Saturday, August 6, 2011

Goodies Bag


Kali ni saya nak bagi tips membeli barangan untuk goodies bag.
Ada pasangan yang terlalu excited dengan majlis and  terlalu ingin menjadi seperti orang orang kebiasaan.
[ Read: Orang kebiasaan ]



Apa maksud orang kebiasaan?
I mean buat benda sama dengan orang buat sebelum ni.




Mengikut budget sederhana:
Selalunya pasangan pengantin akan membeli gelas yang kecik tu..
beli sudu garfu yang kecik..
towel yang kecik..
Bakul yang kecik..
Kipas...
Segala macam bekas yang berbagai bentuk dan warna untuk cenderahati.





Pernah kah anda terfikir, benda tu semua membazir?
Semua untuk hiasan.
Tapi cantik sangat ke barangan tu untuk di jadikan hiasan?
Pengalaman saya selalunya orang akan simpan barangan tu dalam tempoh 2 3 bulan.
Paling tidak, sampai je di rumah terus di campak merata rata barangan tu.
Sedangkan kita sudah menghabiskan beratus ratus ringgit untuk barangan tersebut.
Bukan 1 jumlah angka yang kecil.





Tips:
1. Belilah barangan yang berguna dan on budget.
2. Jangan membazir dengan ingin mengikut seperti orang lain.







Ini contoh souvenir kawen yang saya dapat dari kawan office En Tunang.
Sticker sahaja saya anggarkan berjumlah beratus ringgit.
Saya suka souvenir dia sebab dalam ni dia isi gula gula. Gula-gula terus habis di makan.
Dia bagi telur.
Telur juga habis di makan.
See..bagus kan?tak membazir...




Akhirnya selepas di proses, ini jadinya.
Sticker entah kemana.
Ribbon entah kemana=)
Nasib baik dapat 5 bekas.
Kalau dapat 1 bekas, apa la den nak buat dengan bekas kecik ni.emmmm


Friday, August 5, 2011

OMG!

 
 
Isnt this a beautiful sirih junjung.
It was gorgeously done by Chantique Wedding by Fathin Md Nor .


En Tunang,
Please suruh abah gubah sireh junjung kite macam ni..pls..pls..

Ikhlas ke?


Saya bukan katogeri guru garang. 
Saya tak suka marah marah budak.
Saya amat sporting [ puji diri sendiri ]
Saya amat sayangkan budak budak.
Dan saya layan anak murid seperti adik saya sendiri.





Dalam mendidik saya akui saya sangat ikhlas.
Inginkan mereka pandai.
Saya tak pernah berkira tentang duit.






Jika mereka nakal, memang saya denda.
Tapi cukuplah denda sekadar selama 10minit.
Tidak menyakitkan.
Malah biarlah denda itu hanya untuk mengingatkan murid bahawa apa yang di lakukan itu salah.





Tapi itu dulu.
Sewaktu saya mengajar di pedalaman Sabah.
Murid sangat hormatkan guru.
Malah ibu bapa sendiri sangat menyanjungi guru yang mendidik anak mereka.



 Pelajar ini saya denda duduk bawah meja kerana semasa saya mengajar mereka main sorok sorok bawah meja. Jadi saya tarik meja ke depan kelas dan denda mereka duduk di situ selama 10 minit.
10 minit sahaja agar tidak menganggu proses pembelajaran mereka. Saya tak denda berdiri sebab saya tahu berdiri boleh menyebabkan budak yang kurang daya tahan akan pengsan.




 Budak ini sudah 3x saya pesan agar jangan bising dan jangan mengusik kawan sewaktu buat kerja.
Memandangkan kerjanya tak siap sebab asyik bercakap saya denda. Tengok buku tulisnya, garis pun tak pakai pembaris.
Marker yang saya pakai bukanlah permanent. Malah boleh hilang hanya dengan lap dengan tangan.
Kalau di bandar, mesti saya sudah di saman kn:p






 Masih boleh bermain sumpit dengan anak murid



 semua murid di bawah jagaan saya cukup manja dengan saya.




 mereka sendiri mengambil gambar ini dengan menggunakan kamera saya.



