Esok results UPSR keluar. Sebagai guru tahun 6 buat pertama kali dalam sejarah sepanjang saya menjadi guru, dapat saya rasakan perasaan yang pernah di lalui oleh setiap guru yang memegang kelas peperiksaan. Berdebar debar yang teramat sangat. Turun naik prestasi sekolah berdasarkan results ini. Saat itu lah kau di kutuk atau di lambung tinggi...huhuhu...
Saya guru baru. Ini tahu kedua saya menjadi guru. Di beri amanat untuk mengajar kelas peperiksaan begitu berat sekali. Tanpa pengalaman. Tanpa ilmu yang cukup. Untuk mengejar target...Menaikkan prestasi sekolah... Sungguh tugas ini amat membebankan. Tapi saya sahut juga cabaran ini dengan harapan dapat membantu guru lain untuk mendidik anak bangsa.
Teringat saat berusia 12 tahun dahulu.
Saat menunggu keputusaan UPSR.
..................
Alhamdulillah
Straight A`s!!!
...................
For my students,
teacher doakan kamu semua berjaya.
Even amat sukar bagi kamu untuk mendapat straight A`s kerana terlalu banyak faktor-faktor yang hanya guru di pedalaman sahaja yang memahinya, teacher doakan kamu berjaya.
Dimana kita bermula itu tidak penting, kerana kita semua bermula dengan cara yang sama.
Tetapi di mana pengakhiran kita itu lah yang paling penting di dalam hidup kita.
1 comment:
wahhh... Rose Raihana bah plak ni... tahniah. Ada juga blogspot ya.. Boleh lah kita ber share2 story di Blog ni kan. Good luck my fren
Post a Comment