Thursday, June 23, 2011

Happy Abah's Day




Peraturan di rumah masa kecik kecik dahulu:

1. tidak boleh keluar bermain selagi belum pukul 5.30 petang
2. mesti sudah bersiap siap untuk mandi sebelum maghrib
3. cuci pinggan sendiri setiap kali selepas makan
4. sharp semua pensil sebelum tidur
5. mesti tidur tepat jam 10 malam
6. WAJIB tukar baju sekolah terus selepas pulang dari sekolah
7. Balik sekolah terus pergi mengaji al quran
8. mesti WAJIB mengambil sarapan sebelum ke sekolah

bla bla bla bla
terlalu banyak untuk di coret peraturan hidup yang di ajar oleh Abah sejak kecil.
Abah tidak suka marah marah, Malah amat sukar sekali untuk mendengar abah meninggikan suara.
Tapi cukuplah dengan bunyi deruan BBB 5074 (Datsun Putih ) suatu ketika dahulu membuatkan aku dan adik beradik lain lari lintang pukang dan berlagak konon tengah belajar.




Cukuplah jelingan mata membuatkan kami berhenti dari bermain.



Cukuplah dengan deheman kerasnya membuatkan kami diam membisu.
Abah cukup tegas. Lebih lebih lagi dalam menepati masa. 


Tapi dalam ketegasan abah, abah seorang yang cukup kelakar.
Dari kecil hingga kini, kami sering bermain teka teki. Sudah semestinya jawapan abah selalu betol..huhuhu


Masih aku ingat, Abah pernah menghadiahkan ku buku setem semasa hari jadiku. Di stu, abah berjaya memupuk minat dan hobi yang berguna pada anak anaknya.
Abah juga mewujudkan perpustakaan mini di rumah.
Setiap bulan, abah melanggan majalah kanak kanak serta membeli buku buku cerita untuk kami.
Bersyukurnya aku di kurniakan abah yang cukup bertanggungjawab.
Abah yang berjaya mendidik kami adik beradik hingga saat ini.


Hingga kini, di usia dewasaku, abah masih melayan kami anak anak seperti anak kecil.
Pagi di sediakan sarapan untuk kami. Sudah semestinya nasi kerabu kegemaran kami semua.
Setiap kali cuti abah penuh dengan rancangannya untuk bercti bersama anak anaknya.
Sanggup mengambil dan menghantar aku&akak walau kami tinggal berjauhan.

Memang aku anak yang paling lambat berdikari.
Urusan bank ku juga masih di urus oleh abah. Borang borang ku masih di isi oleh abah.



Terlalu banyak untuk di coretkan di sini.
Aku amat mengagumi abah.
Malah kasih sayang abah tiada tandingan.
Bagaimana abah menjaga aku dan adik beradik lain sukar di cari ganti.


Ya Allah,
ampunkan dosa abahku,
Berkatilah kehidupan abah ku
Terimalah segala amal abah ku
Kurniakan abah kesihatan yang sempurna.
Sayangilah abah ku,Ya Allah.

[ asal tulis pasal abah je mesti touching sampai menitis air mata]

ABAH,
ANN SAYANG ABAH SANGAT2




1 comment:

Anonymous said...

Apa yang dicoretkan amat betul..sebagai anak abah, muka aku sebiji macam abah..tetapi yang pasti abah paling sayang kan adik aku,penulis blog ni..sebab dia paling bijak dan aku paling lembap..huhu..tapi, aku tau abah sayang akan kami semua..masih terbayang di ingatan, aku dan adik-adikku dikurung di luar rumah atau lebih tepat bermalam di luar rumah bertemankan salakan anjing gara-gara adik aku (penulis blog ini) dan arwah adik (Ahmad Ridhwan Rusli) bergaduh..aku yang menangis, tapi diorang leh gelak2..kurang asam jawa betul la..pernah aku kena rotan sampai berbirat kerana pecahkan tabung (aku rasa akulah yg paling pemboros)..aku juga pernah diluku kepala kerana amat lembap matematik semasa darjah 3..setiap hari soalan tak kurang 50 soalan matematik aku kena selesaikan..aku rasa kalau la time tu abah tak buat camtu, aku rasa aku dah tak jadi cikgu dah sekarang,mesti dah merempat jer aku ni..majalah kegemaran semasa kecil yang dilanggan oleh abah ialah Dewan Pelajar, majalah Kuntum, buku-buku cerita dongeng masih segar dalam ingatan.. He is the great father in the world.. Terima kasih abah (RUSLI ISMAIL) kerana mendidik dan menyayangi kami sehingga kini..Sesungguhnya tiada balasan yang boleh diberikan melainkan aku sentiasa mendoakan kesejahteraan abah..aamin...
-rosell-