Wednesday, May 6, 2015

Aktiviti Umar di Kampung

1 bulan balik kampung sempena mama umar cuti bersalin.
Seronok sangat sebab dapat bagi kebebasan kat umar untuk main puas puas.
Selama di Sendayan, permainan Umar terhad untuk indoor saja.
Mana tak nya, mama umar balik keja mesti dah pukul 7 malam baru sampai rumah.
Yang ada hanya weekend je.



Masa kat kampung tiap tiap petang mesti umar main basikal.
Lari sana sini.
Round round wb dengan motor tok bah
Tepat 6.30 tok bah akan ajak umar main air pancut.
Hahaha
Itu la aktiviti tok bah sepanjang umar kat kg.


 Kalau kt kg,mama umar memang rest sangat sangat sebab ramai tukang jaga.
Tok bah...tok ma...che long..che su..abe su..che la..che cah...che ya...
Mama umar goyang kaki je.
Hehehe


 Hah berpampers je.
Mama umar tak de la jenis nak anak sentiasa kemas je, pakai elok je.
It's not me.
Mama umar suka anak anak bebas membesar dengan cara kampung.
Tak payah nak 'kekwat' sangat nak anak sentiasa pakai siap kemas je.
Zaman kanak kanak anak2 kita, jangan kita rampas dengan membesarkan mereka dengan cara skema.
Ni aktiviti tengok beruk panjat pokok kelapa.
Excited sangat abang umar.


 Ni aktiviti wajib moyang umar bila cucu dan cicit balik.
Buat aiskrim malaysia beramai2.
Macam macam perisa.
Yang tak tahan, semua teruja dan tak sabar nak makan.
Kejap kejap bukak peti.


 Main bola.
Sebab tok mek banyak cucu lelaki, ni la aktiviti bagi kanak kanak lelaki.
Lepas lari kejar kejar keliling rumah, main bola.
Yang rimas, umar jenis tak pandai share mainan.
Asyik nangis dan mengadu je.
Aissshhh rimas mama umar.


 Aktiviti wajib lepas tok bah balik masjid.
Tapi umar nye fokus kejap je.
Tak sampai 10min.
Hehehe
Ni semua orang suka.
Mama umar masa kecik kecik sampai la ke tua bangka ni suka mandi kt luar rumah bila balik kg.
Belum lagi bila hujan lebat, beramai ramai mandi.




Tuesday, April 14, 2015

Nama idaman

Mama umar dah niat nama bg nama Maryam untuk baby girl.
Tapi hajat tak kesampaian.
Walau dah suggest kat abah umar, macam dingin je.
Hahahah




Even masa tengah teran bersalin pun terbayang mariam susah melahirkan di padang pasir.
Hebat tak penangan nama maryam?
Kadang2 kalau ulya meragam, terdetik lak sebab tak bagi nama Maryam ke??
Errrkkk..





InsyaAllah, jika ada rezeki baby girl lagi, mama umar nak jugak letak nama Maryam.
Amin.


Oh 'Ulya

Break the rules????


Before this saya ada rules dalam membesarkan anak,
Antaranya no puting... no buai..
Alhamdulillah umar betjaya ikut rules mama.



Tapi...
Untuk ulya, mama macam kena break the rules.
Buai ok lg, puting ni macam berat sangat.
Waaaaaaa



So far, saya still bertahan sebab ulya boleh tidur nyenyak tanpa buai.
Tapi bab meragam masyaAllah sampai mama surrender.
Bukan hari hari tapi hari tertentu.
Dia akan start mersgam nak dukung start maghrib sampai kul12 mlm.


Mungkin ulya ni nak kena bagi puting????
Setakat ni abah umar suruh tunggu dulu sampai 3 bulan sampai mama umar habis cuti.
Kalau still tak berubah, baru perkenalkan puting.
Mana tau ulya akan diam dan tak melalak.




Hahahaha
Bab kata abah umar setiap anak berbeza.
Mama umar sanggup break the rules asalkan sape sape yang jaga ulya nanti tak penat dengan kerenah ulya.
Abah umar sampai cakap kalau anak jenis meragam and melalak sangat dia suruh mama umar amek cuti 1 atau 2 tahun untuk jaga anak.
Weeeeeeee....




Peluang cerah untuk cuti lama.
Tak pe.
Tak yah pk jauh sangat ke depan.
Yang penting harini.
Rezeki ada je di mana mana.
Kalau cuti 1 2 tahun, mama umar nak baby lg la tahun depan...Terus jaga 2 baby kan....
Abah umar, i know you read this..,
Cmne?
Heheheh


Wednesday, April 8, 2015

Trobek!!!




tengok balik folder lama.

Banyak gambar kami bertiga.
Family kecil kami dulu.
Semua gambar abg umar kat tengah.
Lepas ni kat mana posisi abg umar???
Heheheh
Mesti sorang dgn abah, sorg dgn mama.

























Sekarang baby 'ulya dah ada dalam gambar.

40 Days of 'Ulya Humairah

Yeaaaayyyy saya sudah berusia 40 hari...
Dah ready nak jalan2 dgn mama,abah dan abg umar...
Saya dah tak meragam...
Saya da tidur malam...
Yeaaayyyy

Sunday, April 5, 2015

Stock

Stok susu untuk baby 'Ulya dah hampir penuh peti tok ma.
Sampai tok bah dah pening macamana mama umar nak angkut susu2 ni.
Planning mama umar, stok susu ni simpan di 
Kelantan sebab ruma kelantan ada deep freezer.
So, susu akan tahan dalam 6-8 bulan.


Susu badan ni makin lama bukan makin banyak.
Mayb balik raya nanti baru angkut susu ni.
So,ni stok untuk lepas raya.


Stok bulan puasa dah ada kt sendayan.
Orang kata kita belajar dr pengalaman.
Pengalaman nyusu umar dulu memang perit sebab mama umar tak buat stok dlm pantang.
Bila tiba saat susu merudum, mula la tensen.
Tp alhamdulillah, umar dulu dapt fresh milk everyday tapi tak leh mewah la.
Minum ala kadar je. Janji tak lapar.
Maximum pun 6auns je sekali minum masa umur dah 1thn lebih.
Bekal 4 botol, so 1 hr kena ada 24auns.



Hope, untuk baby ulya, rezeki masih ada macam abg umar.
Amin.

Jiwang mode

"Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku rindui kamu"