Harini hari ke 13 mama umar berpantang.
Baru free nak share pengalaman bersalin anak ke 2 yang sangat sangat indah.
1 pengalaman yang sangat sangat jauh berbeza dengan pengalaman masa bsalin umar dulu.
Baby 'ulya humairah lahir sehari sebelum due date.
Tiada tanda tanda awal seperti abang umar.
Kalau abang umar dulu, 1minggu sebelum bersalin dah keluar lendir coklat.
Tapi kali ni bersih je tanpa sebarang tanda.
Sebelum mama umar share pasal kelahiran humairah, meh reflect balik pengalaman bersalin umar.
Darah start turun pada 3 oct waktu subuh. Jam 8 mlm 3 oct, baru bukaan 4 cm. Doktor pecahkan ketuban masa bukaan 4 cm iaitu pada jM 8mlm.
Bermula la kesakitan yang amat sangat sehingga jam 3 pagi baru bukaan cukup 10cm.
Proses meneran bermula jam 3pg walau mama umar tak de rasa nak teran pun.
Cukup 1jam, mama umar di tolak ke dewan bedah alasan waktu meneran tak boleh lebih 1jam.
Persoalannya:
1.kenapa doktor mesti pecahkan ketuban? Sedangkan Allah dah jadikan ketuban tu akan pecah dengan sendiri bila waktu yang sudah di tentukan.
2. Kenapa perlu 10cm untuk meneran? Adakah semua bayi di dunia ni memerlukan 10cm untuk keluar?
3. Siapa kita nak tentukan waktu meneran hanya 1jam?
Ok. Cukup pengalaman ngeri bersalin umar dengan kesakitan yang amat sangat dan berakhir dengan cser.
Mama umar nekad, kali ni tiada siapa boleh buat decision untuk mama umar.
Baik doktor atau keluarga atau siapa saja.
Bermula awal kehamilan, mama umar mula menggali ilmu untuk vbac dan gentle birth.
Walau tak aktif, tapi hampir setiap hari mama umar siapkan diri dengan ilmu ilmu ni hingga sampai 1 tahap mama umar berani untuk homebirth.
Tapi bila bagitau abah umar,dia lak yang seram.
Hahahaha
27 February 2015 ( due date 28/2/2015):
Macam biasa mama umar akan bangun jam 5pagi untuk buat susu umar.
Masa tu gi toilet still tak de tanda.
Frust juga sebab mama umar tak nak overdue.
Risau kena induce.
Kalau boleh biarlah bersalin kali ni secara normal.
Subuh mama umar bangun lagi skali untuk solat subuh.
Masa ni tengok ada darah keluar.
Excited.
First time excited tanpa rasa gerun kesakitan yang bakal di hadapi.
Mama umar tau segala ilmu yang di gali slama ni perlu di praktikkan harini.
Sebelum abah umar gi kerja, bagitau abah umar dah keluar darah and mayb akan bersalin harini.
Siap pesan jangan risau and nanti nak ke hospital mama umar call.
Semasa abah umar kat office, contraction dah bermula.
Setiap 10min contraction datang.
Tapi sebab mama umar layan contraction tu,rasanya seperti senggugut saja.
Jam 9 mama umar keluar beli breakfast.
Masa ni kawan2 dah wasap suruh ke hospital sebab contraction dah 10minit skali.
Tapi mama umar senyum je. Cakap tak pe,tak sakit sangat.
Balik beli breakfast, masuk toilet cuci toilet.
Dalam toilet buat senaman squat banyak kali.
Mandi air panas.
Dekat 1jam dalam toilet.
Siap mandi, mula kemas barang nak ke hospital.
Top up mana yang tak lengkap haritu.
Jam 12 tghari dah rasa contraction setiap 5 min.
Wasap abah umar.
Abah umar tanya nak ke hospital ke.
Boleh plak mama umar suruh abah umar gi solat jumaat dulu.
Sakit dah makin kerap.
Mama umar mandi lagi.
Rasanya macam 4x mandi air panas haritu.
Still buat senaman yang mama umar belajar kat youtube.
Memang melegakan.
Jam 3 petang bagitau abah umar nak gi klinik swasta nak check bukaan.
Kalau baru 4cm tak nak gi hospital.
Nekad kali ni memang tak nak doktor pecahkan ketuban.
Tak nak sebarang injection.
Semua mesti terjadi secara normal.
Allah dah jadikan kelahiran setiap bayi dengan cara semulajadi.
Jam 4 petang still kat rumah.
Layan sakit sambil wasap kwn2.
4.30 ajak abah umar gi hospital.
Sempat lagi singgah mc D beli burger paling simple.
