Thursday, February 21, 2013

Mr Navy's Day

Ini pun entry lapuk yang saya simpan gara gara malas nak transfer gambar.
Tapi setiap event dalam hidup kalau di abadikan dalam blog boleh di kongsi bersama anak cucu nanti.hehehe





Istiadat pentauliahan ni berlangsung pada 19 Jan.
Rasa macam baru je hantar adik ipar ni masuk navy.
Tup tup dah nak tauliah.
How time flies fast!





This is my first time tengok kawad tentera live depan mata.
Excited.
Mula mula risau nak pergi sebab kem tu terletak berdekatan laut.
Risau cuaca panas untuk umar.
Ye la umar baru je 3 bulan.
Usung sana sini lasak sangat kang demam.
Kalau demam sape yang penat and susah?
Mama dia jugak kan.




Tapi bila my mother in law semangat yakinkan saya yang tempat kat sana tak panas and ada bilik sejuk di sediakan, saya pun bergegas mandi kambing dan bersiap.
Mana taknya, family lain dari malam lagi dah siap iron baju.
Diorang pagi pagi lagi dah mandi and breakfast.
Saya relax je.
Padahal dalam beg dah standby baju kot kot dapat pergi.
heheheh





Alhamdulillah, cuaca sangat sangat membantu.
Mendung je sepanjang upacara berjalan.
The part that I love most tentang event ini ialah  PUNCTUALITY !
First time dalam hidup, hadiri event yang betul betul macam tentatif program.
Kalau kat tentatif tulis jam 9 YB Negeri 9 sampai, memang jam 9 la dia sampai.
Ni kan acara tentera, so kalau tak punctual buat malu je la kan.


`Umar yang syok tidur sebab cuaca mendung


 My brother in law yang mendapat anugerah pegawai kadet terbaik keseluruhan.


Complete 1 whole family :)

Supper Yummmy food!


Kata-kata dari seorang bff saya
" saya tak caya kalau rose tak makan"
see...
semua orang tahu saya sangat sangat jaga waktu makan.
I mean, mesti cukup at least 3 hidangan wajib dalam sehari.
Breakfast, lunch and dinner.
Saya selalu moody bila lapar jek.
heheheh




So, jangan lah cakap saya kurus sebab saya tak makan.
En suami tak pernah tak bagi isteri dia makan.
Malah apa saja yang isteri dia nak makan, semua dia cari.
hehehe



 minum petang di cameron highland.
Scones with strawberry and butter

 caramel cheese cake @ Nandos

 Ayam golek MIL yang tiada tandingan!

 Shimino




 
 Tips beli japanede crepe ni :
Make sure pilih yang ada campuran fresh fruits and ais cream vanila.
Kalau tak muak gile
Kalau pandai pilih, 1 pun tak cukup.
hehehe.
@ The curve

 Dinner steamboat @ Cameron Highland

Cocktail Along yang sekali rasa nak lagi.

Pulut pagi mama yang sangat sedap mengalahkan orang jual pulut berpuluh puluh tahun.

minum petang @ The red Wok

Oooohhhh
I love dessert so MUCH!

Cameron again

Dah lama tak update blog.
Macam biasa alasan malas bukak laptop.
walau sekarang dah ada note (ehem...hadiah dari en suami ), tapi saya lagi selesa menggunakan laptop cabuk ( ehem..hadiah dari abah)...hehehe

Kali ni nak continue entry pasal cameron haritu.
Sharing is caring right.


 ni pemandangan di lobi hotel.
simple.
english style

 pemandangan dari balcony bilik kami

 jam 6 petang. kabus dah mula menyelubungi


 hilang segala tension di office



menahan sejuk.
Ada ke morning walk di cameron higland pakai short sleeve.errkkk




Wednesday, February 13, 2013

Siblings Hang out


suppose to be our " makan besar" tahun baru cina.
tapi sebab tema kedai ni ialah 'HABIS' so kami makan je la apa yang ada
hihihi

Tuesday, February 5, 2013

`Umar turns 4 months

Alhamdulillah anak mama dah masuk 4 bulan.
Cepat sangat masa berlalu.
Dari `umar tak tahu apa apa sekarang dia dah banyak tahu.
`Umar start meniarap pada hari pertama dia berusia 3 bulan.
Bila dia masuk 4 bulan,perkara pertama dia pandai ialah menyembur air liur.hehehe
kadang kadang tengah tidur pun tiba-tiba je dia sembur air liur.
Paling lucu bila dia tak ingat macamana nak sembur, mula la terkial kial mulut dia nak sembur.





Kalau dulu saya penat meng google cara cara penyusuan dan sibuk membeli pelbagai peralatan penyusuan untuk `Umar. Alhamdulillah, hingga kini `umar masih lagi di besarkan dengan 100% susu ibunya. Lagi 2 bulan nak dapat diploma untuk penyusuan ibu. Alhamdulillah. Bila niat kita nak susukan anak sepenuhnya, kita akan cuba sedaya upaya.
Kadang kadang saya hampir give up dek kerana susu mula merudum saat saya demam.
Tapi berkat doa dan usaha segalanya kembali normal.
Insyaallah, jika rezeki `umar ada, `umar dapat susu ibu sepenuhnya.
Yup..saya sangat mengharap.




Kini, saya sudah mula sibuk meng google cara cara penyediaan makanan untuk bayi.
Kini tiba pula masa untuk shopping segala peralatan untuk penyediaan makanan.
Pelbagai ilmu perlu di cedok untuk persiapan ini.
Yang penting. `umar mendapat makanan yang berkhasiat dengan cara penyediaan yang betul.
Bila tiba masanya, bila ilmu sudah penuh di dada, bila sudah di praktikkan saya akan share dengan anda semua :)



yummmy

Belgium waffle
strawberry ice cream with choc
and
strawberry milkshake yang saya cakap sedap gile!!!!!
tengok kaler dia pun tak macam kaler strawberry milkshake lain kan,,,

Thursday, January 31, 2013

Weekend Getaways

Lama tak update blog.
Sebab malas nk bukak laptop plus dengan sibuk sangat dengan tugasan sebagai cikgu and sebagai mama umar.hehehe




Just wanna share my short holiday with my family @ cameron highland.
Act, tak plan langsung nak ke cameron.
Tapi sebab en suami tahu saya sangat suka tempat sejuk lagi lagi sejak ada anak kecil. ( tempat panas tak sesuai untuk anak anak kecil kan)




Bangun pagi, siap siap beg gamble je gi cameron hingland without making any hotel reservation first.

stop di R&R Tapah untuk tukar lampin si hero ni.




@ Lata Iskandar. First time umar tengok waterfall, tak berkelip mata dia


Misi pencarian hotel tak semudah yang di sangka bila saya mula demand kan hotel yang selesa. kami pilih equatorial hotel. bestnye hotel ni ada indoor swimming pool. lagi best bila swimming pool ni tak orang sangat mandi. so boleh la saya dan hubby mandi manda dengan tenangnye sambil di perhatikan oleh umar. hihi



hotel equatorial ni terletak di tempat paling sejuk di cameroon highland. kita boleh pilih samada nak stay di apartment atau di hotel. Bilik yang kami pilih ialah mengadap kebun strawberry. Jika anda bertuah seperti kami dapat bilik di tingkat paling atas, pada waktu petang dalam jam 6 pm, anda seolah olah berada di awan apabila kabus sudah mula menyelubungi bumi cameron. Berada di balcony hotel, pemandangan amat terhad sekali bila yang anda nampak semuanya putih. dapat bayangkan tak bestnye?hihihi



indoor swimming pool



 

pada petang hari pertama tiba, saya dan en suami lepak di kebun strawberry sambil minum petang. First time rasa milk shake strawberry sesedap ini. Tak caye? anda kena rasa sebab saya dan en suami sampai sekarang masih terbayang keenakkan air tu.
lokasi nya di Raju's Farm.
no wonder la ramai sgt orang datang farm ni .





malam we have steamboat as our dinner.
harga murah dan banyak serta sedap.
berbaloi baloi.