Alhamdulillah.
Selepas bawa umar pergi berurut, malam tu hilang batuk umar.
Kalau tak tiap tiap pagi akan muntah sebab batuk.
Sampai sekarang umar dah tak batuk.
Leganya hati mama bila hilang batuk umar tanpa sebarang ubat.
Thursday, November 28, 2013
Keberkesanan Urut Bayi
Ajal Maut
Sibuknya kita mengejar dunia, hingga lupa maut makin mendekati kita.
Urusan dunia takkan pernah habis.
Allah menguji hambanya dengan kesibukkan masa.
Masih mampukah kita mencuri masa yang Allah kurniakan ini untuk sujud kepadaNya?
Cukupkah amal ibadat yang ada?
Cukupkah solat 5 waktu sehari semalam kita?
Cukupkah ajaran agama untuk anak anak kita yang bakal kita tinggalkan nanti?
Cukupkah istifar dan taubat keampunan terhadap dosa dosa kita yang lalu?
Friday, November 22, 2013
Urut Baby Umar
Sebab dah hampir 2 minggu umar batuk & selsema, saya bawa umar pergi urut.
Memang kalau boleh tak nak biasakan umar dengan ubat.
Kakak yang urut umar ni nama dia Kak Za.
Kak Za ni belajar urutan fisioterapi dengan hospital sg buloh.
Urut umar kali ni untuk longgarkan kahak.
Menurut Kak Za kahak nanti akan keluar melalui muntah atau najis.
Sepanjang sesi urut, umar diam je sambil peluk mama.
Nampak sangat dia syok and relax.
Semalam lepas balik urut, umar tidur lena.
Dah tak batuk lagi waktu malam dan pagi macam sebelum ni
Alhamdulillah.
Untuk pengetahuan korang, kalau budak selalu demam pun ada cara urut.
Jangan cepat sangat bawa ke hospital and bagi ubat pada baby.
Menurut Kak Za, budak selalu demam kadang kadang ada masalah urat.
Macam orang tua yang selalu demam urat.
Yang buat saya tak risau bawa urut ialah sebab Kak Za belajar dengan hospital teknik teknik dia.
Cuti Sekolah - Day 7
Harini genap 1 minggu cuti.
Tak de buat apa apa, tapi sangat bahagia dapat bersama umar dan suami.
Harini bawa che su umar ke klinik check up perut dia yang dah sakit dekat 2 minggu.
So, memang sah che su umar kena gastrik.
Best sangat Dr Sariah ni.
Dekat 30min bagi sesi konsultasi kesihatan.
Jarang jumpa doktor macam ni.
Ni saya nak share antara nasihat doktor sariah kalau gastrik.
1. Pantang minum susu time perut sakit. Sebab akan menyebabkan angin and perut makin sakit.
2. Jangan makan daging or ayam. Cuba banyakkan makan sayur and buah
3. Of course jangan makan pedas and masam!!!
Tuesday, November 19, 2013
Favourite Mama Umar
Tempat umar bermain.
Tempat ni selalu kemas sebab umar pandai kemas masukkan mainan dia dalam rumah tu lepas main.
Tapi tempat mama simpan tuppaware memang bersepah sepah sebab umar suka betol sibuk ngemas kat situ time mama masak.
Nasi Lemak Mama Umar
It's not about the money.
Just nak isi masa lapang dalam cuti dan disiplinkan diri untuk solat subuh ON TIME!!!
Dalam masa sama boleh menjana pendapatan dalam cuti.
Tuisyen? Oooo mmama umar malas nak ngajar. Cukuplah di sekolah.Walau dah 3 orang jiran tanya suruh ajar tuisyen BI, tapi terpaksa tolak sebab mengajar perlu komitmen tinggi
.
Ni contoh nasi lemak RM 2 mama Umar.
Semalam nasi lemak tak cukup, jadi harini kena tambah lagi bilangan bungkusan nasi lemak.
Actually idea ni timbul sebab kantin tempat kerja abah umar ialah pengusaha cina.
Lagi 1 keistimewaan nasi lemak mama umar ialah telur ayam di cuci dengan bersih.
Hahahah..sempat lagi promote nasi lemak .
Ok enough for today.
Monday, November 18, 2013
Cuti Sekolah - Day 4
Mama Umar still kat Nilai spend time ngan abah umar.heheh
Harini hari pertama mama Umar mula bisnes .
Cewah...
Dulu buat Shaklee. Sekarang pun Shaklee still on sentiasa.
Alang alang buat breakfast untuk family, terus terfikir nak masak banyak dan berniaga.
Maka harini terhasilah jualan nasi lemak mama umar.
Punya la berdebar bila kita masak untuk jual.
Takut tak sedap.
Takut ter masin.


