Tuesday, January 6, 2015

Welcome 2015

Alhamdulillah di beri kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk melangkah ke satu lagi tahun baru.
2014 berlalu dengan penuh rahmat dan rezeki dari Allah.
Thanx you Allah.



Untuk tahun 2014, bermula dengan kami sekeluarga di kurniakan rezeki untuk masuk ke rumah sendiri.
Memang cita cita setiap orang yang bkerja dan berkeluarga, malah yang bujang skalipun untuk memiliki rumah sendiri.
Syukur, segala urusan di permudahkan.
Maka bermula la kehidupan kami dengan keluarga kecil kami di rumah baru di Sendayan.

Tahun 2014 juga kami menerima kedatangan ahli keluarga baru iaitu kereta baru abah umar.
Hehehe
Semua tu rezeki Allah bagi.
Alhamdulillah, kereta besar sikit ni banyak berjasa pada kami sekeluarga.
Senang nak angkut barang.
Senang nak jalan ramai ramai.
Kalau family tangkak atau kelantan datang, senang angkut 1 kereta je kalau nak ke mana mana.




Tahun ini juga abah umar di naikkan pangkat sebagai seorang Manager.
Dan bermula la episod bahagia kehidupan kami bila abah umar hanya kerja 5 hari 1minggu.
Kalau dulu kena kerja sampai sabtu.
Gilir gilir sabtu ni kerja, sabtu depan cuti.
Alhamdulillah, naik pangkat, naik gaji.
Mama umar yang excited bile gaji abah umar naik.
Ye la mama umar kerja gomen je. Naik tak banyak kalau gomen ni. Swasta skali naik sampai 1k lebih. Gluuuuppp.....
Mama umar tak payah cite la tiap tiap tahun naik gaji RM250 kalau tak silap.
Gov servant katakan...naik pun x banyak. Tapi syukur la tiap tiap tahun ada kenaikkan kan.
Orang kata, jangan fikir sangat pasal duit, rezeki tu ada Allah dah tentukan.
Cuma macamana kita manage duit kita ke jalan yang di redhai.
Belanja skit gambar orang naik pangkat.
Gambar lama kasi nampak muda skit.hehehe






Tahun ni juga Allah bagi rezeki double kat mama umar.
Dulu kerani potong bisp yang tak sepatutnya di potong lagi.
Siap kena bayar balik.
Dekat 1k lebih mama umar rugi.
Memang la bisp akan di tarik balik.
Tapi masa kerani tu potong adalah belum lagi masa yang sepatutnya.
Dan bisp mengikut pekeliling tak perlu bayar balik.
Bila gaduh gaduh ngan kerani, boleh pulak dia keluarkan ayat " kita potong dulu. Nanti ko apply balik. Ala..nanti bisp kena potong jugak"
Mama umar antara guru bi yang malang sebab dah kena potong awal awal dan kena bayar balik.
Ada cikgu siap call ppd dan ppd sendiri cakap belum kena potong dan tak perlu bayar balik.
Sebenarnya mama umar tak kesah pun pasal bisp. Sebab tak effect pun gaji tak de bisp.
Tapi cara orang berurusan dengan kita tak de hormat langsung.
Dengan mimik muka.
Dengan ayat menyindir dan pedas.
Kadang geram nak cakap "eh eh ko ni sape nak berlagak sangat"....
Tapi nasib baik mama umar ni jenis yang "lantak kau la"....
Panjang lak cite pasal bisp.
Bila mama umar lepas ujian CPT, dapat C3 , rezeki Allah bagi tiba tiba je kerajaan umum untuk bagi ganjaran sebanyak 3k.
Masa ambil ujian tak de pulak cakap akan dapat duit.
Bila di fikir fikir, mama umar yang tak pandai bi ni, dapat rezeki jatuh dari langit rasanya sebab mama umar pernah dianiaya dulu.
Huhuhuhu 




Walau perlbagai rezeki dan rahmat Allah turunkan, tahun 2014 juga kami di uji bila 1 family warded kerana denggi.
Paling getir bila abah mama umar masuk wad.
Selama ni abah orang yang paling kuat dalam hidup kita sejak kecil.
Bila abah sendiri yang sakit dan tak dapat urus keluarga, 1 perasaan jauh dalam hati kita akan rasa.
Sedih.
Sebak.
Bila mama umar offer nak drive hantar abah ke hospital, abah angguk saja.
Selama ni mama pernah mama umar drive, abah duduk tepi.
Memang nampam sangat abah tak larat masa tu.
Alhamdulillah, semua family mama umar sembuh dari denggi.
Pengalaman ni 1 keluarga serentak kena denggi memang sangat terkesan dalam diri mama umar.
Tq pada en suami yang sangat sangat memahami dan banyak memabntu.




Panjang lak merapu pasal 2014.
Tibe tibe kering idea.
Untuk 2015, mama umar harap Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga, 
Kebahagiaan yang berkekalan,
Jauh dari masalah keewangan dan masalah hati manusia...
Dan semoga dapat berubah ke arah yang lebih baik....

No comments: