Thursday, December 26, 2013

I Miss Korea

Macam poyo je kan?
Tapi tak semua tentang korea menggamit kerinduan ini.
Saya rindukan keramahan orang korea.
Memang tak boleh di nafikan mereka sangat sangat ramah.
Lagi lagi bila bawa baby.
Tak kira tua or muda, mereka sanggup intai baby dalam stroller semata mata nak tengok baby.




Saya juga rindukan keindahan bumi ciptaan allah di korea.
Subhanaallah...sangat sangat indah.
Selalu  bayangkan gambar pemandangan cantik di kalender, tiba tiba pemandangan cantik itu ada di depan mata.
Masih ingat lagi masa perjalanan ke Pulau Nami, kami menaikki subway.
Melalui satu kawasan tasik jernih, berlatar belakang gunung yang memutih dan pokok pokok yang sangat indah.
Hinggakan adik ipar saya tanya sempat tak snap gambar,
Memang tak sempat snap sebab dalam subway sibuk dengan umar yang nak netek je.hahaha
Tapi keindahan itu masih segar .
Dan....saya simpan azam.....
Saya ingin kembali ke bumi korea...insyaallah pada musim lain pula.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, December 25, 2013

Wordless Thursday?

Boleh ke?
Boleh aja...hahaha...

"STRESS"

Published with Blogger-droid v2.0.10

Petua Tambah Selera Makan Anak

Ni kisah umar yang tak nak makan.
Asyik nak nyusu je.
Minggu lepas umar demam,muntah muntah.
Makin susut berat badan dia.
Mama umar dah bagi vitamin with lysine yang boleh tambah selera makan anak.
Tapi macam tak berkesan je.
Bila google , ada rakan rakan bloggers share petua mandikan anak menggunakan daun kuchai boleh menambah selera makan anak.
Tadi mama umar dah beli daun kuchai.
Cara nya, cuci daun kuchai sehingga bersih.
Rendam daun kuchai dengan air suam.
Mandikan anak seperti biasa menggunakan air biasa pada waktu senja.
Selepas mandi dan sabun, bilas  badan anak dengan air rendaman daun kuchai tanpa perlu di bilas dengan air biasa .
Keberkesanan bergantung pada individu.
Ada rakan rakan yang buat 3 hari berturut turut dah nampak keberkesanan.
Untuk umar, mama umar baru try harini.
Nanti kalau  berkesanan mama umar share.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, December 23, 2013

Azam Tahun 2014

Tiba tiba je tahun ni nak buat azam selepas dah bertahun tahun tak nak berazam pape.
Azam tahun ni tak nak aktif di fb lagi.
Enough said!
Actually memang nak sangat delete akaun fb, tapi sebab banyak info dapat dari fb, hasrat terpaksa di batalkan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, December 14, 2013

Hanya untukmu Anak

Until now 1.33 a.m, saya masih lagi tak siap mengemas barang barang untuk bercuti.
Dari pakaian sampailah ke makanan dan ubat ubatan untuk umar semua di sediakan dengan teliti.
Tapi hati masih tak tenang.
Pertama kali bawa umar bercuti ke tempat yang suhu mungkin mencecah 0 or negatif  betol betol merisaukan saya.
Ya Allah, permudahkan urusan kami.
Semoga umar selesa dan sihat di sana.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, December 6, 2013

Mencari Salah

Setiap hari saya buka fb.
Sedih bila tengok terlalu banyak dosa manusia lakukan melalui fb.
Saya malas bercakap pasal isu politik.
Setiap parti, ada kebaikkan dan keburukkan masing masing.
Tapi kenapa setiap yang berlaku di Malayasia, semua hanya tahu cari salah.
Dan masing masing    bercakap,  bercakaran dan menghina sesama sendiri.
Sedangkan semua berita datangnya dari internet, yang belum tentu sahih seperti al quran.
Bila manusia terlalu menjadikan internet sumber rujukan dan percaya membuta tuli.
Kalau kita betul islam, betul ke cara kita menggunakan bahasa kesat dan bercakaran sesama umat?
Bukankah islam mengajar kita untuk berbudi  bahasa?
Kenapa perlu post isu yang membawa perpecahan umat islam dan bangsa Melayu?
Betapa banyaknya dosa orang yang menimbulkan sesuatu isu yang hangat itu.
Sedarlah... hidup kita tak lama dan kita pun tak tahu bila nyawa kita akan di cabut oleh Nya.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Umar naik flight

Nak duduk jauh dari mama
Actually umar first time naik flight masa umur 2 bulan.
Tak susah naik flight ngan baby.
Yang penting masa tengah fly banyakkan  menyusu untuk  bagi telinga dia rasa selesa.
Masa ni memang senang sangat sangat mama handle umar naik flight sorang sorang tanpa abah umar.


2nd naik flight umar umur 4  bulan.
Masa ni umar dah boleh meniarap.
Tapi alhamdulillah umar tidur sepanjang penerbangan.
3rd naik flight umar umur 6 bulan.
Nampak sangat mama umar ni  balik kelantan 2 bulan sekali,hahaha
Macam sebelum ni juga umar tidur sepanjang perjalanan.


4th naik flight tak risau sangat sebab abah umar ada bersama.
Masa tu umar umur 8 bulan.
Still the same. Dia tidur sepanjang perjalanan.
Kali ke 5 pun tak risau sebab fly dengn che su umar.
Paling risau masa nak fly umar umur 14 bulan ni.
Sebab dia sangat sangat aktif.
Nak lari sana sini.
Orang dah boleh kaki katakan.


Mama umar punyala takut sebab abah umar tak de sekali.
First time fly time umar dah boleh jalan.
Doa siang malam mintak mintak umar tidur.
Sampai di airport, umar dah tunjuk aktif dia.
Tak nak orang dukung.
Nak lari sana sini.
Abah umar pun tak larat nak kejar dia kat airport.
Bila check in, dia lari sana sini,tapi tak lari jauh sebab dia memang tak leh jauh dari mama dia.
Masa beratur nak naik flight, nampak umar dah nguap nguap.
Hati mama lega.
Naik flight, pasang seat belt,  bagi nenen....tadaaaaaaaaa....terus tido!!!!!
Alhamdulillah , belum take off lagi umar dah tidur sampai la ke kelantan.
Doa ibu memang makbul walau hanya doa sekecil hal macam ini.
Ulang alik ke kelantan dengan flight tanpa abah umar memang dah biasa bagi mama umar.
Cuma kepandaian dan kebolehan si kecil makin hari makin  berbeza itu yang paling mencabar.


Ingat lagi masa umar umur 6 bulan, tengah beratur nak naik flight dia  berak .
Berlari mama umar ke surau airport tukar pampers.
Zuupp zaaap zasss siap tukar, berlari naik flight.
Ok lagi sebab time tu  baby lagi. Cuci berak and tukar pampers kejap je.
Kalau dah besar macam sekarang, dengan aktif semacam, mau makan masa nak cuci berak and tukar pampers.
Ps: umar dah naik flight 10x dalam masa 14 bulan.errrkkk...kalah mama yang first time naik flight umur 12tahun..huhuhu

Published with Blogger-droid v2.0.10