Thursday, February 12, 2015

38 weeks++

Ngade2 sangat nak ambil gambar 9 bulan.
Perut mama umar kecik je.
Semua orang tak perasan.
Bila dah sarat baru ramai yang kecoh baru tau.
Nampak tak si kecik abang umar tu.
Hehehe...
Tak lama lagi dah jadi abang.
Tapi umar still baby di hati mama.

Sunday, February 8, 2015

Oh bangganya saya!!!

Di minggu ke 38 ini, saya masih mampu mengecat...
Yeaaayy...
Bangga jap dengan diri sendiri.
Minggu ke 38 juga masih langi naik turun tngga tingkt 3 untuk masuk kelas.
Berbeza dengan masa pregnant umar, minggu ke 38 mama umar dah mula bercuti dan asyik terbaring kat rumah.
Hahaha...
Masuk 6 bulan, dah tak masuk kelas tingkat atas.
Murid murid turun bawah cari cikgu belajar kat library konon cikgu dah tak larat naik atas.
Ikutkan tak larat memang tak larat.
Tapi semangat mesti kuat.




Sekarang pergerakkan makin terbatas.
Sakit punggung.
Sakit belakang.
Semua sakit.
Hati pun berdebar debar termimpi impi.
Mama umar tak nak over excited macam anak 1st dulu.
Semuanya ala kadar.
Even until now tak de shopping barang baby langsung kecuali towel kecik haritu ngan bedung baby sebab bedung abang umar dah tercabut cabut tali.



Yang penting, moga baby selamat di lahirkan dengan sihat da sempurna. 
Dan moga semuanya berjalan lancar.
Amin.

Friday, February 6, 2015

Saya yang malas

Saya akui saya sangat malas memasak sejak kawen.
Mood rajin memasak selalunya berkekalan selama 1 minggu.
Then datang mood malas berminggu2 sebelum mood rajin datang balik.


Tapi.....
Setiap weekend, walau bangun jam 11pg, mama umar tak pernah fail sediakan breakfast untuk suami dan anak.
Yeaaaaayyy....
Bagi tepukan untuk diri sendiri.



Suami dan anak mesti akan sarapan sama sama setiap kali weekend.
Walau hanya goreng cekodok bilis.
Janji ada air panas and ada juadah breakfast walau jam dah pukul 11.


Walau pun hidangan nasi lemak yang tak lengkap dengan timun.
Yang penting, pagi sabtu dan ahad, family time perlu di hargai bermula saat mata di buka.
I love weekend so much!!!!!!!

Tips Mendidik

Ni tips untuk mendidik orang tua yang ada akal dan waras.
Hehehe....
Sebab nak didik orang tua tak sama dengan didik budak budak.


Macam mama umar, paling pantang bilik tidur bersepah especially bab selimut.
Biar la rumah macam tongkang pecah ,yang penting katil mesti kemas.
Dulu dulu abah umar susah sangat nak lipat selimut bila bangun tido.
Tu masa awal2 kawen.
Memang tak lipat langsung.


Tapi sejak masuk tahun 3 kawen, ok tahun ke 3....lama sangat kan...dia dah mula lipat selimut bila bangun tido.
Mama umar tak pernah bebel pun pasal selimut.
Tak pernah tegur pun.
Tapi sebab tiap kali dia masuk bilik, dia akan tengok katil kemas.
Dengan sendiri, bila tengok selimut tak kemas, dia akan lipat dan kemaskn katil.
Sekarang sebelum gi kerja mesti selimut dah lipat kemas.




Perubahan tak perlu mendadak.
Malah kita tak perlu pun nak ubah seseorang.
Biar dia jadi diri sendiri sebab kita pun banyak benda yang perlu berubah.
Tapi melalui contoh yang kita selalu buat, lama kelamaan pasangan akan faham dan akan ikut sama.


Thursday, February 5, 2015

Big Baby Mama

Kisah abg umar lagi yang makin membesar.
Makin banyak ragam.
Makin buat mama terhibur.


Sejak 2 menjak ni hari hari nak mandi kolam.
Terpaksa la mama duduk menunggu kt pintu toilet bagi dia main lama lama.
Tapi paling tak tahan sabun mandi yang besar tu kejap je dah nak habis.
Pandai pulak dia nak mandi nak kena berbuih bagai.


Teringat dulu sis in law update gambar kakak yaya berendam masa umur baya umar.
Kanak kanak ni sama je teletah kan.
Heheheh
yang tak tahan siap leh baring lagi.
Feel btol.

Ni aksi tak puas mandi kolam.
Kolam tu besen mandi baby...
Umar panggil kolam untuk apa apa yang bertakung air.heheh

Monday, February 2, 2015

Bag baby

Sebelum lupa, harini mama umar dah siap2 barang baby masuk dalam keta.
Teruknya persiapan kali ni.
Kalau dulu 8months semua da ready.
Kali ni menunggu hari pun 1 barang baby pun tak beli.
Semua pakai abg umar punya.
Beg pun nama abg umar.


Takpela...
Berjimat cermat.
So now...
Barang mama and baby dah ready dalam keta walau tak lengkap sangat.
Rezeki murah bila bff mama umar pos kan newborn pampers and beberapa lagi brg baby yang dia tak guna untuk bakal adik umar.
Masa umar dulu, kawan mama umar kat sabah pos botol susu , cotton wool  dan banyak lagi..lupa dah sebab 1 kotak dia pos.
Orang kata setiap anak yang di lahirkan ada rezeki masing masing.



And now....,
Mama umar dah makin berdebar....


Sunday, February 1, 2015

CNY SALE!!!!

Mama umar paling suka sale cny dgn krismas.
Sebab sale nye gila gila dan hampir semua barang sale.
Semalam masa ke Mines , tak de niat nak shopping pun.
Tapi bila lalu 1 kedai ni, tengok sale sampai 70% terus masuk.



Selalu kedai ni orang tak berani masuk.
Bukan sebab barang mahal sangat, tapi beli kat tempat biasa lagi murah.
Heheheh
Tapi bab kualiti memang superb la .
Kalau sentuh kain pun dah tahu kualiti dia.

Nak jugak suh mama amek gambar dia
Yang box biru tu abah umar yang semangat nak beli,
Mama umar cam biasa la suka towel towel ni.
Beli face towel sebagai penambah towel baby yang sedia ada.
Yang ni best sebab 100% cotton and tak de sikit pun macam habuk habuk bulu keluar walau kita ketuk2.
Selalu towel baru kena cuci 2 3 kali baru hilang bulu2 habuk ni.
Yang ni bukak je macam dah boleh terus pakai.

RM 9.90 before sale untuk 3 face towel, 100% cotton ...