Saturday, June 1, 2013

Masakkan ibu

Since `Umar dah mula makan, mama umar semangat sangat masak itu dan ini. Dari awal lagi saya bertekad nak bagi homemade food untuk umar. No cerelac!
Masa awal awal dulu ada bagi cerelac jenama organic.
Memang betol betol organic sebab kandungan nya hanya tepung beras.
Harganya pun mahal berbanding yang lain.
Mana  tak nya, 1 tin RM24.
errkkkk





Alhamdulillah `Umar tak makan langsung cerelac.So, makin menguatkan semangat mama untuk masak.Kalau tak masak umar mesti lapar.
Saya ada beli nestum untuk preparation takut tak sempat masak. Tapi bila bagi `Umar, dia memang tak nak makan.
Tapi bila masakan yang di masak, walau tawar, makan punya la semangat. Makin semangat mama umar masak.




Abah `Umar awal awal lagi penuhkan wishing list mama Umar untuk persiapan makanan umar iaitu belikan mama umar slow cooker.
Senang, semua main campak campak pada waktu malam.
Bagun pagi, makanan umar dah siap.



Umar sangat kuat makan.
Pantang nampak makanan.
Akan nangis nangis kalau tak bagi dia makan. Paling best bila kita buat bubur, 3 senduk besar tu mesti habis di makan.
Mama umar nak sangat umar suka masakkan mama buat macam mama suka sangat masakkan tok ma.


Sebelum gi jalan mana mana mama umar mesti sibuk isikan makanan umar dalam termos.
Tiap kali mama ngan abah makan, Umar pun ada makanan.
No fast food for Umar.
Sekarang pun belum lagi mama kenalkan garam pada Umar.
Senang, termos tu tahan sampai 4-5 jam.
Tapi saya penah try isi makanan panas dr kul7 pagi, jam 7 petang still lagi suam suam kuku.



Ni tak isi dalam termos sebab dah budget sampai tempat servis kereta mesti nak suap terus.





waktu makan waktu paling di sukai


tak pernah tak nganga kalau di suap makan.
Of course favourite food umar ialah masakan mama.
yeaaah!

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: