Friday, October 4, 2013

Kerusi makan Umar

Actually dah lama pasang niat nak beli kerusi makan untuk Umar.

Ada 3 sebab kenapa mama umar semangat sangat nak beli kerusi makan ni.
1. sebab tiap kali mama ngan abah makan, umar memang tak nak duduk. nak jugak duduk atas riba.lepas tu mula la nak sentuh itu ini.
2. tiap kali mama ngan abah makan, mama umar mesti suap makan umar sekali or bagi biskut. masa tu la umar mula menumpahkan makanan bila dia rasa dah nak start main. sebab tak nak bagi kacau abah makan, mama biarkan je umar sepahkan. last last, mama kena mop lantai dapur 2x sehari.
3. mama nak ajar umar makan di meja, sama sama menikmati saat makan  bersama keluarga di meja makan. kalau beli meja kecil, umar makan. awah, tak dapat join mama ngan abah makan.
So..bermula la sesi mencari kerusi makan.


Macam biasa best place untuk shopping barang rumah sambil cuci mata, sambil fikir idea untuk rumah sendiri, IKEA is the best place!!!
Ada banyak je kerusi makan untuk bayi dari yang murah sampai lah yang mahal.
Sebab benda ni nak pakai kejap je, beli la yang paling murah.
Harga kerusi sahaja RM39.
Tambah meja RM 10.
So sekarang umar pun seronok join waktu makan bersama.
Mama ngan abah pun tak penat sangat.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, October 2, 2013

October SUCK!!!

Sejak 1 october dah rasa sesak nafas.
Linus sudah kembali.
PKSR dah nak start.
PBS dah nak sampai penghujung.
PPD bakal berkampung di sekolah.
Dah masuk 4 sabtu kena datang kerja.
Argggghhhhh!!!!!!
Benci!
Stress!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, September 29, 2013

Shopping Part 1

Tajuk entry yang tak best.
Semalam lepas sukan sekolah abah umar bawak mama umar ngan umar shopping.
Macam biasa la mama umar kalau cari barang 3 4 shopping mall tu belum tentu lagi beli barang yang di hajati.
Tapi lepas dapat free consult dari along and acik umar apa yang perlu so senang la kami shopping men shopping.
Tadaaaaa....
Shopping part 1 settle.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Simple Breakfast

Lama dah tak update pasal makanan Umar.
Mana taknya mama umar masak benda sama je setiap hari.heheh
Minggu lepas tengok ada pisang kat Grand Union.
Saya memang suka kalau kat rumah ada stok pisang sebab dengan pisang macam macam boleh buat.
Tapi macam biasa la mama umar ni sibuk sangat sangat kononnya sampai dah nak lebu pisang tu.
Last last sebelum pisang buruk buat lah roti bakar pisang untuk breakfast umar dan abah umar.
Alhamdulillah umar suka sangat sangat.
Sekarang mama umar dah jarang sangat sangat buat heavy breakfast macam dulu sebab abah umar dah cakap NO MORE NASI..
Actually abah umar is on diet now.hahah
So mama umar dah tak buat nasi lemak and nasi goreng cam selalu.
Sekarang main menu sihat western jek...errkkkk...
Abah umar pun macam biasa la sampai office mesti whatsapp thanx 4 da breakfast walau hanya sekeping roti.hehehe
Dalam rumahtangga penghargaan yang nampak macam kecil dengan ucapan terima kasih dari suami atau isteri sebenarnya sangat sangat bermakna untuk kekal romantik...peeewww...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, September 24, 2013

COUNTING DAYS

Entry ni sesuai juga kalau letak tajuk Wordless Wednesday..
Tapi dah selalu sangat kan update title tu..
Actually mama umar sedang menghitung hari untuk genap 1 tahun usia umar.
Tak de plan pape pun lagi setakat ni..
Bila dah jadi ibu kita tak ingat dah birthday sendiri, duk ingat anak punya je..
Mama umar tak excited sangat pasal birthday ni, tapi excited bila misi penyusuan ibu sepenuhnya untuk umar sudah hampir ke 1 tahun.
Alhamdulillah.
Sangat sangat mencabar bagi ibu bekerjaya untuk memenuhi misi ini.Misi 100% susu ibu tanpa sebarang susu formula...
Dan hanya mereka yang mengalaminya akan memahaminya.
ok..Lets count the day!!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, September 21, 2013

Shopping Time!!!!

Bila dengar perkataan shopping mesti terbayang baju,kasut, tudung dan bla bla bla.
Tapi kali ni saya terbayang......













TOWEL!!!!!!!






Actually dah lama plan nak beli towel banyak banyak ala ala hotel gitu untuk standby kalau tetamu datang.
Tapi tangguh dulu tunggu ada rezeki duduk rumah sendiri nanti.
Tapi sejak minggu lepas rumah kami tak putus di kunjungi kaum keluarga dan sahabat andai yang memerlukan penggunaan towel yang banyak.
1 perangai saya, saya tak suka orang datang rumah bawa towel.
Kalau boleh saya suka sediakan keperluan macam towel, telekung, sejadah, kain batik untuk tetamu.
Rasa macam puas dan happy sangat kalau boleh bagi layanan terbaik.
so, bila dah ramai datang bersili ganti, ada towel tak sempat kering.
Terpaksa bagi towel yang tak best. huhuhuh.


So kali ni, nekad......
Jom kita shopping towel ala ala hotel.
(READ : ala ala hotel )
hahahaha
Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, September 20, 2013

Holiday

Ada sebab kenapa mama umar semangat sangat nak gi holiday.
Ada sebab kenapa mama umar dah tak kesah sangat pasal duit untuk  bercuti.
Kadang kadang kita terlalu berkira kira tentang duit padahal akhirnya duit macamtu juga.
Kadang kadang duit yang di simpan habis ntah kemana juga.
Tak pernah cukup juga.
Stress dan masalah yang melanda buat mama umar nak sangat sangat beralih angin.
Memaafkan memang mudah tapi untuk melupakan amat sukar.
Melihat muka pun dah benci apatah lagi untuk  bermanis muka kononnya tiada apa yang pernah berlaku.
Saya memang begitu....

Published with Blogger-droid v2.0.10