Monday, November 18, 2013

Sweet



Abah Umar memang jenis tak balik lunch kat rumah kecuali hari Jumaat.
Lagipun mama umar kerja waktu petang,so untuk masak lunch tu memang TAK LA!
Harini tiba tiba je abah umar balik.
Rupernya bawa balik ubat sakit mata untuk mama umar.
Alamak, mama umar caiiiiirrrr sangat sangat!!!hahaha...
Nasib baik mama umar masak lunch, boleh la abah umar lunch dulu sebelum masuk ofis balik.
Alhamdulillah mata dah ok sikit tapi demam pulak makin menjadi jadi,
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, November 17, 2013

Cuti Sekolah - Day 3

Alkisah baru plan nak ke sekolah pagi ni.
Bangun pagi tengok dah kena sakit mata.
Ntah dapat virus dari mana.
Rugi pulak sakit mata time cuti.
Kalau time sek kan leh amik mc lelama skit..huhuhu...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cuti sekolah - Day 2

Dah masuk hari ke 2 cuti sekolah.
Still tak de plan apa apa.
Buat pertama kali mama umar bercuti dengan cara sempoi sekali.
Buat pertama kali mama umar tak fikir nak balik kelantan bila.
Rasa macam nak rest je kat Nilai dengan suami dan anak.
Cuma bila fikir keadaan ma ngan abah yang tak sihat, yang rindukan cucu nak tak nak kena juga cari date bila nak balik Kelantan.
Harini mama umar banyak membuta je.
Satu badan sakit sakit.
Dah rasa macam nak demam.
Please, jangan demam time cuti.huhuhu

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, November 16, 2013

Cuti Sekolah - Day 1

Yeaaayyy cuti sekolah sudah bermula.
Tapi first time rasa macam tak tenang walau cuti dek kerana kerja sekolah banyak sangat sangat.
Apa la sekolah ni, bekerja macam tak ingat nak mati.huhuhu
Hari last day sekolah dari jam 2 sampai 6.30 kerja non stop.
Terkejar sana. Terkejar sini.
Sampai anak anak murid pun di kerah buat kerja sama sama cikgu.
Harini bermula la mama umar jadi full time housewife.
Ya Allah nikmatnya rasa menjadi housewife.
Walau kerja housewife ni memang takkan pernah habis, tapi ketenangan tanpa perlu fikir date line itu ini sangat membahagiakan.
Teringin sangat nak menikmati hidup sebagai housewife tanpa perlu fikir fail itu ini, key in itu ini dan bla bla bla.
Tapi abah umar dah cakap "boleh nak berhenti kerja,tapi tak boleh demand macam sekarang"..hahahaha...den demand ke bang?
So far tak de plan nak cuti cuti kat mana lagi.
Just spend time dengan anakanda umar sebab abah umar kena kerjaaaaaaa...waaaaaaaa
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, November 7, 2013

First Time Umar pergi ZOO

Last Saturday , Abah Umar ajak ke zoo.
Kononnya nak bawa Umar tengok animals.
Yup, zoo memang antara tempat terbaik untuk proses pembelajaran bagi kanak kanak.
Dapat tengok haiwan secara live depan mata.


Paling lucu saat Umar tengok gajah and giraffe.
Memang terlopong, terdiam sampai meleleh air liur.
Gajah pulak duk sua belalai kat Umar sebab mintak makanan.
Lagi la betol betol depan mata.


Cuaca haritu pun sangat membantu.
Sampai je zoo, hujan turun dengan lebat.
Berkelah dulu atas kereta sampai hujan stop.
Bila hujan stop terus masuk zoo,cuaca mendung.
So, tak de la panas sangat.
Cuaca mendung pun berkuak berpeluh dah apatah lagi bila cuaca panas kan.
Alhamdulillah Allah permudahkan.




Bayaran masuk ke Zoo Negara dah mahal.
Kalau anak sorang dua ok la.
Kalau anak dah ramai mau sengkek mak bapak.
Tu tak termasuk lagi nak makan itu ini.
Aiyaaaaa
Sejak ada anak ni automatik dah pandai buat kira kira untuk bajet di masa depan.
Bajet bila nak shopping.
bajet bila nak bercuti.
Bajet bila nak baiki kereta.
Bajet emergency tu sangat penting.
Macam yang terbaru, tayar kereta kami pecah di highway dan tak pasal pasal 4 buah tayar kena tukar serentak untuk bulan lepas.
Kalau tak de bajet emergency alamak makan pasir la bulan ni.
huhuhuhu





Kejayaan SAYA

Mak ai tajuk post macam riak gila kan.
hahaha
Actually saya nak kongsi antara kejayaan saya dalam membesarkan Umar selama 1 tahun 1 bulan ni.





Dari awal kelahiran Umar lagi saya dah tanamkan dalam diri tak nak ajar Umar tidur buai dan tak nak bagi puting pada Umar.
YES! 1 family saya memang tak pernah di beri puting oleh mak saya.
Lagipun saya memang tak suka tengok budak dengan puting.





Masa mula mula lahir, boleh kira berapa kali je tidur kan Umar dalam buai.
Kalau balik Tangkak, mak mertua memang sibuk tanya ada bawak balik besi buai tak.
Sebab kat Tangkak dah ada buai kakak Qayra.
Kalau balik Kelantan lak, mak siap siap lap buai Luqman kecik kecik dulu, pasang dengan kain batik dia, terus nak tidurkan Umar dalam buai.
hihihi
Lucu pulak bila ingat gelagat Tok Ma and Nenek Umar.





Sebab dari lahir lagi saya tak nak ajar buai sebab nanti kalau nak ke mana mana susah kalau jenis nak tidur buai.
Alhamdulillah, last Umar tidur buai masa umur 2 bulan.
Lagipun masa 2 bulan Umar dah mula balikkan badan untuk meniarap.
Terus simpan buai dalam stor.
DONE!
Misi NO BUAI untuk Umar berjaya.
Sekarang nak kemana mana pun senang, umar tidur nyenyak asalkan ada bersentuhan kulit dengan mama or abah dia.



Puting pulak memang amaran keras dari mama Umar.
Dalam list beli barang baby pun memang tak pernah terlintas nak beli puting.
Melalui pembacaan saya pemberian puting memang tak elok untuk bayi.
Lebih lebih lagi untuk struktur gigi bayi.
And YES! Saya berjaya membesarkan Umar tanpa puting!



Homemade food!
Lagi senang masakkan mama.hehehe
Masa Umar masuk 6 months semangat mama Umar beli nestum jenama Nestle tu.
Tapi 1 sudu pun Umar tak nak telan.
Kalau bagi bubur nasi yang mama masak, laju je habis 1 cawan bubur.
Nasib baik mama Umar ni penggemar tegar nestum bayi.
Habis 1 tin mama makan.
Kadang kadang, bila gian beli lagi nestum bayi tapi untuk mama Umar.hahaha
Sampai sekarang tiap tiap hari buat bubur nasi untuk Umar and no Nestum since 6 months.
Memang mencabar gak kadang kadang bila rushing nak kena siapkan bubur dia, nak kena pump susu.
Tapi Alhamdulillah , masa 24 jam Allah bagi memang cukup untuk makhluk nya.


Umar 5 months

Umar 1 Year!


Itu saja kejayaan tak seberapa mama Umar.
hihihi
Sempat juga update blog di saat sikit lagi nak sewel dek kerana kerja sekolah yang ntah ape apa.
Campur pulak dengan orang buat kerja last minutes yang menyusahkan kerja orang lain.
!@#$%^&!!!!

Wednesday, October 23, 2013