergi urut.
Memang kalau boleh tak nak biasakan umar dengan ubat.
Kakak yang urut umar ni nama dia Kak Za.
Kak Za ni belajar urutan fisioterapi dengan hospital sg buloh.
Urut  umar kali ni untuk longgarkan kahak.


Menurut Kak Za kahak nanti akan keluar melalui muntah atau najis.
Sepanjang sesi urut, umar diam je sambil peluk mama.
Nampak sangat dia syok and relax.
Semalam lepas balik urut, umar tidur lena.
Dah tak  batuk lagi waktu malam dan pagi macam sebelum ni
Alhamdulillah.


Untuk pengetahuan korang, kalau budak selalu demam pun ada cara urut.
Jangan cepat sangat bawa ke hospital and  bagi ubat pada baby.
Menurut Kak Za, budak selalu demam kadang kadang ada masalah urat.
Macam orang tua yang selalu demam urat.
Yang buat saya tak risau  bawa urut ialah sebab Kak Za  belajar dengan hospital teknik teknik dia.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Cuti Sekolah - Day 7

Harini genap 1 minggu cuti.
Tak de buat apa apa, tapi sangat bahagia dapat bersama umar dan suami.
Harini bawa che su umar ke klinik check up perut dia yang dah sakit dekat 2 minggu.
So, memang sah che su umar kena gastrik.
Best sangat Dr Sariah ni.
Dekat 30min bagi sesi konsultasi kesihatan.
Jarang jumpa doktor macam ni.
Ni saya nak share antara nasihat doktor sariah kalau gastrik.

1. Pantang minum susu time perut sakit. Sebab akan menyebabkan angin and perut makin sakit.
2. Jangan makan daging or ayam. Cuba banyakkan makan sayur and  buah
3. Of course jangan makan pedas and masam!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, November 19, 2013

Favourite Mama Umar

Ni la pemandangan paling di gemari mama umar.
Tempat umar bermain.
Tempat ni selalu kemas sebab umar pandai kemas masukkan mainan dia dalam rumah tu lepas main.
Tapi tempat mama simpan tuppaware memang bersepah sepah sebab umar suka  betol sibuk ngemas kat situ time mama masak.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Nasi Lemak Mama Umar

Alhamdulillah harini masuk hari ke 2 mama Umar berniaga nasi lemak.
It's not about the money.
Just nak isi masa lapang dalam cuti dan disiplinkan diri untuk solat subuh ON TIME!!!
Dalam masa sama boleh menjana pendapatan dalam cuti.
Tuisyen? Oooo mmama umar malas nak ngajar. Cukuplah di sekolah.Walau dah 3 orang jiran tanya suruh ajar tuisyen BI, tapi terpaksa tolak sebab mengajar perlu komitmen tinggi

.
Ni contoh nasi lemak RM 2 mama Umar.
Semalam nasi lemak tak cukup, jadi harini kena tambah lagi bilangan bungkusan nasi lemak.
Actually idea ni timbul sebab kantin tempat kerja abah umar ialah pengusaha cina.
Lagi 1 keistimewaan nasi lemak mama umar ialah telur ayam di  cuci dengan bersih.
Hahahah..sempat lagi promote nasi lemak .
Ok enough for today.
Published with Blogger-droid v2.0.10