Peraturan di rumah masa kecik kecik dahulu:
1. tidak boleh keluar bermain selagi belum pukul 5.30 petang
2. mesti sudah bersiap siap untuk mandi sebelum maghrib
3. cuci pinggan sendiri setiap kali selepas makan
4. sharp semua pensil sebelum tidur
5. mesti tidur tepat jam 10 malam
6. WAJIB tukar baju sekolah terus selepas pulang dari sekolah
7. Balik sekolah terus pergi mengaji al quran
8. mesti WAJIB mengambil sarapan sebelum ke sekolah
bla bla bla bla
terlalu banyak untuk di coret peraturan hidup yang di ajar oleh Abah sejak kecil.
Abah tidak suka marah marah, Malah amat sukar sekali untuk mendengar abah meninggikan suara.
Tapi cukuplah dengan bunyi deruan BBB 5074 (Datsun Putih ) suatu ketika dahulu membuatkan aku dan adik beradik lain lari lintang pukang dan berlagak konon tengah belajar.
Cukuplah jelingan mata membuatkan kami berhenti dari bermain.
Cukuplah dengan deheman kerasnya membuatkan kami diam membisu.
Abah cukup tegas. Lebih lebih lagi dalam menepati masa.
Tapi dalam ketegasan abah, abah seorang yang cukup kelakar.
Dari kecil hingga kini, kami sering bermain teka teki. Sudah semestinya jawapan abah selalu betol..huhuhu
Masih aku ingat, Abah pernah menghadiahkan ku buku setem semasa hari jadiku. Di stu, abah berjaya memupuk minat dan hobi yang berguna pada anak anaknya.
Abah juga mewujudkan perpustakaan mini di rumah.
Setiap bulan, abah melanggan majalah kanak kanak serta membeli buku buku cerita untuk kami.
Bersyukurnya aku di kurniakan abah yang cukup bertanggungjawab.
Abah yang berjaya mendidik kami adik beradik hingga saat ini.
Hingga kini, di usia dewasaku, abah masih melayan kami anak anak seperti anak kecil.
Pagi di sediakan sarapan untuk kami. Sudah semestinya nasi kerabu kegemaran kami semua.
Setiap kali cuti abah penuh dengan rancangannya untuk bercti bersama anak anaknya.
Sanggup mengambil dan menghantar aku&akak walau kami tinggal berjauhan.
Memang aku anak yang paling lambat berdikari.
Urusan bank ku juga masih di urus oleh abah. Borang borang ku masih di isi oleh abah.
Terlalu banyak untuk di coretkan di sini.
Aku amat mengagumi abah.
Malah kasih sayang abah tiada tandingan.
Bagaimana abah menjaga aku dan adik beradik lain sukar di cari ganti.
Ya Allah,
ampunkan dosa abahku,
Berkatilah kehidupan abah ku
Terimalah segala amal abah ku
Kurniakan abah kesihatan yang sempurna.
Sayangilah abah ku,Ya Allah.
[ asal tulis pasal abah je mesti touching sampai menitis air mata]
ABAH,
ANN SAYANG ABAH SANGAT2