Wednesday, March 4, 2015

Wordless Wednesday

Hujan lebat.
Anak anak & suami bergelimpangan tido di ruang tamu.
Tak pernah terjadi sebab kami jenis tido dalam bilik walau pun siang. (Almaklumlah kt bilik je aircond)
Rasa macam ala ala kat kampung pula.
Kalau mama umar sihat, mesti dah sediakan menu petang.
Bangun tido, pakat makan sambil menikmati hujan lebat.


Ahhhhssss
HEAVEN!!!
ALHAMDULILLAH
THANX YOU ALLAH.

Tuesday, March 3, 2015

Anak anakku...Permataku

Wah tajuk klassik betol.
Alhamdulillah atas rezeki dan rahmat yang Allah berikan.
Semoga amanah yang Allah berikan ini tidak akan kami sia siakan.
Semoga mama dan abah dapat bimbing anak anak syurga ini ke jalan yang di redhai Ilahi. Amin.

Sunday, February 22, 2015

Anak...Mak...Abah

Al kisah semalam kami sekeluarga demam serentak.
Umar paling kesian bila 2x muntah.
Abah umar dah start selsema malam sebelum.
Mama umar je baru start perit tekak.


Bila anak dah demam panas macamni makin la mama umar tak keruan.
Dengan tengah sarat anytime boleh bersalin,
Nak fikir tinggal umar lagi.
Abah umar malam kalau tidur memang takkan sedar ape2.
Anak demam suhu tinggi malam malam memang tak kan sedar.
Mama umar yang berjaga malam malam.
Tapi mama umar tak kesah, sebab bila siang abah umar memang jaga anak betol betol bagi mama umar rest pulak.


Ya Allah...
Disaat umar demam macamni, mama umar harap janganla lagi sakit nak bsalin datang.
At least biarkan umar sihat.
Abah umar pn dah telan panadol sebelum tidur.
Umar lak sampai menangis2 ngigau nak mkn ubat.
Malam ni 1mlm mama umar tak tido duk jeram kepala umar.
Kejap2 merengek.
Hakikatnya....
Mama umar pun dah demam.
Huhuhuhu

Saturday, February 21, 2015

Tilam Kekabu Baby


Semalam gi mydin...
Actually dah banyak kali survey nak beli tilam kekabu.
Walau tahu baby akhirnya tido atas tilam skali ngan mama and abah gak.
Tapi nafsu nak membeli barang baby memang tak leh buang.
Walau dulu tilam abg umar pun dah ada.
Tapi tilam abg umar biasa je.
Tak leh letak baby badan jd melengkung.
Memang tak guna pun dulu.


Haritu cikgu sek beli tilam kekabu.
Aishshh berkenan pulak,
Lepas tu makcik ada bagi tilam kekabu anak dia.
Tapi tak de bantal and sarung.
Nampak buruk lak.
Lagipun tilam kekabu ni best.
Abah umar and umar pun dah lanyak tilam kekabu lama buat tido dpn tv.
Masing masing nak tido ats tilam baby.


Asyik survey2 je...lastly semalam terus beli.
Sebab kalau beli bantal je pun dah RM35.
So baik beli 1 set terus.
Tilam lama abah umar suh letak dlm keta sebab umar sekarang asyik tido kat tempat letak kaki dalam keta.
So, kalau gi mana2 at least ada tilam dalam keta.
Mama umar plan nak beli katil baby kali ni.
Sebab risau tinggal baby ats katil saat ada anak kecik lagi sorang.
Tapi tgh pk2 sebab takut akhirnya katil tu tempat simpan barang and menyemak stor je.
Kalau perlu lepas bsalin baru nak gi cari katil baby.

