Friday, October 4, 2013

Kerusi makan Umar

Actually dah lama pasang niat nak beli kerusi makan untuk Umar.

Ada 3 sebab kenapa mama umar semangat sangat nak beli kerusi makan ni.
1. sebab tiap kali mama ngan abah makan, umar memang tak nak duduk. nak jugak duduk atas riba.lepas tu mula la nak sentuh itu ini.
2. tiap kali mama ngan abah makan, mama umar mesti suap makan umar sekali or bagi biskut. masa tu la umar mula menumpahkan makanan bila dia rasa dah nak start main. sebab tak nak bagi kacau abah makan, mama biarkan je umar sepahkan. last last, mama kena mop lantai dapur 2x sehari.
3. mama nak ajar umar makan di meja, sama sama menikmati saat makan  bersama keluarga di meja makan. kalau beli meja kecil, umar makan. awah, tak dapat join mama ngan abah makan.
So..bermula la sesi mencari kerusi makan.


Macam biasa best place untuk shopping barang rumah sambil cuci mata, sambil fikir idea untuk rumah sendiri, IKEA is the best place!!!
Ada banyak je kerusi makan untuk bayi dari yang murah sampai lah yang mahal.
Sebab benda ni nak pakai kejap je, beli la yang paling murah.
Harga kerusi sahaja RM39.
Tambah meja RM 10.
So sekarang umar pun seronok join waktu makan bersama.
Mama ngan abah pun tak penat sangat.
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: