Love is about being cute & stupid together =)
Friday, May 11, 2012
Saturday, May 5, 2012
Kesukaan Saya
Dalam entry pasal hantaran kahwen dulu, saya ada sebut bila nak bagi hantaran bagi la benda yang berguna.
Dan once dah dapat benda yang berguna tu, jangan lah di simpan di dalam almari jek.
Actually, ini adalah hantaran kahwen yang terakhir saya buka.
Sebab tak reti nak pakai sebelum ini.
Ingatkan leceh.
Rupernya sangat simple.
Dan kini, hantaran ini adalah peneman siang dan malam saya.
Antara hantaran kesukaan saya.
Al-Quran digital ni adalah pemberian dari ibu mertua saya. Tq mak. Really really love it!!!!!!!
Ni bentuk dia bila di keluarkan dari kotaknya yang cantik=)
Ear phone tu di sediakan sekali di dalam casing dia.
ni yang paling best. Dalam ni ada al-quran, buku-buku tafsir, hadis-hadis terpilih, arah kiblat, doa semasa menunaikan haji dan umrah, waktu solat dan macam-macam lagi.
Hanya bawa barang sekecil ni, kita seolah-olah bawa segala-galanya.
Bagi yang tak reti baca jawi, leh tukar ke bahasa melayu. Semua surah dalam al-quran ada di sini. Just click which surah do you like to read or hear.
Pasang ear phone, dengar sambil baca. Boleh pilih suara mana-mana pembaca al-quran yang kita suka. Ada lebih kurang 10 imam yang baca dengan bacaan yang amat merdu sekali.
Kalau nak baca tafsir, just click pada surah. Semasa imam membacakan ayat suci al-quran, maksud bacaan akan keluar di skrin. Jadi kita tahu apa maksud ayat yang di baca oleh imam. See, translate pun dalam bahasa melayu. I like!!!
To my mother-in-law, tq so much.
Really like and really appreciate this.
pssst:
Hantaran al-quran @ tafsir kahwen korang dah guna ke belum?
Jangan simpan jek :p
Saya dah guna, anda bila lagi..
Tuesday, May 1, 2012
HAPPY BIRTHDAY MA & ABAH
30 April 1953, 30 April 1963
Happy Birthday Ma & Abah.
Doa dari anakanda moga Allah sentiasa menyayangi dan melindungi ma &abah.
Sedih sangat sebab tahun ni tak dapat celebrate birthday macam tahun lepas.
simple cute card [ tengah boring tak de kerja ]
From : Anak-anak tersayang
Dah siap bungkus hadiah untuk di pos
For mom
For dad
Ok. settle. dah boleh pos!
Ma & Abah celebrate birthday dengan Syirah & Luqman saja tahun ni
Gambar birthday tahun lepas. sob..sob..sob..
[ eh...kurusnye I..gambar masa anak dara..hehehe]
Sunday, April 29, 2012
Preggy mommy always HOT!
Since Nilai selalu je panas terik bahang teramat sangat [ ayat mesti power untuk menggambarkan kepanasan tu], so mommy-to-be ni asyik merengek rengek nak berendam di air terjun.
Akhirnya si daddy-to-be pun menurut je dengan alasan " nak bawak baby berendam biar sejuk sikit, bukan mak baby ye"
Last minit punye plan, siap-siap barang terus ke Ulu Bendul. 30 minit dari Nilai. Jalan cantik sebab highway straight jek sampai ke kaki bukit.
Daddy-to-be lak excited lebih-lebih
see..muka puas dan excited nak berendam!!
waaaaaaa....suke!
untuk keselamatan dari licin dan terjatuh, daddy-to-be pun suruh berendam dalam kolam jek.
tak sampai 5 minint dah selsema sebab air terjun sangat sangat sejuk.
Tq sayang.
Next week kita berendam lagi ye=)
Buat bbq skali..
Tak Ada LOGIKA
Dalam hidup ini semua benda boleh di fikir secara logik akal kecuali soal melibatkan agama.
Itu sudah termaktub dan jangan di persoalkan.
Kalau perkara lain, hal hal remeh temeh lagi hal politik ni, just fikir secara logik akal.
Jangan menidakkan kebenaran kerana ketaksuban yang melampau.
Saturday, April 28, 2012
Untungnye
Sampai je di sekolah, ada bekas ni atas meja dengan note
" untuk Ros"
.....
Terharunye..
Padahal chit chat biase je cakap bestnye kalau dapat makan rojak buah .
Tiba-tiba je keesokkan hari cikgu sekolah bawak pes rojak buah yang di buat sendiri.
Tq Kak Mina..
Ibu mengandung memang rezeki murah kan.
heheh
Tuesday, April 10, 2012
Thanx Sayang
Saya tak mahu intan permata.
Tak mahu emas dan uwang berjuta.
{ yak...betol ka?..hahaha}...
hubby back from his work bring me these!!!
i love this book so much not because the colour only, but also the content.
Semua surah-surah dan doa -doa serta amalan yang perlu di amal untuk ibu hamil mengikut islam ada di sini.
Terdapat juga cara pemakanan sihat yang di anjurkan oleh islam.
............................
Tadaaaa....
Lucu lak bila hubby pilih buku ini.
Tapi bila baca sangat semangat nak sediakan makanan sihat untuk baby.
comel kan =)
yummmmyy....
potret mommy and daddy mesti ada sekali=)
Thanx sayang.
Minat membaca datang kembali dengan buku yang comel penuh warna warni ini.
hehehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)
















