Monday, December 29, 2014

Umar Demam

Dah 2 hari umar demam.
Hari 1st umar demam dah terus bawa gi klinik.
Tak sangka suhu dah 38 darjah celcius.
Kalau sentuh badan macam suam suam je.


Doktor terus masukkan ubat bontot.
Selalu umar demam 2hari je.
Tapi ni dah hari ke 3, still tak kebah.


Sebagai ibu, memang ni paling risau.
Lagi lagi suhu badan budak selalu meningkat waktu malam.
Sampai pening kepala mama umar berjaga sepanjang malam nak tuam kepala umar dengan kain basah.



Sekarang, baru sedar pengorbanan seorang ibu dan ayah.
Abah umar pun xtido teman umar.
Sebak sangat bila tengok macamana anak kita demam dapat penjagaan rapi sedangkan anak anak mangsa banjir yang demam panas, usahkn ubat ubatan, tempat berteduh pun tak ada.
Hebat ujian Allah bagi untuk anak kecil serta ibu bapa mangsa banjir.
Moga Allah sentiasa m3lindungi kita semua, dan musibah yang melanda ni membuatkan kita insaf dan makin dekat denganNya.

Thursday, December 18, 2014

Abah Umar

Alahai..Sabtu ni genap 3 minggu tak jumpa abah umar.
Rindu pulak rasanya.
Hahahaha
Rindu nak gaduh gaduh
Rindu nak manja manja
Rindu nak dengar dia bebel bebel
Rindu kena usik ngan dia.
Moga perjalanan abah umar ke Kelantan selamat.
Amin

Entry Disember

Lagi beberapa hari nak masuk 2015.
Tak sabar nak buat entry penutup tahun 2014.
Wah...
Macam banyak je benda nak di luahkan..
Apa apa pun urusan untuk 2014 insyaallah akan berakhir dengan baik.

Wednesday, December 17, 2014

Musim Bah Datang Lagi

Ni la aksi pagi pagi buta lagi umar,abe su,che ya dan tok ma.
Tengok air yang makin naik.
Kawasan sekitar dah sampai pinggang, tapi rumah nenek umar baru takat lutut.
Kalau air naik lagi, terpaksa la abah umar alihkan kereta ke tempat tinggi.
Tu pun tak tahu nak alih cemana sebab macam sekeliling air dah naik.

Step ke 2, dah mula turun tangga.
Masa kecik kecik mama umar siap buat rakit guna batang pisang.
Hah kreatif tak.
Semangat main air banjir ...
Tak pe air sungai yang campur air longkang skit.
Hahahaha

Step ke 3...
Ok. Tok bah dah mula turun main air.
1st time dalam hidup mama umar tengok tok bah main banjir.
Sejak ada cucu lain pulak peel nye kan.
Makin sporting.

Siap possing lagi tok bah.

Musim bah ni tak de yang seronok kecuali feel sejuk dan makanan yang disediakan.
Makanan biase je.
Air teh,kopi,milo panas, cicah biskut kering je.
Ubi rebus je.
Pisang goreng je.
Ubi keling je.
Tapi feel makan ramai ramai sambil tengok hujan dan air yang makin naik.

Monday, December 15, 2014

Mama Umar

Jarang nak tengok mama umar upload gambar selfie sorang sorang camni sejak dah jadi ibu . Selalu upload gambar umar n abah umar je.
Tapi harini confident je upload sebab rasa nak share ngan kawan kawan yang mama umar dah chubby sket.hahaha
Sejak duduk rumah 2minggu,berat badan naik 3kg!!!
Berat mama umar dah 48kg sekarang.
(Ok. Fine..bukan senang mama umar nak dapat berat atas dari 42kg)
So leh bangga la kejap.
Alahai indahnya kalau berat badan macam ni leh kekal sampai bila bila.


Saturday, December 13, 2014

Kiriman dari Tenom

Apa perasaan korang bila tibe tibe dapat kiriman dari sahabat lama?
Teruja...
Terharu..
Kan?
Hehehe


Mama umar dapat kiriman 1 kotak kopi tenom dari kerani sek lama.
Namanya K.Ayu.
K.Ayu memang di kenali mesra dan baik dengan semua cikgu.
Banyak membantu mama umar sejak mula posting sampai la urusan pindah ke sek baru.
Senang sangat berurusan dengan K.Ayu.
Tak pernah lokek ilmu .



Tenom terkenal dengan kopi yang sedap.
Mama umar dari tak minum kopi sampai la jadi penggemar kopi tegar sejak cuba kopi tenom.
Tengoklah gambar yang pack jimat tu.
RM 18.90 untuk 3 paket.
Errrkk murah gila.
Sedangkan kalau kat sini 1 paket kopi biasa pun harga dah atas RM10.
So far, fav mama umar ialah kopi putih.
Perghhhh.....



Sunday, November 30, 2014

Musim makan makan

Inilah hidangan pertama yang saya dapat bila jejak kaki di bumi wakaf  bharu.
Dalam kelapa ni,air kelapa rasanya ada dala  2 3 sudu je...
Yang lain, aiskrim,abc, pulut,cendol dan macam macam lagi..
Cara makan, tunggu cair sikit,kacau semua skali.
Pergggh!!!
Banyak lagi menu menunggu..
Lepaskan gian bila jarang jarang dapat balik kelantan ni.
Musim makan makan bermula..