Alhamdulillah anak mama dah masuk 4 bulan.
Cepat sangat masa berlalu.
Dari `umar tak tahu apa apa sekarang dia dah banyak tahu.
`Umar start meniarap pada hari pertama dia berusia 3 bulan.
Bila dia masuk 4 bulan,perkara pertama dia pandai ialah menyembur air liur.hehehe
kadang kadang tengah tidur pun tiba-tiba je dia sembur air liur.
Paling lucu bila dia tak ingat macamana nak sembur, mula la terkial kial mulut dia nak sembur.
Kalau dulu saya penat meng google cara cara penyusuan dan sibuk membeli pelbagai peralatan penyusuan untuk `Umar. Alhamdulillah, hingga kini `umar masih lagi di besarkan dengan 100% susu ibunya. Lagi 2 bulan nak dapat diploma untuk penyusuan ibu. Alhamdulillah. Bila niat kita nak susukan anak sepenuhnya, kita akan cuba sedaya upaya.
Kadang kadang saya hampir give up dek kerana susu mula merudum saat saya demam.
Tapi berkat doa dan usaha segalanya kembali normal.
Insyaallah, jika rezeki `umar ada, `umar dapat susu ibu sepenuhnya.
Yup..saya sangat mengharap.
Kini, saya sudah mula sibuk meng google cara cara penyediaan makanan untuk bayi.
Kini tiba pula masa untuk shopping segala peralatan untuk penyediaan makanan.
Pelbagai ilmu perlu di cedok untuk persiapan ini.
Yang penting. `umar mendapat makanan yang berkhasiat dengan cara penyediaan yang betul.
Bila tiba masanya, bila ilmu sudah penuh di dada, bila sudah di praktikkan saya akan share dengan anda semua :)

No comments:
Post a Comment