Wednesday, December 31, 2014

Kemas barang baby


Ni gambar semalam.
Mama umar kemas barang barang dalam stor.
Bila tiba part keluarkan barang barang masa umar baby dulu, mula la umar tak keruan.
Semua baju baby dia nak pakai.
Basikal zaman dia baby dulu pun dia nak keluarkan.
Baju sejuk tu beli masa nak gi korea, umur umar baru 1 tahun.
Aisshhhh...
Umar nak jadi baby balik ye.

Umar Still Demam Day 5

Risau nya bila hari ni dah masuk hari ke 5 umar demam.
Ubat pun dah habis.
Dalam sejarah ubat demam umar makan sampai habis.
Selalu demam umar tak pernah lebih dari 3 hari.


Harini mama ngan abah umar plan nak bawak umar ke hospital.
Suhu badan tinggi, tapi umar still nyusu dengan baik, makan selera and main aktif.
Macam tak nampak demam langsung.
Tapi badan bila rasa sangat panas.
Kalau letak kain basah atau basah kan kepala dan badan, kejap je kering.


Doakan umar cepat sembuh ye.

Monday, December 29, 2014

Umar Demam

Dah 2 hari umar demam.
Hari 1st umar demam dah terus bawa gi klinik.
Tak sangka suhu dah 38 darjah celcius.
Kalau sentuh badan macam suam suam je.


Doktor terus masukkan ubat bontot.
Selalu umar demam 2hari je.
Tapi ni dah hari ke 3, still tak kebah.


Sebagai ibu, memang ni paling risau.
Lagi lagi suhu badan budak selalu meningkat waktu malam.
Sampai pening kepala mama umar berjaga sepanjang malam nak tuam kepala umar dengan kain basah.



Sekarang, baru sedar pengorbanan seorang ibu dan ayah.
Abah umar pun xtido teman umar.
Sebak sangat bila tengok macamana anak kita demam dapat penjagaan rapi sedangkan anak anak mangsa banjir yang demam panas, usahkn ubat ubatan, tempat berteduh pun tak ada.
Hebat ujian Allah bagi untuk anak kecil serta ibu bapa mangsa banjir.
Moga Allah sentiasa m3lindungi kita semua, dan musibah yang melanda ni membuatkan kita insaf dan makin dekat denganNya.

Thursday, December 18, 2014

Abah Umar

Alahai..Sabtu ni genap 3 minggu tak jumpa abah umar.
Rindu pulak rasanya.
Hahahaha
Rindu nak gaduh gaduh
Rindu nak manja manja
Rindu nak dengar dia bebel bebel
Rindu kena usik ngan dia.
Moga perjalanan abah umar ke Kelantan selamat.
Amin

Entry Disember

Lagi beberapa hari nak masuk 2015.
Tak sabar nak buat entry penutup tahun 2014.
Wah...
Macam banyak je benda nak di luahkan..
Apa apa pun urusan untuk 2014 insyaallah akan berakhir dengan baik.

Wednesday, December 17, 2014

Musim Bah Datang Lagi

Ni la aksi pagi pagi buta lagi umar,abe su,che ya dan tok ma.
Tengok air yang makin naik.
Kawasan sekitar dah sampai pinggang, tapi rumah nenek umar baru takat lutut.
Kalau air naik lagi, terpaksa la abah umar alihkan kereta ke tempat tinggi.
Tu pun tak tahu nak alih cemana sebab macam sekeliling air dah naik.

Step ke 2, dah mula turun tangga.
Masa kecik kecik mama umar siap buat rakit guna batang pisang.
Hah kreatif tak.
Semangat main air banjir ...
Tak pe air sungai yang campur air longkang skit.
Hahahaha

Step ke 3...
Ok. Tok bah dah mula turun main air.
1st time dalam hidup mama umar tengok tok bah main banjir.
Sejak ada cucu lain pulak peel nye kan.
Makin sporting.

Siap possing lagi tok bah.

Musim bah ni tak de yang seronok kecuali feel sejuk dan makanan yang disediakan.
Makanan biase je.
Air teh,kopi,milo panas, cicah biskut kering je.
Ubi rebus je.
Pisang goreng je.
Ubi keling je.
Tapi feel makan ramai ramai sambil tengok hujan dan air yang makin naik.

Monday, December 15, 2014

Mama Umar

Jarang nak tengok mama umar upload gambar selfie sorang sorang camni sejak dah jadi ibu . Selalu upload gambar umar n abah umar je.
Tapi harini confident je upload sebab rasa nak share ngan kawan kawan yang mama umar dah chubby sket.hahaha
Sejak duduk rumah 2minggu,berat badan naik 3kg!!!
Berat mama umar dah 48kg sekarang.
(Ok. Fine..bukan senang mama umar nak dapat berat atas dari 42kg)
So leh bangga la kejap.
Alahai indahnya kalau berat badan macam ni leh kekal sampai bila bila.