Sunday, September 29, 2013

Simple Breakfast

Lama dah tak update pasal makanan Umar.
Mana taknya mama umar masak benda sama je setiap hari.heheh
Minggu lepas tengok ada pisang kat Grand Union.
Saya memang suka kalau kat rumah ada stok pisang sebab dengan pisang macam macam boleh buat.
Tapi macam biasa la mama umar ni sibuk sangat sangat kononnya sampai dah nak lebu pisang tu.
Last last sebelum pisang buruk buat lah roti bakar pisang untuk breakfast umar dan abah umar.
Alhamdulillah umar suka sangat sangat.
Sekarang mama umar dah jarang sangat sangat buat heavy breakfast macam dulu sebab abah umar dah cakap NO MORE NASI..
Actually abah umar is on diet now.hahah
So mama umar dah tak buat nasi lemak and nasi goreng cam selalu.
Sekarang main menu sihat western jek...errkkkk...
Abah umar pun macam biasa la sampai office mesti whatsapp thanx 4 da breakfast walau hanya sekeping roti.hehehe
Dalam rumahtangga penghargaan yang nampak macam kecil dengan ucapan terima kasih dari suami atau isteri sebenarnya sangat sangat bermakna untuk kekal romantik...peeewww...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, September 24, 2013

COUNTING DAYS

Entry ni sesuai juga kalau letak tajuk Wordless Wednesday..
Tapi dah selalu sangat kan update title tu..
Actually mama umar sedang menghitung hari untuk genap 1 tahun usia umar.
Tak de plan pape pun lagi setakat ni..
Bila dah jadi ibu kita tak ingat dah birthday sendiri, duk ingat anak punya je..
Mama umar tak excited sangat pasal birthday ni, tapi excited bila misi penyusuan ibu sepenuhnya untuk umar sudah hampir ke 1 tahun.
Alhamdulillah.
Sangat sangat mencabar bagi ibu bekerjaya untuk memenuhi misi ini.Misi 100% susu ibu tanpa sebarang susu formula...
Dan hanya mereka yang mengalaminya akan memahaminya.
ok..Lets count the day!!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, September 21, 2013

Shopping Time!!!!

Bila dengar perkataan shopping mesti terbayang baju,kasut, tudung dan bla bla bla.
Tapi kali ni saya terbayang......













TOWEL!!!!!!!






Actually dah lama plan nak beli towel banyak banyak ala ala hotel gitu untuk standby kalau tetamu datang.
Tapi tangguh dulu tunggu ada rezeki duduk rumah sendiri nanti.
Tapi sejak minggu lepas rumah kami tak putus di kunjungi kaum keluarga dan sahabat andai yang memerlukan penggunaan towel yang banyak.
1 perangai saya, saya tak suka orang datang rumah bawa towel.
Kalau boleh saya suka sediakan keperluan macam towel, telekung, sejadah, kain batik untuk tetamu.
Rasa macam puas dan happy sangat kalau boleh bagi layanan terbaik.
so, bila dah ramai datang bersili ganti, ada towel tak sempat kering.
Terpaksa bagi towel yang tak best. huhuhuh.


So kali ni, nekad......
Jom kita shopping towel ala ala hotel.
(READ : ala ala hotel )
hahahaha
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, September 20, 2013

Holiday

Ada sebab kenapa mama umar semangat sangat nak gi holiday.
Ada sebab kenapa mama umar dah tak kesah sangat pasal duit untuk  bercuti.
Kadang kadang kita terlalu berkira kira tentang duit padahal akhirnya duit macamtu juga.
Kadang kadang duit yang di simpan habis ntah kemana juga.
Tak pernah cukup juga.
Stress dan masalah yang melanda buat mama umar nak sangat sangat beralih angin.
Memaafkan memang mudah tapi untuk melupakan amat sukar.
Melihat muka pun dah benci apatah lagi untuk  bermanis muka kononnya tiada apa yang pernah berlaku.
Saya memang begitu....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, September 17, 2013

KID'Z PARADISE


Mama umar memang semangat nak explore new things for umar.
Last sunday decide nak introduce sand for umar.
Tapi sebab Umar masih kecil tak sesuai main pasir betol betol kami cari alternatif lain which is go to Kidz Paradise.


Kidz Paradise terletak di Mines tingkat 4.
bayaran masuk berbeza untuk weekend dan weekdays.
And seriously bagi saya bayaran dia agak mahal untuk permainan kanak kanak.hahaha
Kalau anak sorang boleh la kan, tapi kalau anak ramai tak ke sekali masuk habis beratus ratus.


 Bayaran masuk untuk Weekdays : RM25 seorang
Weekend : RM 38
Ibu bapa free tapi kalau nak masuk lebih dari 2 orang dewasa kena tambah RM5.
Kat situ boleh la nak main lama mana pun.



Tapi haritu rezeki kami baik sebab ada cina nak jual tiket yang dia beli tiket berkumpulan.
Dapatla masuk RM25.
Kalau tak RM38 sebab hari ahad.



Kalau nak ke sini jangan lupa bawa stokin.
Semua WAJIB pakai stokin kat dalam ni.
Kalau tak bawa terpaksa la beli stokin yang di jual dengan harga RM4.




Umar memang teruja gila bila tengok tempat warna warni and ramai kanak kanak.
Berlari je dia sampai tak nak orang pegang tangan dia pun.
Yang bestnya kat sini tak strict sangat, so kalau korang mak bapak nak main sekali main la juga.
Den siap main gelongsor berkali kali lepas gian.
hahaha





Bola bola ni bergerak berpusing pusing.
Kalau anak dah besar best la duduk atas tu bola akan pusing dengan sendiri.
Kalau Umar memang tak nak punya sebab kena pegang.


 




bear besar ni pun pusing pusing sendiri




 
 Kat sini juga boleh nak celebrate birthday.
Kalau kita orang biasa nak join pun boleh dengan bayaran RM50 seorang.
Sanggup tak nak bayar?
kalau den tak sanggup.
hehehe
Makanlah puas puas sebab banyak makanan di sediakn.
Siap dengan bekas tapau lagi, agak agaknya boleh tapau sekali kot.



Ni tempat mainan pasir pasir.
Memang Umar kusyuk sangat.
Saya rasa budak budak memang teruja dengan main pasir ni.
Mainan semua di sediakan, anak anak akan kusyuk main isi pasir dalam bekas bekas yang di sediakan.
Dekat 1 jam umar main pasir sampai tak peduli kami semua.
Yang bestnya mak bapak pun macam kusyuk jek.
hehehe
 Jangan risau ni bukan pasir betol yang mengotorkan.
Dia macam seeds gitu.


 
    





Jangan risau kalau nak tukar pampers or nak nyusu sebab bilik di sediakan siap dengan air panas lagi.
 


Ini katil baby.
Kati besar untuk mak bapak baring pun ada.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, September 10, 2013

Laki Den...

En suami semangat menyakat aku yang kononnya semangat sangat sampai  beratur nak bergambar dengan Dr Harlina...
Tapi tengok apa yang saya jumpa kat blog kawan kawan yang turut ke Myeth event..
Gambar en suami tengah beratur sambil dukung 'Umar.
Paling kelakar semua perempuan tengah beratur,tup tup ada lak sorang lelaki.
Hahahahaha


Ps:
En suami jangan marah ye.hehehe
Published with Blogger-droid v2.0.10

Langkawi 2013 ( Part 3)

Hari ke 2 berada di Pulau Langkawi tempat pertama yang kami kunjungi ialah Langkawi Cable Car.
Actually saya dan suami sama sama pernah datang sini sebelum kahwin, tapi kalau datang Langkawi tak naik cable car orang kata tak sah kan.
Nasib baik kami datang awal awal pagi.
Tu pun dah beratur 1 jam.
So bayangkan kalau datang lambat sikit.
So, dapat bayangkan berapa lama kena beratur kalau waktu cuti sekolah.
No wonder la ada jual express ticket berharga+ RM50 ( kalau tak silap) hanya untuk mengelakkan dari beratur 2 3 jam.




 Makan megi di puncak Gunung.hahaha
Kat atas tu rasa la dingin sejuk sejuk sikit, so perut memang cepat la lapar.
Apa salahnya bayar megi mahal sikit untuk santai santai atas gunung kan?
hihih


Kalau ada anak kecil, jangan lupa bawa payung sekali ye.




Turun dari cable car kami habiskan masa dekat 1 jam juga pusing pusing kawasan tu sebab kat situ ada mini zoo dan taman untuk sesi bergambar.
 Tempat ni sesuai untuk orang nak ke Korea tapi tak de bajet macam aku.
hahaha



 Destinasi ke 2 ialah Pantai Cenang.
Sebab motif cuti cuti Malaysia kali ni untuk relax relax,so saya dan en suami dah decide tak nak terkejar kejar nak melawat banyak tempat sebab memandangkan kami dah pernah datang Langkawi sebelum ni.
So, santai santai jalan jalan sambil makan makan sambil menikmati pemandangan tempat orang.


Nampak tak air laut biru gile.
Masa ni Umar tengah syok tidur dalam kereta, so boleh la mama dan abah `Umar jiwang kejap tepi pantai.hahaha




Aktiviti island hopping terpaksa la di tangguhkan dulu sebab Umar masih kecil.
huhuhu
Kalau datang tiada kanak kanak, memang island hopping mesti wajib masuk dalam to do list in Langkawi.





Destinasi ke 3

Settle pusing area Pantai Cenang, kami menuju ke Pekan Kuah.
Sebelum tu sempat lagi singgah ke Makam Mahsuri.
 Actually kalau nak pergi Makam Mahsuri ni kena tengok jadual betol betol sebab kalau boleh korang tengok la teater mahsuri yang di persembahkan.
Memang meremang bulu roma.
Touching sangat sangat sampai den nangis.



Kat sini ada muzium mahsuri,
ada rumah mahsuri,
makan mahsuri,
telaga mahsuri,
dan macam biasa segala produk produk kecantikkan yang menggunakan nama Mahsuri.
hehehe

 Ni dalam dewan semasa teater di persembahkan.

 Rumah Mahsuri.
Masa ni dah penat nak bergambar pun dah malas.


 ABC pulut di cafe Mahsuri memang superb!
kena pulak waktu panas.


 Destinasi ke 4 kami ialah Padang Beras Terbakar.
Ni pergi sebab saya tak pernah pergi.
So,singgah je la kan.



Detinasi ke 5 ialah  Dataran Helang, Pekan Kuah.
Actually malam pertama di Langkawi kami dah dinner kat Dataran Helang.
Beli makanan kat pasar malam, lepak kat dataran.
Kali ni datang lagi sebab en suami beria ria nak tengok sunset.




Sekali lagi kami habiskan masa dekat 2 jam dekat Dataran Helang.




 Waktu malam di Langkawi saya dan en suami hanya habiskan masa round pasar malam dan pusat membeli belah.

Kalau korang datang Langkawi, JANGAN terlepas untuk ke pasar malam. Memang best sangat sangat. Makanan memang tak sama dengan pasar malam yang selalu kita pergi. Mungkin sebab tu la dalam map Langkawi di masukkan tempat pasar malam mengikut hari.