 See.. Saya pun tak sedar gambar ini di ambil. Bila balik rumah tengok dalam kamera baru tahu.




 rindu




 kelas yang di hias sendiri



 semua pakai duit sendiri..cantik kan?




 ranting, pasu dan segala macam hiasan ini juga hasil tangan saya untuk kelas saya



 tikar getah alas meja dan kain renda itu juga saya beli dengan duit saya sendiri. Saya suka kelas saya kelihatan cantik. Malah saya tidak minta walau 1 sen pun duit dari anak murid saya.




 Bekalan Sandwich untuk anak murid tersayang




 semua dapat bekalan yang sama.




 permata hati saya di Tenom





saya tak kejutkan dia bila dia tertidur kerana saya tahu dia terpaksa berjalan kaki menuruni bukit untuk ke sekolah. Saya di fahamkan rumahnya terletak jauh di dalam bukit. Jalan kaki dari pukul 4 pagi untuk sampai di sekolah pada pukul 6.50.





 Gigih membantu tanpa di suruh




tengok...nyendeng kepala dengan selamber. Mereka cukup manja bila di layan seperti anak sendiri oleh guru mereka.



Tapi itu dulu.
Kini, semangat saya masih sama.
Masih ingin mendidik anak bangsa.


Tapi dengan suasana yang berbeza, saya rasa macam keikhlasan sudah pudar.
Hanya sekadar ingin mereka faham apa di ajar.
Hanya sekadar ingin objektif tercapai.





Jika dulu:
Teacher : Ok, kalau siapa dapat jawab teacher bagi RM1
Murid-murid : yeaaaaay!!!


Sekarang:
Teacher : Ok, kalau siapa dapat jawab teacher bagi RM1
Murid-murid : Eleh RM1 je..baik tak yah jawab
Dulu:
Parents : Cikgu, terima kasih ajar anak saya. Kalau dia nakal cikgu pukul je
Sekarang:
Parents : Saya memang tak puas hati la dengan cikgu tu. Tindakan cikgu tu boleh saya saman.





Luluh hati cikgu.
Sangat luluh.
Malah terasa macam " LANTAK KAU LA NAK PANDAI KE NAK APA"





TAPI..
Selagi bergelar guru,
Tak kan senang selagi murid tak faham apa di ajar.
Tak kan senang selagi murid silap tidak di tegur dan di nasihat.





Kini,
Saya tak hias kelas yang saya jaga.
Dengan murid tiada lagi pemberian hadiah.
Malah untuk bergambar gambar dengan mereka saya memang tak de hati langsung.
Mungkin saya masih terkejut dengan budaya di sini.
Orang bandar,
Orang kaya,
Apalah sangat cikgu ni,
Sekadar di kaki, di sepak sana sini sahaja.





Sedang mencari kekuatan,
Agar dapat menjadi guru yang berjiwa guru.
Seperti dahulu.
Mendidik.
Bukan sekadar mengajar.

Wednesday, August 3, 2011

Darling Jue


Malam ni tak leh tido.
Tengah godek godek album lama untuk cantikkan blog terjumpa la gambar kenangan dengan darling Jue ni.
Kenapa saya rindu dia?


1. Dia selalu tidur malam tarik tarik selimut saya [hahaha.. tapi dia cakap saya selalu tarik selimut dia]
2. Asal bosan je mula ada idea gila nak lepak tempat yang orang tak lepak. contohnya sungai padas.
3. Sama sama suka ambil gambar.
4. Setiap pagi make up same-same sambil cita mimpi masing masing pada malam tu.
5. Balik sekolah terus rushing masak walau macam hari hari masak benda sama.hahaha...
6. Selalu cipta tarian yang ntah ape ape tapi bila di persembahkan jadi persembahan yang mantap.hahaha..
[ Aku bukanlah superman..aku juga bisa nangis]

7. Setiap kali lepas gaji mesti gi kedai baju murah di Tenom. Nak gak cari baju harga bawah RM10. pastu borong banyak banyak.

