Dalam entry pasal hantaran kahwen dulu, saya ada sebut bila nak bagi hantaran bagi la benda yang berguna.
Dan once dah dapat benda yang berguna tu, jangan lah di simpan di dalam almari jek.
Actually, ini adalah hantaran kahwen yang terakhir saya buka.
Sebab tak reti nak pakai sebelum ini.
Ingatkan leceh.
Rupernya sangat simple.
Dan kini, hantaran ini adalah peneman siang dan malam saya.
Antara hantaran kesukaan saya.
Al-Quran digital ni adalah pemberian dari ibu mertua saya. Tq mak. Really really love it!!!!!!!
Ni bentuk dia bila di keluarkan dari kotaknya yang cantik=)
Ear phone tu di sediakan sekali di dalam casing dia.
ni yang paling best. Dalam ni ada al-quran, buku-buku tafsir, hadis-hadis terpilih, arah kiblat, doa semasa menunaikan haji dan umrah, waktu solat dan macam-macam lagi.
Hanya bawa barang sekecil ni, kita seolah-olah bawa segala-galanya.
Bagi yang tak reti baca jawi, leh tukar ke bahasa melayu. Semua surah dalam al-quran ada di sini. Just click which surah do you like to read or hear.
Pasang ear phone, dengar sambil baca. Boleh pilih suara mana-mana pembaca al-quran yang kita suka. Ada lebih kurang 10 imam yang baca dengan bacaan yang amat merdu sekali.
Kalau nak baca tafsir, just click pada surah. Semasa imam membacakan ayat suci al-quran, maksud bacaan akan keluar di skrin. Jadi kita tahu apa maksud ayat yang di baca oleh imam. See, translate pun dalam bahasa melayu. I like!!!
To my mother-in-law, tq so much.
Really like and really appreciate this.
pssst:
Hantaran al-quran @ tafsir kahwen korang dah guna ke belum?
Jangan simpan jek :p
Saya dah guna, anda bila lagi..







No comments:
Post a Comment