Alhamdulillah, masih di beri kesempatan dan umur yang panjang untuk meraikan aidilfitri bersama keluarga tercinta.
Tahun ni sepatutnya giliran beraya di Tangkak, belah suami.
Tapi tiba-tiba je en suami tukar plan nak raya Kelantan dulu.
Baju raya semua dah beli kaler lain.
So, kami beraya tak ikut kaler tema family di Kelantan.
Family Kelantan blah mak, termasuk mak cik pakcik sepupu sepapat semua kaler purple manggis tahun ni.
Family belah abah je jenis yang tak pernah ikut tema.hehehe
Family photo tahun ni.
Tahun ni tahun shopping paling malas.
Mama Umar tak sihat sangat sepanjang puasa.
Jadi jalan jalan buka puasa jumpa baju terus beli.
Pastu baru cari baju abah umar dan umar.
Tak plan pun kaler ni tahun ni.
Pudar dan suram je kan kaler ni.
Tak pe, tahun depan kita beli kaler ceria sikit.
hehehe
Family photo tahun ni.
Tahun lepas kuning di raja cantik je semua.
Tahun ni kami yang spoil.
Tapi bak kata abah umar tak pe.
Colourful baru meriah.
hehehe
Ni gambar family belah tok abah Umar.
Actually cucu and cicit tok wan tak cukup lagi ni.
Tapi ni je yang ada untuk tahun ni.
Ni pun ntah gambar ke berapa amek sebab nak hantar kat cousin yang beraya kat oversea tahun ni.
GUna tab la.
GUna phone la.
Semua blur.
Last last kamera cabuk mama Umar jugak yang lawa.
Terus semua suh transefer nak sedut.
hahaha
Best family blah abah sebab diorang sangat sangat happening dan sangat merendah diri walau semuanya spesis bijak pandai kerja best2 and blajar luar negara.
Tak macam sesetengah orang, asal kerja gomen je nak tinggi diri.
Aissshhhh.....gaji gomen ciput je pun.
(tibe tibe lari tajuk)
Gambar family blah mak tak de sebab kami balik kampung dah petang.
Semua dah tukar uniform.
2nd day raya kami jalan jalan rumah sedare mara kat kampung.
Sepupu sedare adakan majlis pertunangan.
So, aktiviti raya ke 2 kat situ je la.
Gambar pun tak ambil sebab kalau dah kenduri, ada masa ko nak sibuk ngan tab nak snap itu ini.
Mau ke fire ngan orang orang tua kan.
hehehe
3rd day raya, kami buat open house.
Kebiasaan memang 3rd daya raya.
Juadah tahun ni sama seperti tahun lepas.
Bezanya tahun ni che long ngan tok ma je yang sediakan.
Mama Umar langsung tak masuk dapur.huhuhu
Mama Umar amek port tolong potong daging ayam untuk satay je.
tak de snap gambar makanan.
Ni pun gambar kawan kawan adik mama Umar.
Mama Umar mana la ada kawan sangat kat Kelantan.hihihi
Dah sekolah
Raya ke 3 gak kawan kawan Mama Umar ada buat reunion kecil kecilan.
Ada la 2 3 kerat yang datang.
Yang lain maybe kena planning lagi betul betul.
Lepas balik reunion terus tukar baju dan gerak balik ke Tangkak.
Alhamdulillah perjalanan lancar.
Sampai Tangkak jam 3.30 pagi.
red theme.
Actually baju ni mama Umar dah pakai raya ke 2.
Nasib baik raya ke 2 tak ambil gambar, so kire baju fresh lagi untuk raya ke 4.

4th hari raya jalan jalan rumah sedare mare abah Umar kat Melaka.
Then berjimba jimba di Aeon bawak anak anak jalan jalan.hehehe
Itu je la catatan raya tahun ni.
Tak sakan sangat sebab kesihatan tak mengizinkan.
Bila tak sihat, mood nak raya, mood nak makan pun out habis.
Di kesempatan ini, Mama Umar nak ucapkan
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
Semua salah silap lama harap di maafkan dan jangan di ungkit kembali.

No comments:
Post a Comment