Actually saya dah mula kemas rumah minggu lepas.
Tapi kemas master bedroom je.
Tak sampai 1 hari dah bersepah balik.
hehehe
So, dalam masa 2 hari terakhir sebelum balik Tangkak ni memang terasa penat gila.
Tak tahu kenapa ada je baju yang nak di basuh.
Ada je benda yang nak di gosok.
Macam kerja di rumah tak pernah settle.

Cuci kipas kaki.
Kipas syilling pun saya cuci sendiri.
Ye, dengan perut buncit ni.
Sebab tu buat sikit dah mengah.

Longgokkan baju raya di depan tv untuk di gosok.
Gosok sikit sikit je sebab nanti tak de la penat sangat nak gosok.
Aktiviti mengosok sahaja makan masa hampir 3 jam.
Mana tak nya, baju en suami sahaja dengan seluar dekat 10 helai!!!!
1 beg troli ok!
Baju sendiri tak gosok lagi sebab nak kena alter.
Masa mula-mula beli muat lagi.
Bila try 2-3 hari lepas, dah ketat gila tang perut.
Buruk bebonar tengok pakai baju ketat macam gitu.
Berkejar ke smartshop gi cari jarum dan benang.
Masa nak pakai ni la tak jumpa cari mana letak jarum dan benang.
Saya siap alter 2 helai baju raya pagi tadi selepas subuh.
huhuhuhu
Ni stok mercun yang en suami beli,
emmmm...
Ni biskut raya saya tempah khas untuk family di Tangkak.Teruja tahun ni nak beraya dengan family mertua.
Kalau orang lain cakap sedih, saya pun sedih sebab ni first time tak beraya dengan family di hari raya pertama.
Tapi dari perasaan sedih, saya lebih kepada teruja.
Tahun depan turn bawa balik biskut raya untuk family di Kelantan pulak.
Semua main tempah di sekolah je.
Zaman sekarang tak berbaloi nak buat biskut.
hehehehe...
Kalau buat sendiri, sedap tu confrim..tapi cantik tu memang tak confrim la..hahaha
Ingat lagi zaman sekolah menengah dulu, buat macam macam biskut dengan along.
Bila dah pegang duit sendiri, semua main tunjuk.
Ok..beg troli dah jadi 2 biji.
Letak siap siap di tepi pintu takut ada yang tertinggal.
Memang sengaja tak zip sebab still ada lagi barang nak sumbat.
Last entry cakap dah stop shoppping raya.
Tapi tuuuuut ada je lagi nak di beli.
hahaha
Bak kata orang " selagi tak raya, selagi tu ada je benda nak di beli"
Semalam en suami ajak ke Downtown Bangi untuk shopping tudung and sampin.
Masa kemas kemas baju semalam baru sedar 1 baju raya tak de tudung.
Teruja nye saya di downtown semalam.
Sebab baju dan kuih sangat murah.
Sebab baju dan kuih sangat murah.
Tudung pun banyak choice.
Nyesal lak tak datang awal awal puasa dulu.
hehehehe
OK.
Just nak wish,
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN




No comments:
Post a Comment