Kelas yang betul betul membuka pintu kesedaran
Terima kasih kepada my dear fiancee sebab cari pusat kursus yang sangat bagus.
Terima kasih sebab mendaftarkan serta sponsor untuk kursus ini .
Pada mulanya aku ingatkan kursus ini sekadar kursus. Sekadar untuk menimba ilmu pengetahuan pasal perkahwinan. Tapi aku bersyukur, pusat kursus yang di pilih oleh bakal suami ku ini memenuhi semua aspek termasuk la pengisian rohani yang amat bagus.
Kami mulai kursus dengan bacaan doa, selawat dan zikir taubat.
Kami juga di paparkan dengan video mengenai keruntuhan akhlak remaja zaman ini.
Serta video yang meruntun jiwa mengenai kasih sayang seorang ibu.
Penceramah juga semuanya kelakar. Malah aku paling bersyukur sebab ada 1 slot di isi oleh timbalan mufti negeri sembilan itu sendiri. Pertama kali melihat seorang mufti secara live. Kami juga sembahyang zohor berjemaah selepas menikmati makanan tengah hari yang sungguh enak. Macam tak berbaloi bayar rm80, dengan makanan yang sungguh mewah sekali.
Pada hari terakahir, di adakah majlis tahlil sebelum kursus di mulakan.
Selepas sijil di berikan di akhir kursus, kami selawat serta bersalaman sesama peserta kursus.
Semoga semua peserta kursus yang sama sama dengan aku akan bahagia ke akhir hayat. amin
tadaaaa... En Tunang beria suh possing nak amek gambar..hehehe

ada lambang negeri 9 =)

No comments:
Post a Comment