Wednesday, December 17, 2014

Musim Bah Datang Lagi

Ni la aksi pagi pagi buta lagi umar,abe su,che ya dan tok ma.
Tengok air yang makin naik.
Kawasan sekitar dah sampai pinggang, tapi rumah nenek umar baru takat lutut.
Kalau air naik lagi, terpaksa la abah umar alihkan kereta ke tempat tinggi.
Tu pun tak tahu nak alih cemana sebab macam sekeliling air dah naik.

Step ke 2, dah mula turun tangga.
Masa kecik kecik mama umar siap buat rakit guna batang pisang.
Hah kreatif tak.
Semangat main air banjir ...
Tak pe air sungai yang campur air longkang skit.
Hahahaha

Step ke 3...
Ok. Tok bah dah mula turun main air.
1st time dalam hidup mama umar tengok tok bah main banjir.
Sejak ada cucu lain pulak peel nye kan.
Makin sporting.

Siap possing lagi tok bah.

Musim bah ni tak de yang seronok kecuali feel sejuk dan makanan yang disediakan.
Makanan biase je.
Air teh,kopi,milo panas, cicah biskut kering je.
Ubi rebus je.
Pisang goreng je.
Ubi keling je.
Tapi feel makan ramai ramai sambil tengok hujan dan air yang makin naik.

Monday, December 15, 2014

Mama Umar

Jarang nak tengok mama umar upload gambar selfie sorang sorang camni sejak dah jadi ibu . Selalu upload gambar umar n abah umar je.
Tapi harini confident je upload sebab rasa nak share ngan kawan kawan yang mama umar dah chubby sket.hahaha
Sejak duduk rumah 2minggu,berat badan naik 3kg!!!
Berat mama umar dah 48kg sekarang.
(Ok. Fine..bukan senang mama umar nak dapat berat atas dari 42kg)
So leh bangga la kejap.
Alahai indahnya kalau berat badan macam ni leh kekal sampai bila bila.


Saturday, December 13, 2014

Kiriman dari Tenom

Apa perasaan korang bila tibe tibe dapat kiriman dari sahabat lama?
Teruja...
Terharu..
Kan?
Hehehe


Mama umar dapat kiriman 1 kotak kopi tenom dari kerani sek lama.
Namanya K.Ayu.
K.Ayu memang di kenali mesra dan baik dengan semua cikgu.
Banyak membantu mama umar sejak mula posting sampai la urusan pindah ke sek baru.
Senang sangat berurusan dengan K.Ayu.
Tak pernah lokek ilmu .



Tenom terkenal dengan kopi yang sedap.
Mama umar dari tak minum kopi sampai la jadi penggemar kopi tegar sejak cuba kopi tenom.
Tengoklah gambar yang pack jimat tu.
RM 18.90 untuk 3 paket.
Errrkk murah gila.
Sedangkan kalau kat sini 1 paket kopi biasa pun harga dah atas RM10.
So far, fav mama umar ialah kopi putih.
Perghhhh.....



Sunday, November 30, 2014

Musim makan makan

Inilah hidangan pertama yang saya dapat bila jejak kaki di bumi wakaf  bharu.
Dalam kelapa ni,air kelapa rasanya ada dala  2 3 sudu je...
Yang lain, aiskrim,abc, pulut,cendol dan macam macam lagi..
Cara makan, tunggu cair sikit,kacau semua skali.
Pergggh!!!
Banyak lagi menu menunggu..
Lepaskan gian bila jarang jarang dapat balik kelantan ni.
Musim makan makan bermula..

Monday, October 27, 2014

My daily supplement

Harini mama umar nak share supplement yang mama umar tak pernah miss sejak pregnant kn umar 2 tahun lepas.
Yup...
Mama umar memang penggemar tegar shaklee sejak merasa keberkesanan supplement ni.
These supplement tak pernah ab3s stok sejak 2 tahun lepas.
Bila ada masalah lain, baru tambah supplement lain tapi of course still dr brand shaklee.





Kat sini dah tak de stok alfafa since mama umar dah stop bf umar.
Tapi mama umar dah  bagi alfafa kat abah umar untuk usaha turunkn berat badan.
Kat sini juga tak de ostematrik sebab baru je habis dan stok belum sampai.heheh





So...
Mama umar gantikan ostematrik dengan fav susu mama umar ni enercal plus.
Kenapa fav susu?
Sebab rasa dia teramatla sedap sampai ketagih. Atau mungkin sebab mama umar tak boleh telan susu lain.heheh.
Tapi harganya mahal. Tak larat mama umar nak beli selalu.
Tapi sebab sekarang mama umar tak boleh miss susu walau 1 hari sebab sakit tulang pinggul,terpaksala beli susu ni sementara tunggu ostematrik sampai.
Actually mana mana susu pun sama je khasiat dan kandungannya....
Sebab tu ostematrik wajib ada untuk tambahan lagi.
Kalau ada even wyeth, nak paksa abah umar beli susu enercal ni banyak2.
Sebab harga jauh beza.Dulu masa beli di event wyeth rm50 je rasanya.
Tadi beli di mydin rm63.
Waaaaaaa
Ostematrik baru rm 40++....
Emmmmmmm

Wednesday, October 22, 2014

Shopping Baju

Semalam abah umar bawak shopping.
Semangat mama umar pilih and fitting baju.
Dekat 1 jam lebih.
Last last tak jadi beli.


Macamtula selalu.
Asal nak beli baju ala ala blouse, memang takkan terbeli.
Abah umar cakap ala ala makcik.
Mungkin dia dah biasa tengok mama umar pakai tshirt n kemeja je.


Mama umar pun kalau nak beli blouse susah sangat nak pilih.
Bila abah umar cakap ala makcik makcik, terus cancel beli.
Huhuhuh
Tapi next mission, nak gak cari baju blouse ...
Sebab tengok comel je orang pakai.
Lagi lagi blouse singkat.

Friday, October 17, 2014

Blind dapur Mama Umar

Tadaaaa...
Dah siap pasang.
Tangga pun tak alih lagi.
Punya la excited mama umar.



Haritu mama umar cakap tak de batang larasa kan.
Rupernye ada batang laras tu. Nampak tak dalam gambar sebelah kiri.
So, blind ni memang murah sangat dengan yang harga ratus ratus tu. Kualiti sama.
Member sek mama umar pun terus gi shopping blind kt tempat yang sama lepas mama umar bagitau.