1 bulan balik kampung sempena mama umar cuti bersalin.
Seronok sangat sebab dapat bagi kebebasan kat umar untuk main puas puas.
Selama di Sendayan, permainan Umar terhad untuk indoor saja.
Mana tak nya, mama umar balik keja mesti dah pukul 7 malam baru sampai rumah.
Yang ada hanya weekend je.
Masa kat kampung tiap tiap petang mesti umar main basikal.
Lari sana sini.
Round round wb dengan motor tok bah
Tepat 6.30 tok bah akan ajak umar main air pancut.
Hahaha
Itu la aktiviti tok bah sepanjang umar kat kg.
Kalau kt kg,mama umar memang rest sangat sangat sebab ramai tukang jaga.
Tok bah...tok ma...che long..che su..abe su..che la..che cah...che ya...
Mama umar goyang kaki je.
Hehehe
Hah berpampers je.
Mama umar tak de la jenis nak anak sentiasa kemas je, pakai elok je.
It's not me.
Mama umar suka anak anak bebas membesar dengan cara kampung.
Tak payah nak 'kekwat' sangat nak anak sentiasa pakai siap kemas je.
Zaman kanak kanak anak2 kita, jangan kita rampas dengan membesarkan mereka dengan cara skema.
Ni aktiviti tengok beruk panjat pokok kelapa.
Excited sangat abang umar.
Ni aktiviti wajib moyang umar bila cucu dan cicit balik.
Buat aiskrim malaysia beramai2.
Macam macam perisa.
Yang tak tahan, semua teruja dan tak sabar nak makan.
Kejap kejap bukak peti.
Main bola.
Sebab tok mek banyak cucu lelaki, ni la aktiviti bagi kanak kanak lelaki.
Lepas lari kejar kejar keliling rumah, main bola.
Yang rimas, umar jenis tak pandai share mainan.
Asyik nangis dan mengadu je.
Aissshhh rimas mama umar.
Aktiviti wajib lepas tok bah balik masjid.
Tapi umar nye fokus kejap je.
Tak sampai 10min.
Hehehe
Ni semua orang suka.
Mama umar masa kecik kecik sampai la ke tua bangka ni suka mandi kt luar rumah bila balik kg.
Belum lagi bila hujan lebat, beramai ramai mandi.







No comments:
Post a Comment