Thursday, November 7, 2013

Kejayaan SAYA

Mak ai tajuk post macam riak gila kan.
hahaha
Actually saya nak kongsi antara kejayaan saya dalam membesarkan Umar selama 1 tahun 1 bulan ni.





Dari awal kelahiran Umar lagi saya dah tanamkan dalam diri tak nak ajar Umar tidur buai dan tak nak bagi puting pada Umar.
YES! 1 family saya memang tak pernah di beri puting oleh mak saya.
Lagipun saya memang tak suka tengok budak dengan puting.





Masa mula mula lahir, boleh kira berapa kali je tidur kan Umar dalam buai.
Kalau balik Tangkak, mak mertua memang sibuk tanya ada bawak balik besi buai tak.
Sebab kat Tangkak dah ada buai kakak Qayra.
Kalau balik Kelantan lak, mak siap siap lap buai Luqman kecik kecik dulu, pasang dengan kain batik dia, terus nak tidurkan Umar dalam buai.
hihihi
Lucu pulak bila ingat gelagat Tok Ma and Nenek Umar.





Sebab dari lahir lagi saya tak nak ajar buai sebab nanti kalau nak ke mana mana susah kalau jenis nak tidur buai.
Alhamdulillah, last Umar tidur buai masa umur 2 bulan.
Lagipun masa 2 bulan Umar dah mula balikkan badan untuk meniarap.
Terus simpan buai dalam stor.
DONE!
Misi NO BUAI untuk Umar berjaya.
Sekarang nak kemana mana pun senang, umar tidur nyenyak asalkan ada bersentuhan kulit dengan mama or abah dia.



Puting pulak memang amaran keras dari mama Umar.
Dalam list beli barang baby pun memang tak pernah terlintas nak beli puting.
Melalui pembacaan saya pemberian puting memang tak elok untuk bayi.
Lebih lebih lagi untuk struktur gigi bayi.
And YES! Saya berjaya membesarkan Umar tanpa puting!



Homemade food!
Lagi senang masakkan mama.hehehe
Masa Umar masuk 6 months semangat mama Umar beli nestum jenama Nestle tu.
Tapi 1 sudu pun Umar tak nak telan.
Kalau bagi bubur nasi yang mama masak, laju je habis 1 cawan bubur.
Nasib baik mama Umar ni penggemar tegar nestum bayi.
Habis 1 tin mama makan.
Kadang kadang, bila gian beli lagi nestum bayi tapi untuk mama Umar.hahaha
Sampai sekarang tiap tiap hari buat bubur nasi untuk Umar and no Nestum since 6 months.
Memang mencabar gak kadang kadang bila rushing nak kena siapkan bubur dia, nak kena pump susu.
Tapi Alhamdulillah , masa 24 jam Allah bagi memang cukup untuk makhluk nya.


Umar 5 months

Umar 1 Year!


Itu saja kejayaan tak seberapa mama Umar.
hihihi
Sempat juga update blog di saat sikit lagi nak sewel dek kerana kerja sekolah yang ntah ape apa.
Campur pulak dengan orang buat kerja last minutes yang menyusahkan kerja orang lain.
!@#$%^&!!!!

No comments: