Tuesday, September 30, 2014
Berdikari
Selama ni saya rasa umar masih baby.
Malah saya layan dan manjakan umar macam baby.
Tapi saya lupa umar dah makin besar.
Saya kena ajar dia berdikari.
Saya perasan bila umar dah mula tak nak orang bukakkan seluar dan pampers nya.
Dia nak buat sendiri.
Air dalam peti pun nak ambil sendiri,
Nak tidur bantal di susun sendiri.
Semua nak buat sendiri.
Anak mama dah besar.
Tapi tetap baby di hati mama.
Saya banyak terlupa nak ajar umar berdikari.
Yang saya tahu,lepas mandi,saya pakaikan seluarnya.
Semua saya buat.
Umar banyak belajar rumah mak.
K.wati ajar umar susun selipar tempat sepatutnya.
Park kereta mainan lepas main.
Susun bantal selimut bila nak tidur.
Syukur alhamdulillah k.wati banyak membantu ilmu penting yang saya patut ajar umar.
Kalau tak, sampi bila saya ingat umar masih baby.
Sekarang dah banyak ajar umar buat benda sendiri.
Malah makan pun dah makan sendiri kecuali mama nak cepat.
Mandi pun dah pandai gosok sendiri
Stop BF
Dalam menghitung hari umar menginjak usia 2 tahun, bermacam macam cara dah dilakukan untuk stop bf secara perlahan..Tapi masih belum berjaya sepenuhnya..
Namun dah banyak perubahan sebab sekarang umar hanya bf waktu malam.
Ni susu coklat and mealshake mama umar beli untuk umar.
Mealshake actually untuk budak yang tak suka makan nasi.
Minum mealshake ni mengenyangkan.
Umar tak de masalah makan nasi.
Umar memang jenis makan nasi banyak sangat macam orang tua.hehehe
Tapi mama umar saje nak campur dengan mealshake.
Lagipun mealshake boleh elakkan dari sembelit.
So far, umar dah boleh terima susu ni tapi dengan syarat sejuk.
Mama and abah umar pun suka susu ni..hihihi
Sunday, September 28, 2014
Mama vs Abah
Setiap hari saya travel ke sekolah sejauh 20km ++.pergi balik dah 40km...
Sejak 1st time driving bawa umar ,umur umar masa tu 3 bulan, saya dah ajar umar duduk atas carseat.
Sampai sekarang umurnya 2 tahun, saya tak pernah ada masalah driving dengan umar.
Dia akan behave sangat2.
Dan dia tau tempat dia ialah atas car seat.
Tapi masalah timbul bila abah umar driving.
Abah umar suka drive sambil riba umar.
So, bila abah umar driving, mama umar penat sangat sebab umar kejap nak ke depan, kejap nak kebelakang.
Tapi sejak 2 menjak ni mama umar dah berkeras.
Walau abah umar drive, kena duduk carseat.
Sekarang umar dah boleh terima sikit sikit.
Tapi kadang kadang bila umar kuar berdua dengan abahnya, diorang pandai skip peraturan car seat yang mama buat.
Lastly, jadi la umar tidur macamni kalau abah drive.
Hahahah...
Tau pulak wassapp mama hantar gambar cegini ye......
Saturday, September 27, 2014
Open house raya 2014
Actually mama umar tak nak buat open house.
Sebab rumah tak de ape ape.
And housewarming pun tak buat lagi.
Tapi sebab group arena sukan abah umar tetapkan date open house untuk setiap ahli, terpaksa la mama umar setuju untuk buat.
Ni dah puas bergaduh dengan abah umar sampai la berjaya open house ni.
Gaduh pasal resepi.
Gaduh pasal sape nak masak.
Gaduh pasal jumlah jemputan.
Hahaha..
Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik dan jayanya.
Family Tangkak datang 1 hari sebelum untuk tolong.
Dari masak , hidang, kemas rumah and kemas lepas majlis semua family tangkak uruskan.
Menu simple je, tapi alhamdulillah semua licin.
Lagi lagi kambing bakar yang menjadi rebutan ramai.hehehe
Layan gambar gambar ehsan dari SIL.
Mama umar tak sempat nak snap gambar sibuk layan tetamu and sibuk layankn umar yang dah meragam sebab tak tidur siang.
Sepatutnya semua makanan di hidang di luar.
Tapi sebab hujan, terpaksa meja letak kat dalam.
Mama umar tak jemput semua cikgu sekolah, jemput geng geng je.
Insyaallah nanti housewarming jemput semua.
Aktiviti cuti sekolah
Cuti sekolah yang lepas mama umar tak balik kelantan.
So, bila abah umar gi kerja mula terkebil kebil kat rumah.
Walau dah ready ngan kerja sekolah, memang ko takkan buat punye time cuti.
Paling tak, 1 hari sebelum bukak sekolah baru terkial kial nak buat.
Hehehe
Tapi kali ni mama umar rasa berjaya urus cuti yang tak seberapa ni.
Sebab...
Hari ke 4 cuti, mama umar berjaya cuci ruang tamu rumah..
Hahaha
Umar duduk atas sofa, tengok je mama cuci.
Tapi kena pesan berkali kali "licin".
Baru dia diam je.
Nasib baik sofa jenis ada kaki and tinggi dari lantai.
Tak payah nak angkat.
Hari ke 5, berjaya cuci dapur yang kecik ni.
Selang 2 hari, mama umar cuci porch depan.
Bila cuci berus ngan sabun, rasa bersih macam lantai rumah.
Sampai sayang lak nak park keta.
Hihih
Tapi sebab kawasan rumah still banyak construction, kejap je porch berhabuk.
Ni gambar mama umar amek sebab nak wasapp kat abah umar.
Nak tunjuk yang mama umar tak ngulor je kat rumah.
Hahaha
OUR 2ND BABY FOR 2014
Introducing our 2nd baby for 2014 after our sweet home...
Alhamdulillah for the rizq from Allah..
Selamat berkhidmat untuk kami sekeluarga..
Welcome to our family...
We will love you ...
And of course we will take care of you...
P/s
Lepas ni jalan jalan x naik keta mama umar dah.
Naik keta abah umar lak...hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)