Hahaha
Konon untuk tenaga masa meneran.
Sampai hospital jam 5.
Lepak atas kereta makan mcD dengan abah umar.
Abah umar dah mula wasap family.
Mama umar dah tak boleh tengok tab dah masa tu.
Sakit macam dah 3min skalk datang.
Masa tu mula praktik cara pernafasan.
Masa sakit tarik nafas ikut hidung dan hembus perlahan ikut mulut.
Jam 5.30 ajak abah umar gi daftar.
Jalan pun berpimpin tangan.
Alahai rasa sweet sangat masa tu kena pimpin dan rangkul kt pinggang.hahahaha
Sampai kaunter pendaftaran, tak payah daftar lak.
Nurse suruh terus masuk.
Macam biasa, kena kencing, timbang berat dan tekanan darah.
Datang sorang doktor lelaki badan besar nak check bukaan.
Masa tu mama umar doa sangat2 jangan la doktor tu yang check.
Seram tengok tangan dia yang besar tu.
Doktor tu mula tanya macam macam soalan.
Datang plak sorang doktor perempuan kecil molek.
"Awak tengok patient dah sakit macamni awak nak soal macam2 lagi?"
Doktor perempuan tu sound direct je doktor laki gemuk tadi.
Terus doktor perempuan tu bawa mama umar untuk buat VE.
"Ok. Dah 8 cm!!!"
Doktor tu jerit dan masa tu semua nurse bergegas datang.
Tolak katil dan pakaikn mama umar baju.
Mama umar terus sms abah umar cakap dah 8cm.
Sekelip mata mama umar di tolak ke bilik bersalin.
Bilik yang kosong tu dipenuhi doktor dan nurse .
Masing masing sibuk ulang 8cm with 1 previous scar.
Sebab mama umar pernah cser, so mama umar di pantau oleh 4 orang pakar.
Jam dinding tepat2 depan mama umar.
Tepat jam 6 petang.
Doktor cakap kalau nak teran,teran je.
Ikut la cara mana selesa.
Mengiring or apa apa yang selesa.
Terkejut sangat betapa bagusnya staf dan doktor di HTJ ni.
Bagi kebebasan dan keselesaan pada patient.
Tibe tibe rasa macam basah je.
Air ketuban dah pecah.
Masa tu baru rasa sakit yang amat sangat.
Tapi tak sesakit masa bersalin dulu.
Jam 6.20 lagi skali doktor buat VE.
10 cm.
Doktor ajar cara teran.
Dan pesan kalau sakit tempat cser bagitau.
Mama umar mula rasa nak teran jam 6.25ptg.
Mata asyik tengok jam je.
Yang penting mama umar nekad nak settlekn secepat mungkin.
Masa tu ternanti nanti mana abah umar.
Kenapa abah umar tak masuk lagi.
Macamtu la seorang isteri, dalam kesakitan pun still ingat suami.
Tibe2 mama umar rasa nak teran.
Dengan sendiri mama umar meneran.
Masa tu pernafasan memang kelaut sebab semua terjadi dengan sendiri.
2x teran , doctor cakap kepala baby dah keluar.
Masa tu tak rasa apa. Rasa macam doktor tipu sebab nak bagi kita semangat je.
Teran lagi skali alhamdulillah baby dah keluar sepenuhnya.
Tepat jam 6.29 ptg
Ya Allah masa tu macam tak percaya sebab masa baby keluar memang tak de rasa apa.
Masa uri kekuar pn mama umar tak de rasa.
Tiba tiba abah umar muncul.
Waaaaaaaaaaaa
Abah umar terkejut tengok baby dah ada atas dada.
Terkejut tengok darah banyak sangat.
Ape2 pun, abah umar kiss mama umar dan cakap alhamdulillah.
Terus abah umar amek wuduk dan azan &iqamah kan baby.
Alhamdulillah segala dimpermudahkan.
Dapat bersalin normal.
Dapat rasa cemana nak teran dengan sendiri yang tak rasa masa abg umar dulu.
Dapat tahan sakit contraction tanpa sedut gas.
Ketuban pecah sendiri.
Hanya 2x buat VE. (Abg umar dulu hampir setiap jam kena buat VE).
No episiotomy.
All natural gentle birth.
Alhamdulillah.
Kalau orang tanya tips untuk vbac.
Mama umar pun susah nak cakap.
Yang penting semua ni berkat doa suami,ibu bapa dan keluarga.
Segalanya mungkin hanya dengan izin Allah.
Doa dan redha dari suami adalah tips utama.
Introduce baby 'Ulya Humairah 2 jam selepas di lahirkan.

No comments:
Post a Comment