Friday, February 20, 2015

39 weeks

Alang alang cuti sekolah ni...
Abah umar bawak mama umar tawaf shopping mall setiap hari.
Tak shopping pun.
Just jalan jalan and makan.
Kadang kadang tak sedar dah jalan dekat 3 jam.
Kaki pun rasa cucuk cucuk.
Last skali balik rumah "pa, tolong urut kaki ma"...hahaha


Alhamdulillah pregnant kali ni pun sama macam dulu.
Kaki tak sembab..
Tak bengkak...
Ni akibat air tangan suami yang urut kaki isteri.
Untuk para suami, sila la rajin urut kaki isteri semasa hamil.
Pengaliran darah akan lancar.
Insyaallah wife tak de masalah kaki bengkak.





Pregnant kali ni tak de la urut tiap tiap malam macam dulu.
Sebab mama umar nak simpan dalam pantang nanti.
Hehehe
Bukan nak cakap, dah banyak jumpa tukang urut, tapi tak sedap macam suami urut.
Mungkin sebab suami lelaki, tenaga dia kuat.
Sebab dah biasa suami urut, bila orang perempuan urut alahai tak de rasa apa.
Rasa macam gosok gosok je.
Last skali frust sebab bayar mahal tapi tak rasa apa.




Semalam beli magic pan.
Menu dinner semalam, nasi arab tengah hari dan kambing bakar.
Semangat balik dari aeon singgah mydin cari daging kambing.
Yeaaaahhh
Abah umar puji lagi " sedap la nasi ma...beras apa panjang2 ni"
Hahahaha....
Yang penting perut suami dan anak kenyang.
Walau mama masak 1 kali seminggu.
Errrrkkkk.....

Better late than never

Tajuk tak leh blah.
Actually mama umar nak share magic pan yang mama umar baru beli.
Hahahaha
Sungguh ketinggalan.
Dulu magic pan jenama ikan ni memang glamer la.
Ada la dalam 2tahun lepas kan.
Memang teringin nak beli dari dulu, tapi pk tak guna sangat and dah ada oven and kuali.
So, tangguhkan hasrat nak beli.



Walau sekarang ada yang design baru yang siap boleh bukak 2 dan besar sikit siap boleh masak sup semua, tapi mama umar beli yang biasa je.
Nantila bila family dah besar, kita pakai barang besar besar lak.


Tapi magic pan yang mama umar beli bukan jenama ikan tu.
Ni jenama zebra.
Ala beli kat aeon je.
Ada je kawan jual online, tapi lagu suka pilih sendiri depan mata benda macamni.
Actually ni persiapan untuk pantang.
Senang abah umar masak bakar2 je untuk mama umar.



Thursday, February 19, 2015

Nasi Arab Mama Umar

Harini hari ke 3 cuti.
Santai santai di rumah je.
Cuma semalam gi bawak umar mandi pantai kt PD.
Abah umar tak berani nak bawak mama umar jalan jauh even ke kl.
Nak balik tangkak pun katanya tak berani.
Macamlah jauh sangat Tangkak.
Akibatnya tahun ni tak merasa sambut CNY yang meriah kat Tangkak.



Harini mama umar rajin sket.
Hahaha
Bukan rajin tapi sebab harini jumaat, abah umar nak gi solat jumaat.
Kalau tak masak lunch, lapar la abah umar masa dengar khutbah.
And of course la mama umar pn kebulur lunch lambat.huhuh



Harini masak nasi arab.
1st time try buat.
Tak susah rupernye.
Bezanya mama umar potong kecik kecik ayam.
Tak suka letak ayam sekor dalam nasi.
Nak makan pun susah.
Alhamdulillah seronok tengok abah umar makan tambah 3x.
Siap cakap sedap.
Errrkkkk...
Ni saje nak umpan suh mama umar rajin masak kan.
Hahaha

 Nasi yang sedap.
Makan kosong tanpa ayam dan salad pun dah sedap.
Kaw kaw gitu puji masakan sendiri.
Padahal masak sambil tengok resepi.
Abaikan la perhiasan yang tak de langsung.
Alas surat khabar je.
Alas meja br beli pun dah koyak sebab umar suka betol tarik.
Lepas ni kena beli alas kain baru tak koyak.