8. Sebelum tidur malam masing masing bercerita pasal pasangan masing masing. Lepas tu masing saling menasihati masing masing.[ bape banyak masing masing la..hehehe]

9. Bila dah hampir nak gila di Tenom, selamber je gi KK berdua. Lepak tengok wayang. Shopping. Duduk hotel. Makan makan. Paling best masa lepak di Tabung Haji berdua tu. [ u ingat tak yang?]

10. Pagi pagi walau lewat macamana pun nak gi sekolah mesti sarapan dengan berseleranya sambil borak borak.hahaha

11. Bila gi pasar, sama sama anti mak cik jual ayam.
12. Masa tak de air selamber je gi mandi kat sekolah pagi pagi lagi.hahaha.Tak pernah orang buat tu yang. Kita bertiga dengan Yani je.
13. Jogging di kompleks lepas tu lepak kat tangga kompleks sambil ngumpat.hehe

14. Pergi terawih sama sama di masjid kalang. Semua orang cakap masjid tu jauh. Tapi kita suke kn. =p



Darling jue,
Rindu sangat kat U.
Macam nak ulang je saat di Tenom dulu.
tak nak saat lain, nak saat kita berempat kt rumah bahagia tu je.hehehe




ada gak gambar kenangan konvo sama sama. Tapi sekeping ni jek. Masa ni shy shy cat lagi.hahaha



I have no idea why she's wearing baju kurung while I'm wearing t shirt.

 sama sama alergik kamera and suka possing

 Bila saya pinky..dia mesti kebiruan
gamabr wajib tiap kali di hotel



 tak sah kalau tak jadi kembar sedondon

 bosan je kat tenom mesti book hotel di KK..hahaha..banyak duit kan Yang.


tak pernah lelah jadi peneman ku ke hulu ke hilir. Tq yang
 Dah la sedondon. Same same poyo suka naik pentas.

 kami selalu di pandang enteng oleh kawan kawan. jadi lepak lepak je masa orang sibuk sibuk.hehehe

 Antara gambar kenangan terakhir di SK Pekan Tenom

 AJK Rostrum. Hias rostrum pakai bunga hidup campur bunga plastik. Budget RM5..waaaaaa

 gedikssss same2

tengok..gedik lagi..asal nampak stage je mesti nak gedik

Monday, August 1, 2011

Angkara Orang Ketiga?







Berita cukup hot buat masa ini.
Pihak lelaki cakap macamtu.
Pihak perempuan cakap macamni.
Yang penting, kita orang luar, please jangan buat apa apa komen sebab kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Karang salah cakap dah jadi fitnah pulak.
Yang penting, marilah sama sama kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua.


But.
seriously, sedih bila satu hubungan yang sudah terjalin malah sudah terikat dengan ikatan pertunangan putus begitu sahaja.
Saya pernah mengalami keindahan majlis pertunangan, susah payah keluarga kedua dua belah pihak, saya tahu macamana rasanya jika hubungan itu terputus.





Doa dan harapan,
agar yang keruh dapat di jernihkan.
Moga kita semua sentiasa di rahmati.



P/S
En Tunang, malam ni nak bukak dengan ape ye?=)

Thursday, July 21, 2011

Be Professional


" Orang professional bercakap semasa meeting.
Meluahkan segala ketidakpuasan hati atau apa apa pendapat.
Orang tak professional bercakap di luar meeting.
Malah sangat penakut dan pengecut untuk bersuara di dalam mesyuarat"




Kepada rakan rakan, jadilah seorang yang professional.
Lagi bagus jadilah insan yang penuh dengan sikap tolak ansur, tiada sikap hasad dengki dan tidak bermuka muka.
Malah jauhkan juga sikap batu api yang hanya memecahkan silaturrahin sesama umat.


Saya suka ayat 
" Kubur masing masing. Masing masing jawab la nanti "



Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban

Semalam merupakan malam nisfu syaaban.
Awal awal lagi mak dah call untuk ingatkan anak anaknya untuk sama sama memuliakan malam nisfu syaaban.
Memang ada yang mengatakan amalan ni satu bidaah.
Tapi adakah kita membuat sesuatu yang salah dengan melakukan amal ibadat pada malam itu?
Amal ibadat bila di buat di mana mana masa sekalipun tetap mendapat keberkataan dari Allah.



Malam 15 Syaaban lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.

Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.