Thursday, September 20, 2012

Minuman Setiap Malam

Bila masuk bulan bulan terakhir kehamilan, terlalu banyak petua dan nasihat dari keluarga dan rakan-rakan.
Semuanya di ambil sebagai panduan sebab mereka lebih berpengalaman.


Inilah minuman yang saya harus minum setiap malam.


Dari kiri:
 
1.  susu kambing. Sebelum ni saya guna product smart herbs.Tapi sebab dah kehabisan stok, so beli je hi goat buat sementara. 
2. Jus pomepure. 100% jus buah. campuran buah delima, rasberyy dan macam macam lagi. Sangat bagus untuk semua bukan untuk ibu hamil sahaja. Rasanya sangat sangat SEDAP!!!! ni pemberian ibu mertua saya :)
3. Minyak selusuh yang di masak oleh nenek saya dan di bacakan ayat oleh atuk saya. Ni pun petua orang orang tua dulu dengan niat moga allah permudahkan urusan bersalin. Agar baby keluar selicin minyak itu. Insyaallah
4. Air Zam Zam pemberian Haji, rakan sekerja encik suami. 
5. Air solat hajat masa kandungan saya mencecah 7 bulan.
6. Air kelapa ( tak de dalam gambar )..tapi jarang jarang minum sebab susah sangat nak singgah beli kelapa tiap kali nak ke sekolah.huhuhu...




Saya hanya berkongsi, keberkesanannya sudah ramai yang rasai.
Cuma bagi saya, lepas bersalin nanti baru update cemana kesannya, ok:)


Lepas bersalin nanti, saya akan share supplement yang saya gunakan yang betul betul buat saya jatuh cinta dengan produk itu. Sejak menggunakannya, hb semakin naik walau baby makin besar. Sesetangah orang bila baby makin besar, hb makin menurun. Tak pernah ada masalah sembelit, masalah hb rendah dan kulit juga tak kusam :)... Oppps...saya hanya nak kongsi, tak jual produk..heheh..sharing is caring,right?

No comments: