Saya budak baru belajar.
Tapi saya suka sangat belajar ilmu penyusuan ekslusif ni.
Dulu target full bf sampai 2 bulan. Alhamdulillah dah capai target.
Sambung lak target ke 3 bulan. Tinggal lagi 10 hari nak capai target.
Target sebenar saya ialah 6 bulan. Tapi semua tu bergantung pada susu yang ada. Moga Allah permudahkan niat murni ini.
Saya bersyukur kerana kakak yang jaga umar sangat pandai handle ebm
Ni saya share macaman nak handle ebm.
- Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
- Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
- Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
- Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
saya guna jenama Bumble Bee sebab botol dia cute je and senang tanggal kalau kita tulis ngan marker.
Membersihkan Bekas Penyimpanan:
- Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
- Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
- Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
saya bilas pakai air panas je sebab malas nak beli steriliser tu. Rasa macam tak perlu sebab boleh pakai air panas biasa je. Janji ko kena rajin la panaskan air and rendam botol susu tiap kali lepas guna. Jangan MALAS ok! nanti botol susu berkerak..errrkkk
Menghantar susu ke rumah pengasuh:
- Keluarkan susu dari tempat beku pada malam hari dan letakkan di bahagian bawah peti ( bahagian chilled). Susu beku selalunya mengambil masa dalam 12 jam untuk cair kalau terlupa, bangun pagi tu leh siram je dengan air paip bagi cair. ( JANGAN SIRAM PAKAI AIR PANAS)
- Tranfer susu ke dalam botol ikut sukatan baby selalu minum. Macam saya, `umar minum 3oz sekali minum.So, saya akan pindahkan susu kedalam setiap botol dalam 30z. Kadang-kadang 2.5 oz pun ada. 4 oz pun ada. Tengok mood.heheheh
- Masukkan dalam cooler bag dan letakkan ice pack.
- Kalau boleh, beli la warmer dan letak di rumah pengasuh anda. Tak payah pengasuh susah payah nak kena panaskan air, sukat suhu untuk rendam susu anak kita. Sebab susu ebm tak boleh di rendam dengan susu melebihi 40 darjah. Saya beli warmer dan tinggal kat rumah pengasuh umar.
saya guna cooler bag jenama pigeon. Muat 8 botol susu, pum & ice pack. Beg ni sangat best sebab tak basah and rasa fit je bile isi semua benda banyak banyak.
ice pack juga jenama pigeon. Tahan 8 - 12 jam bila di letak di dalam cooler bag
Ni susu `umar yang dah di cairkan ikut sukatan.
Setakat ni saya belum labelkan botol sebab saya tinggal umar kejap je.
Naik sekolah nanti baru saya akan labelkan botol.
Contohnya no 1 susu yang baru pam
no 2 susu yang di cairkan
no 3 susu yang pam semalam.
Meh kita pakat mantapkan ilmu penyusuan ekslusif ni.=)






