Thursday, March 3, 2011

Open your eyes

Sekecil kecil benda
Bila di tusuk ke dalam hati
Tanpa sedar air mata akan mengalir
Satu perasaan yang tak mungkin dapat di gambarkan...
Hanya kekesalan yang amat menerjah
Betapa aku lupa padaMu Ya Allah
Terlalu lama aku lupa padaMu
Ampuniku Ya Allah
.....................


Thursday, February 17, 2011

Raihan & Mizan

Semalam saya tidur awal. Lebih kurang pukul 9 lagi. Bila bangun pagi ada sms dari Raihan.
 
Alhamdulillah, Raihan dah selamat melahirkan baby yang sangat comel. Congrates untuk Raihan&Mizan. Insyaallah ada kelapangan, nak sangat sangat jumpa baby Qhalif Iqram.
........................

Harini abah anta mms. Gambar muka adik yang bengkak sebab cikgu mathematics nya tolak kepala dia ke meja. kesiannya adik. Saya pun cikgu, saya tahu tugas seorang cikgu. Tapi kalau hantuk kepala budak ke meja is not the right way to teach the kids. 

..........................

Wednesday, February 16, 2011

CERAHKAH?

Terlalu banyak benda yang kena fikir secara serius dan matang.
Perancangan masa depan yang teratur agar di kemudian hari tiada penyesalan...

....................
Ya Allah,
Aku mohon padaMu,
Berikanlah aku jalan dan petunjuk yang lurus dari Mu...

..................

Tapi hingga saat ini aku masih buntu.
Belum menemui jalan yang harus ku pilih..

....................


Tuesday, February 15, 2011

To do list for today

1. siapakan RPH before 10
2. re check borang yang di isi sebelum ni
3. see GB
4. amek maklumat murid tahun 1 dengan form KSSR sains [ must finish before nest week ]
5. headcount for english year 3 [ must finish before next week ]
6. submit form at least by tomorrow

what else?

.........................


I can feel IT!!!



I don't pretend to know what love is for everyone, but I can tell you what it is for me; love is knowing all about someone, and still wanting to be with them more than any other person, love is trusting them enough to tell them everything about yourself, including the things you might be ashamed of, love is feeling comfortable and safe with someone, but still getting weak knees when they walk into a room and smile at you.

Wednesday, November 10, 2010

Terkenang Kembali

Esok results UPSR keluar. Sebagai guru tahun 6 buat pertama kali dalam sejarah sepanjang saya menjadi guru, dapat saya rasakan perasaan yang pernah di lalui oleh setiap guru yang memegang kelas peperiksaan. Berdebar debar yang teramat sangat. Turun naik prestasi sekolah berdasarkan results ini. Saat itu lah kau di kutuk atau di lambung tinggi...huhuhu...

Saya guru baru. Ini tahu kedua saya menjadi guru. Di beri amanat untuk mengajar kelas peperiksaan begitu berat sekali. Tanpa pengalaman. Tanpa ilmu yang cukup. Untuk mengejar target...Menaikkan prestasi sekolah... Sungguh tugas ini amat membebankan. Tapi saya sahut juga cabaran ini dengan harapan dapat membantu guru lain untuk mendidik anak bangsa.

Teringat saat berusia 12 tahun dahulu.
Saat menunggu keputusaan UPSR.


..................

Alhamdulillah
Straight A`s!!!

...................

For my students,
teacher doakan kamu semua berjaya.
Even amat sukar bagi kamu untuk mendapat straight A`s kerana terlalu banyak faktor-faktor yang hanya guru di pedalaman sahaja yang memahinya, teacher doakan kamu berjaya.

Dimana kita bermula itu tidak penting, kerana kita semua bermula dengan cara  yang sama.
Tetapi di mana pengakhiran kita itu lah yang paling penting di dalam hidup kita.

Friday, October 29, 2010

Baik Baik SAYANG

Teacher Rose memang suka mungkir janji. Dulu dah janji tak mahu menulis blog lagi. Tiba tiba continue blog yang berkurun tak di update ni. Since 2007 blog ni sunyi sepi. Tiba tiba rasa macam nak update je blogspot sejak dah tutup blog di Multiply dulu. 
 
Untuk permulaan, sesi warming up [ macam cikgu PJ lak..hahah]..
hari ni bangun pukul 5 pagi. gara gara tak boleh tidur sebab bising bunyi katak . Terus cuci baju stok 1 minggu dan mandi. Solat subuh. Dan kejutkan kawan kawan di semenanjung untuk sama sama bangun menunaikan solat subuh. Bila rajin sms orang pagi pagi semata mata untuk kejut subuh maknanya tengah bosan yang teramat sangat.

Pagi ini " Baik Baik Sayang mode ".

Since dengar budak pra nanyi lagu ni kelmarin, asyik terngiang ngiang je lagu ni di telinga.
 
Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi Air Mata Darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
Karna bagiku
Kau Kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku
Untukmu dan hidupmu
Baik-baik sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Di siang dan malammu
Baik Baik sayang
Karna aku untukmu
Semua keinginan
Akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku…

" Kerna bagiku....Kau kehormatanku" ..Suka sangat dengan ayat ni.  Sebagai wanita, kata kata ini amat bermakna dan amat menusuk di dalam hati saya. Yup, saya tengah touching dengan lagu ni sekarang. huhuhu
 
[ can anyone sing this song  to me?]