Tuesday, September 30, 2014

Stop BF

Dalam menghitung hari umar menginjak usia 2 tahun, bermacam macam cara dah dilakukan untuk stop bf secara perlahan..Tapi masih belum berjaya sepenuhnya..
Namun dah banyak perubahan sebab sekarang umar hanya bf waktu malam.


Ni susu coklat and mealshake mama umar beli untuk umar.
Mealshake actually untuk budak yang tak suka makan nasi.
Minum mealshake ni mengenyangkan.
Umar tak de masalah makan nasi.
Umar memang jenis makan nasi banyak sangat macam orang tua.hehehe
Tapi mama umar saje nak campur dengan mealshake.
Lagipun mealshake boleh elakkan dari sembelit.


So far, umar dah boleh terima susu ni tapi dengan syarat sejuk.
Mama and abah umar pun suka susu ni..hihihi

Sunday, September 28, 2014

Mama vs Abah

Setiap hari saya travel ke sekolah sejauh 20km ++.pergi balik dah 40km...
Sejak 1st time driving bawa umar ,umur umar masa tu 3 bulan, saya dah ajar umar duduk atas carseat.
Sampai sekarang umurnya 2 tahun, saya tak pernah ada masalah driving dengan umar.
Dia akan behave sangat2.
Dan dia tau tempat dia ialah atas car seat.




Tapi masalah timbul bila abah umar driving.
Abah umar suka drive sambil riba umar.
So, bila abah umar driving, mama umar penat sangat sebab umar kejap nak ke depan, kejap nak kebelakang.


Tapi sejak 2 menjak ni mama umar dah berkeras.
Walau abah umar drive, kena duduk carseat.
Sekarang umar dah boleh terima sikit sikit.


Tapi kadang kadang bila umar kuar berdua dengan abahnya, diorang pandai skip peraturan car seat yang mama buat.
Lastly, jadi la umar tidur macamni kalau abah drive.
Hahahah...
Tau pulak wassapp mama hantar gambar cegini ye......

Saturday, September 27, 2014

Open house raya 2014

Actually mama umar tak nak buat open house.
Sebab rumah tak de ape ape.
And housewarming pun tak buat lagi.
Tapi sebab group arena sukan abah umar tetapkan date open house untuk setiap ahli, terpaksa la mama umar setuju untuk buat.


Ni dah puas bergaduh dengan abah umar sampai la berjaya open house ni.
Gaduh pasal resepi.
Gaduh pasal sape nak masak.
Gaduh pasal jumlah jemputan.
Hahaha..


Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik dan jayanya.
Family Tangkak datang 1 hari sebelum untuk tolong.
Dari masak , hidang, kemas rumah and kemas lepas majlis semua family tangkak uruskan.
Menu simple je, tapi alhamdulillah semua licin.
Lagi lagi kambing bakar yang menjadi rebutan ramai.hehehe


Layan gambar gambar ehsan dari SIL.
Mama umar tak sempat nak snap gambar sibuk layan tetamu and sibuk layankn umar yang dah meragam sebab tak tidur siang.


U




Sepatutnya semua makanan di hidang di luar.
Tapi sebab hujan, terpaksa meja letak kat dalam.
Mama umar tak jemput semua cikgu sekolah, jemput geng geng je.
Insyaallah nanti housewarming jemput semua.


Aktiviti cuti sekolah

Cuti sekolah yang lepas mama umar tak balik kelantan.
So, bila abah umar gi kerja mula terkebil kebil kat rumah.
Walau dah ready ngan kerja sekolah, memang ko takkan buat punye time cuti.
Paling tak, 1 hari sebelum bukak sekolah baru terkial kial nak buat.
Hehehe



Tapi kali ni mama umar rasa berjaya urus cuti yang tak seberapa ni.
Sebab...

Hari ke 4 cuti, mama umar berjaya cuci ruang tamu rumah..
Hahaha
Umar duduk atas sofa, tengok je mama cuci.
Tapi kena pesan berkali kali "licin".
Baru dia diam je.
Nasib baik sofa jenis ada kaki and tinggi dari lantai.
Tak payah nak angkat.


Hari ke 5, berjaya cuci dapur yang kecik ni.

Selang 2 hari, mama umar cuci porch depan.
Bila cuci berus ngan sabun, rasa bersih macam lantai rumah.
Sampai sayang lak nak park keta.
Hihih
Tapi sebab kawasan rumah still banyak construction, kejap je porch berhabuk.




Ni gambar mama umar amek sebab nak wasapp kat abah umar.
Nak tunjuk yang mama umar tak ngulor je kat rumah.
Hahaha

OUR 2ND BABY FOR 2014


Introducing our 2nd baby for 2014 after our sweet home...
Alhamdulillah for the rizq from Allah..
Selamat berkhidmat untuk kami sekeluarga..
Welcome to our family...
We will love you ...
And of course we will take care of you...

P/s
Lepas ni jalan jalan x naik keta mama umar dah.
Naik keta abah umar lak...hehehe

Thursday, September 18, 2014

Our baby

Alhamdulillah akhirnya kami dah memiliki rumah sendiri.
Mula duduk rumah ni 1 May 2014.





Kami mula beli rumah ni Februari 2012 iaitu 2 tahun lepas.
Rumah ni tak lah besar macam rumah orang lain tapi cukuplah untuk kami anak beranak berteduh.
Cukup selesa seadanya.




Syukur atas rezeki yang Allah kurniakan.
Tak perlu nak pandang ke atas dan banding dengan apa yang orang lain miliki.
Setiap orang ada rezeki yang berbeza.






So far untuk deco deco rumah ni memang tak buat apa apa lagi.
Just cat ruang tamu bawah dan bilik bawah je.
Mama umar still lagi fikir deco yang sesuai.
Tak nak nanti dah beli barang tak sesuai lak dengan rumah.
Buat  masa ni lengkapkan keperluan penting je.
Kabinet dapur pun tak buat lagi.
Guna meja biasa je buat alas untuk potong potong.
Rak pinggan pun guna dari rumah lama.
Karpet pun tak beli lagi.
Langsir lak guna langsir yang MIL bagi.
Cukup untuk 1 rumah MIL bagi langsir.
hehehe
Tq Mak.







Wednesday, September 17, 2014

MISI MAMA UMAR

Tinggal beberapa hari lagi untuk melengkapkan misi menyusukan umar selama 2 tahun.
Tak sabar rasanya.





Pahit getir untuk mengharungi exlusif bf ni sangat sangat mencabar.
Lagi lagi saat susu merudum.
Tiada stok untuk ke rumah pengasuh.
Tiada masa untuk pump.
Alhamdulillah semua di harungi dengan jaya nya.
Yang penting cekal dan kuat semangat.
Doa berterusan.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.






Sejak 2 menjak ni mama Umar dah sikit sikit cuba stopkan bf untuk Umar.
Memang susah lagi lagi waktu malam.
Menangis nangis Umar bila nak nenen.
huhuhu
Mama Umar lak mula la nak naik angin la.
Tapi bila fikir balik, kenapa nak hot sedangkan ni la yang di impikan selama ni.
Sedangkan masa umar dalam perut lagi dah tanam niat nak bf 2 years.
Sedangkan sekarang umar masih belum 2 tahun.
Kalau umar bf, bukankah setiap titis susu yang mengalir tu pahala yang Allah janjikan.
Kenapa nak hot bila nak dapat pahala?
BIla fikir macamtu, baru lah cool sikit.
Tapi, mama harap sangat sangat , 2 tahun Umar stop bf.
Amin.