Saturday, January 18, 2014

Gunung Lang, Ipoh .

Destinasi wajib yang perlu di kunjungi bila datang ke Ipoh iaitu Gunung Lang.
Selama ni saya dengar cerita dari kakak saya saja tentang kecantikkan tempat ni sampai berkali kali saya ajak abah umar untuk ke sini.
Akhirnya dapat juga saya tengok keindahan Gunung Lang di depan mata.





Terletak hanya 5 km dari Lost World Of Tambun.
And hanya beberapa km dari bandar Ipoh.
Just exit tol Ipoh, terus ada signboard ke Gunung Lang.
Terletak berdekatan stesen minyak Shell.





Gunung Lang ni orang kata macam permata tersembunyi ipoh.
Sebab kita nampak dari jalan raya macam gua batu kapur biasa je.
Bila masuk je ke kawasan dia, still nampak biasa lagi.
Tapi bila masuk tempat beli tiket, terus nampak tasik hijau yang sangat sangat cantik!
Terus terasa nak ambik gambar wedding kat sini.hahaha





Tiket untuk naik bot RM 3 untuk dewasa.
RM 1.50 untuk kanak kanak dan warga emas.
Cuma....
Waktu naik bot akan berhenti seketika waktu lunch dan di buka semula jam 1.30 pm.
Tapi korang jangan percaya sangat dengan janji orang kerja kerajaan ni...hahaha
Kitorang tunggu dari jam 12, jam 2.30 baru buka.
OK!
Bila baca komen dari bloggers lain, ramai yang mengalami nasib sama.






Perjalanan naik bot tak sampai 10 minit pun.
Kita akan ke pulau kecil.
Kat situ ada taman rekreasi, mini zoo, replika rumah orang orang melayu , ada menara untuk tengok pemandangan dan ada air terjun buatan.
Bayangkan keindahannya.
Ni orang tak profesional ambil gambar kalau betol profesional memang terserlah keindahan tempat ni.








 Family photo sebelum naik bot.
 Kat tepi kolam ikan

 Masa ni abah umar dah tak de mood nak bergambar sebab umar dah comot comot makan kek.
Den tak kira, ekau ada mood ke ekau tak de mood den tetap nak amek gambar.
1 day, you will thank me for this photo capture.
hahaha

 Gambar dari menara  ( ni den amek dari image google)





No comments: