Tuesday, September 10, 2013

Langkawi 2013 ( Part 3)

Hari ke 2 berada di Pulau Langkawi tempat pertama yang kami kunjungi ialah Langkawi Cable Car.
Actually saya dan suami sama sama pernah datang sini sebelum kahwin, tapi kalau datang Langkawi tak naik cable car orang kata tak sah kan.
Nasib baik kami datang awal awal pagi.
Tu pun dah beratur 1 jam.
So bayangkan kalau datang lambat sikit.
So, dapat bayangkan berapa lama kena beratur kalau waktu cuti sekolah.
No wonder la ada jual express ticket berharga+ RM50 ( kalau tak silap) hanya untuk mengelakkan dari beratur 2 3 jam.




 Makan megi di puncak Gunung.hahaha
Kat atas tu rasa la dingin sejuk sejuk sikit, so perut memang cepat la lapar.
Apa salahnya bayar megi mahal sikit untuk santai santai atas gunung kan?
hihih


Kalau ada anak kecil, jangan lupa bawa payung sekali ye.




Turun dari cable car kami habiskan masa dekat 1 jam juga pusing pusing kawasan tu sebab kat situ ada mini zoo dan taman untuk sesi bergambar.
 Tempat ni sesuai untuk orang nak ke Korea tapi tak de bajet macam aku.
hahaha



 Destinasi ke 2 ialah Pantai Cenang.
Sebab motif cuti cuti Malaysia kali ni untuk relax relax,so saya dan en suami dah decide tak nak terkejar kejar nak melawat banyak tempat sebab memandangkan kami dah pernah datang Langkawi sebelum ni.
So, santai santai jalan jalan sambil makan makan sambil menikmati pemandangan tempat orang.


Nampak tak air laut biru gile.
Masa ni Umar tengah syok tidur dalam kereta, so boleh la mama dan abah `Umar jiwang kejap tepi pantai.hahaha




Aktiviti island hopping terpaksa la di tangguhkan dulu sebab Umar masih kecil.
huhuhu
Kalau datang tiada kanak kanak, memang island hopping mesti wajib masuk dalam to do list in Langkawi.





Destinasi ke 3

Settle pusing area Pantai Cenang, kami menuju ke Pekan Kuah.
Sebelum tu sempat lagi singgah ke Makam Mahsuri.
 Actually kalau nak pergi Makam Mahsuri ni kena tengok jadual betol betol sebab kalau boleh korang tengok la teater mahsuri yang di persembahkan.
Memang meremang bulu roma.
Touching sangat sangat sampai den nangis.



Kat sini ada muzium mahsuri,
ada rumah mahsuri,
makan mahsuri,
telaga mahsuri,
dan macam biasa segala produk produk kecantikkan yang menggunakan nama Mahsuri.
hehehe

 Ni dalam dewan semasa teater di persembahkan.

 Rumah Mahsuri.
Masa ni dah penat nak bergambar pun dah malas.


 ABC pulut di cafe Mahsuri memang superb!
kena pulak waktu panas.


 Destinasi ke 4 kami ialah Padang Beras Terbakar.
Ni pergi sebab saya tak pernah pergi.
So,singgah je la kan.



Detinasi ke 5 ialah  Dataran Helang, Pekan Kuah.
Actually malam pertama di Langkawi kami dah dinner kat Dataran Helang.
Beli makanan kat pasar malam, lepak kat dataran.
Kali ni datang lagi sebab en suami beria ria nak tengok sunset.




Sekali lagi kami habiskan masa dekat 2 jam dekat Dataran Helang.




 Waktu malam di Langkawi saya dan en suami hanya habiskan masa round pasar malam dan pusat membeli belah.

Kalau korang datang Langkawi, JANGAN terlepas untuk ke pasar malam. Memang best sangat sangat. Makanan memang tak sama dengan pasar malam yang selalu kita pergi. Mungkin sebab tu la dalam map Langkawi di masukkan tempat pasar malam mengikut hari.


No comments: