Saya bukan katogeri guru garang.
Saya tak suka marah marah budak.
Saya amat sporting [ puji diri sendiri ]
Saya amat sayangkan budak budak.
Dan saya layan anak murid seperti adik saya sendiri.
Dalam mendidik saya akui saya sangat ikhlas.
Inginkan mereka pandai.
Saya tak pernah berkira tentang duit.
Jika mereka nakal, memang saya denda.
Tapi cukuplah denda sekadar selama 10minit.
Tidak menyakitkan.
Malah biarlah denda itu hanya untuk mengingatkan murid bahawa apa yang di lakukan itu salah.
Tapi itu dulu.
Sewaktu saya mengajar di pedalaman Sabah.
Murid sangat hormatkan guru.
Malah ibu bapa sendiri sangat menyanjungi guru yang mendidik anak mereka.
Pelajar ini saya denda duduk bawah meja kerana semasa saya mengajar mereka main sorok sorok bawah meja. Jadi saya tarik meja ke depan kelas dan denda mereka duduk di situ selama 10 minit.
10 minit sahaja agar tidak menganggu proses pembelajaran mereka. Saya tak denda berdiri sebab saya tahu berdiri boleh menyebabkan budak yang kurang daya tahan akan pengsan.
Budak ini sudah 3x saya pesan agar jangan bising dan jangan mengusik kawan sewaktu buat kerja.
Memandangkan kerjanya tak siap sebab asyik bercakap saya denda. Tengok buku tulisnya, garis pun tak pakai pembaris.
Marker yang saya pakai bukanlah permanent. Malah boleh hilang hanya dengan lap dengan tangan.
Kalau di bandar, mesti saya sudah di saman kn:p
Masih boleh bermain sumpit dengan anak murid
semua murid di bawah jagaan saya cukup manja dengan saya.
mereka sendiri mengambil gambar ini dengan menggunakan kamera saya.
See.. Saya pun tak sedar gambar ini di ambil. Bila balik rumah tengok dalam kamera baru tahu.
rindu
kelas yang di hias sendiri
semua pakai duit sendiri..cantik kan?
ranting, pasu dan segala macam hiasan ini juga hasil tangan saya untuk kelas saya
tikar getah alas meja dan kain renda itu juga saya beli dengan duit saya sendiri. Saya suka kelas saya kelihatan cantik. Malah saya tidak minta walau 1 sen pun duit dari anak murid saya.

Bekalan Sandwich untuk anak murid tersayang
semua dapat bekalan yang sama.
permata hati saya di Tenom
saya tak kejutkan dia bila dia tertidur kerana saya tahu dia terpaksa berjalan kaki menuruni bukit untuk ke sekolah. Saya di fahamkan rumahnya terletak jauh di dalam bukit. Jalan kaki dari pukul 4 pagi untuk sampai di sekolah pada pukul 6.50.
Gigih membantu tanpa di suruh
tengok...nyendeng kepala dengan selamber. Mereka cukup manja bila di layan seperti anak sendiri oleh guru mereka.
Tapi itu dulu.
Kini, semangat saya masih sama.
Masih ingin mendidik anak bangsa.
Tapi dengan suasana yang berbeza, saya rasa macam keikhlasan sudah pudar.
Hanya sekadar ingin mereka faham apa di ajar.
Hanya sekadar ingin objektif tercapai.
Jika dulu:
Teacher : Ok, kalau siapa dapat jawab teacher bagi RM1
Murid-murid : yeaaaaay!!!
Sekarang:
Teacher : Ok, kalau siapa dapat jawab teacher bagi RM1
Murid-murid : Eleh RM1 je..baik tak yah jawab
Dulu:
Parents : Cikgu, terima kasih ajar anak saya. Kalau dia nakal cikgu pukul je
Sekarang:
Parents : Saya memang tak puas hati la dengan cikgu tu. Tindakan cikgu tu boleh saya saman.
Luluh hati cikgu.
Sangat luluh.
Malah terasa macam " LANTAK KAU LA NAK PANDAI KE NAK APA"
TAPI..
Selagi bergelar guru,
Tak kan senang selagi murid tak faham apa di ajar.
Tak kan senang selagi murid silap tidak di tegur dan di nasihat.
Kini,
Saya tak hias kelas yang saya jaga.
Dengan murid tiada lagi pemberian hadiah.
Malah untuk bergambar gambar dengan mereka saya memang tak de hati langsung.
Mungkin saya masih terkejut dengan budaya di sini.
Orang bandar,
Orang kaya,
Apalah sangat cikgu ni,
Sekadar di kaki, di sepak sana sini sahaja.
Sedang mencari kekuatan,
Agar dapat menjadi guru yang berjiwa guru.
Seperti dahulu.
Mendidik.
Bukan sekadar mengajar.








2 comments:
btulla rose..memang beza murid pedalaman ngan murid bandar ni...masalah yg dihadapi pn berbeza..emma pn xtau la ni,memang nk pindah tapi risau dgn keadaan baru..tp mcmane pn kite kena hadapi gak keadaan baru kan...
klu ikutkn hati mmg kita da selesa ngn keadaan lama kn..tp btol kata emma, nak xnk kita kena tempoh..so, slagi ada masa, enjoy urself there as much as u can..hehehe
Post a Comment